Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Bengkakan lemak pada kulit

Bengkakan lemak pada kulit

lipoma

 

“Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya tidak memeriksa puan. Namun saya percaya doctor yang memeriksa puan telah pun memberikan penerangan dan rawatan yang terbaik berdasarkan pemeriksaan yang dilakukannya.

 

Jadi janganlah bimbang tentang kanser kulit, jika doctor telah menerangkan bahawa bengkakan yang puan alami adalah hanyalah lipoma.

 

Lipoma ialah ketumbuhan sel-sel lemak dalam selaput yang berlaku di bawah kulit. Ia adalah ketumbuhan yang tidak bahaya.

 

Biasanya lipoma boleh berlaku pada leher, peha , lengan atas, dan ketiak. Ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh.

 

Seseorang itu boleh mengalami satu atau lebih lipoma dalam satu masa yang sama.

 

Lipoma biasanya bersaiz kecil antara 1 cm hingga 3 cm. Ia mempunyai rasa yang lembut seperti getah apabila ditekan, dan tidak menyebabkan rasa sakit. Saiznya tidak membesar dengan cepat dan kekal untuk beberapa tahun.

 

Selalunya saya mendiagnosa lipoma hanya dengan memeriksa secara fizikal dan mendengar sejarah perkembangan ketumbuhan itu.

 

Setakat ini tiada doctor yang melakukan diagnose secara xray atau ultrasound dan pemeriksaan darah kerana ia mudah dikenalpasti dan pemeriksaan ujian-ujian tersebut hanya membuang masa dan wang saja.

 

Lipoma biasanya tidak memerlukan rawatan kerana ia bukan ketumbuhan kanser yang berbahaya.

 

Lipoma hanya perlu dibuang jika ia menjadi ketumbuhan yang menyakitkan apabila disentuh atau ditekan, menjadi bengkak, merah dan menjadi radang, mengeluarkan lendiran busuk akibat jangkitan kuman, mengganggu pergerakan rutin, atau saiznya membesar secara tiba-tiba.

 

Lipoma yang kecil boleh dikeluarkan secara pembedahan kecil di klinik, sementara lipoma yang besar harus dikeluarkan di dalam bilik bedah dan menggunakan anesthesia yang menyebabkan pengsan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: