Advertorial
Home » Ezerex » Benarkah zakar saya pendek dan kecil?

Benarkah zakar saya pendek dan kecil?

 

ED

“Salam doctor. Saya ingin mohon nasihat doctor. Semenjak dari sekolah menengah lagi rakan-rakan saya seasrama mengejek saya mempunyai batang zakar yang pendek. Ini disebabkan oleh badan saya yang agak rendah 160cm dan berat saya hanya 48kg saja. Saya bimbang kerana saya sedang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Perlukah saya menjalani pembedahan membesarkan batang zakar saya?”

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saudara tidak perlu risau kerana kebahagian sebuah keluarga sebenarnya bukannya seratus peratus bergantung kepada saiz zakar suami, tetapi banyak faktor lain seperti melakukan tanggungjawab, ihsan kepada isteri dan kasih sayang.

 

Banyak kajian telah dilakukan di seluruh dunia, bahawa tidak seorang lelaki pun yang benar-benar mempunyai zakar kecil.

 

Hanya sesetengah lelaki saja yang beranggapan bahawa mereka mempunyai saiz zakar yang kecil berbanding zakar lelaki lain.

 

Ini kerana mereka membandingkan saiz zakar mereka dengan saiz zakar yang dilihat dalam filem pornografi dari barat.

 

Mereka juga melihat zakar mereka dari atas ke bawah sehingga menyebabkan zakar mereka nampak lebih pendek dari saiznya yang sebenar.

 

Zakar yang normal berukuran ialah 8.5 sm (3 inci) ketika tidak menegang dan rata-rata ukuran zakar lembik ialah 9.5 sm (3.75 inci).

 

Ukuran zakar tidak sekali-kali ada kaitan dengan kegagahan seseorang lelaki di dalam kamar tidur untuk memuaskan tuntutan seksual isterinya.

 

Ada pula yang beranggapan bahawa lelaki yang tinggi mempunyai batang zakar yang besar tetapi hal ini tidak benar. Ini dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh Masters and Johnson.

 

Namun begitu batang zakar yang lembik boleh mencapai peningkatan saiz sebanyak dua kali ganda apabila mengeras.

 

Saiz zakar tidak penting ketika melakukan hubungan seksual kerana faraj boleh menyesuaikan dirinya dengan apa juga saiz zakar.

 

Faraj gadis atau isteri yang belum punya anak hanyalah sedalam 7.5 sm (3 inci) bila dia tidak berada dalam keadaan ghairah. Jika wanita itu sudah punya anak, saiznya berbeza sedikit.

 

Apabila seorang wanita sudah ghairah sepenuhnya, kedalaman farajnya akan meningkat. Ini bermakna, betapa besar saiz batang zakar suaminya, itu masih mampu memenuhi ruang faraj ini keseluruhannya.

 

Bagi zakar yang besar dan panjang,  suami perlu memasukkan zakarnya dengan perlahan-lahan dan saluran faraj akan memanjang sekitar 150% ke 200% untuk menerima zakar sepanjang itu.

 

Inilah tanda kekuasaan Allah, dan kita sepatutnya bersyukur dengan apa saja yang Allah kurniakan kepada kita.

 

https://www.facebook.com/ezerexmalaysia

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: