Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Benarkah suntikan epidural boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik?

Benarkah suntikan epidural boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik?

BENARKAH SUNTIKAN EPIDURAL BOLEH MENYEBABKAN SAKIT BELAKANG YANG KRONIK?

 

epidural 1

 

 

“Salam doctor. Saya mempunyai anak berumur 2 tahun. Semasa melahirkan anak saya secara pembedahan Caserean, saya mendapat bius setengah badan iaitu suntikan di belakang saya. Ketika suntikan di tulang belakang, rasa ada merasa sakit sikit. Selepas pembedahan, ketika berada di rumah, saya mula mengalami sakit belakang di bahagian tempat disuntik sehingga sekarang. Adakah saya suntikan epidural boleh menyebabkan saya mengalami rasa sakit belakang. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya banyak menerima soalan seumpama ini.

 

Selepas melahirkan anak melalui pembedahan Caserean dengan bius epidural, seseorang wanita itu mungkin mengalami rasa sakit pada bahagian tulang belakang yang disuntik itu.

 

Kesakitan ini hanya bersifat sementara. Rasa sakit ini akan hilang dalam masa beberapa hari jika tiada pendarahan, pengumpulan darah beku atau jangkitan kuman tidak berlaku.

 

Oleh itu, kebanyakan wanita menyangka bahawa suntikan epidural yang menyebabkan mereka mengalami rasa sakit belakang yang kronik.

 

epidural

 

 

Dalam beberapa kajian yang dilakukan dan telah diterbitkan dalam British Medical Journal, mengatakan bahawa terdapat hubungan yang suntikan epidural dengan rasa sakit belakang selaps enam bulan melahirkan anak. Namun laporan ini bila dikaji semula, ia agak berat seblah kerana tinjauan yang dilakukan hanyalah berdasarkan kepada ingatan responden daripada peristiwa yang lepas. Jadi jika ia telah berlaku lama, keputusan ini mungkin tidak tepat.

(rujukan: 1. Alison Macarthur, Colin Macarthur, and Sally Weeks. Epidural anaesthesia and low back pain after delivery: a prospective cohort study. BMJ 1995 311: 1336-1339)

 

 

Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam journal yang sama, membuat kesimpulan bahawa suntikan epidural tidak menyebabkan dengan rasa sakit belakang kronik.

 

Sebaliknya, rasa sakit belakang, disebabkan wanita yang baru melahirkan anak dan menerima suntikan epidural tidak menjaga postur yang betul. Mereka membongkok tulang belakang ketika sedang duduk. Ini menyebabkan trauma pada tempat suntikan itu.

 

Sebab lain ialah apabila suntikan yang diberikan tidak begitu betul sehingga menyebabkan pendarahan, pengumpulan darah beku atau jangkitan kuman. Walau bagaimanapun hal-hal  begini adalah agak jarang berlaku dan biasanya kesakitan pada tulang belakang berlaku untuk jangka masa yang pendek sahaja.

 

Howell CJ, Dean T, Lucking L, et al. Randomised study of long term outcome after epidural versus non-epidural analgesia during labour. BMJ 2002; 325:357. Erratum in: BMJ 2002; 325:580

 

 

Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan, tidak ada kaitan antara sakit belakang yang kronik dan suntikan epidural.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: