Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Bengkak alat kelamin

Bengkak alat kelamin

BENGKAK ALAT KELAMIN

doctor-patient

“Salam doctor, saya mengalami bengkakan pada alat kelamin saya. Doktor wanita yang memeriksa mengatakan bahawa ia adalah sejenis cyst. Boleh jelaskan mengenainya?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Pada pintu faraj setiap wanita, terdapat sepasang kelenjar yang dinamakan  kelenjar Bartholin, yang berada di kanan dan kiri bukaan faraj. Ia berfungsi  menghasilkan pelincir  yang akan dikeluarkan dengan banyak ketika seseorang wanita mengalami keghairah sebagai persediaan untuk hubungan seksual bersama suami.

 

Apabila kelenjar ini tersumbat, menyebabkan cecair kelenjar ini berkumpul dan membentuk ketumbuhan cyst .Lama kelamaan cyst ini semakin membesar saiznya dan mula dapat dirasakan kehadirannya.

Bartholian cyst

Bartholian Cyst bukanlah ketumbuhan yang berbahaya dan jarang bertukar menjadi kanser.

 

Namun cecair di dalam cyst tadi boleh menjadi nanah apabila berlaku jangkitan kuman ke dalamnya.

Jika agak besar melebihi 2cm selalunya doctor akan melakukan pembedahan kecil, sama untuk menyedut cecair di dalam cyst ini atau melakukan pembedahan membuang keseluruhan cyst tersebut.

 

Wallahu a’lam

 

Saya juga mencadangkan agar wanita yang mengalami keputihan yang terlalu banyak untuk mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, baik mendapatkan semula keseimbangan hormone.

 

Info lanjut di  https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: