Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » BENGKAK KAKI DI KALANGAN WARGAMAS

BENGKAK KAKI DI KALANGAN WARGAMAS

BENGKAK KAKI DI KALANGAN WARGAMAS

1. Bengkak di bahagian kaki boleh terjadi  di mana-mana bahagian kaki, termasuklah  tapak kaki, buku lali, betis dan pergelangan kaki.

2. Pembengkakan kaki (pedal edema) dihasilkan akibat pengumpulan cecair dalam tisu kaki.

3. Punca-punca seperti berikut :

✅ Kegagalan fungsi ginjal

✅ Kegagalan fungsi jantung (cardiomyopathy)

✅ Saluran darah kurang berfungsi (chronic venous insufficiency)

✅ Sistem  limfa yang tersumbat (lymphedema)

✅ kesan sampingan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen dan diclofenac

✅ kesan sampingan ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes, hipertensi dan rawatan hormon.

✅ masalah berkaitan kegagalan fungsi hati

✅ Duduk atau berdiri terlalu lama

✅ Pembentukan arah beku biasanya di bahagian betis (thrombophlebitis)

4. Ia selalunya melibatkan kedua-dua belah kaki.

5. Bengkakan kaki yang kronik akan menyebabkan perubahan pada kulit dan senang mendapat jangkitan kulat dan bakteria

6. Beberapa ujian patut dilakukan :

✅Complete blood count

✅Urinalysis

✅Fungsi buah pinggang dan elektrolit

✅Paras gula dalam darah

✅Fungsi tiroid

✅Fungsi hati

✅Fungsi jantung eg ECG, Echocardiogram, x-ray dada.

7. Beberapa cara untuk mengurangkan kaki bengkak :

✅Letakkan bantal di bawah kaki apabila berbaring

✅Jika terpaksa duduk atau berdiri terlalu lama, cuba rehat seketika dan bergerak di sekeliling.

✅berbincang dengan doktor bagi menggantikan ubat yang lebih sesuai

✅lakukan urutan deep message kecuali jika disebabkan oleh pembentukan darah beku

✅pengambilan pil lawas kencing seperti Frusemide untuk melegakan bengkakan untuk sementara dan perlu mendapat pemantauan doktor.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: