Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » benarkah bayi yang dilahirkan secara cesarean lebih mudah mendapat asma?

benarkah bayi yang dilahirkan secara cesarean lebih mudah mendapat asma?

BENARKAH BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA CESAREAN LEBIH MUDAH MENDAPAT ASMA?
 
Banyak pendapat pakar perubatan sekarang yang bersetuju bahawa bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean mempunyai perbezaan berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara normal.
 
Walaupun isu ni masih lagi dalam perbahasan, tetapi banyak kutipan data yang menunjukkan bayi yang dilahirkan secara normal tidak mudah mendapat asma dan jangkitan usus berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean.
 
Antara kajian itu adalah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di Wellcome Sanger Insitute, University of Birmingham.
 
Mereka mengatakan bahawa bayi yang dilahirkan secara normal lebih mudah mendapatkan lebih banyak bakteria baik dari faraj ibu mereka ketika dalam proses melahirkan..
 
Salah seorang saintis yang terlibat adalah Dr. Nigel Field, menyebut ketika bayi masih berada dalam rahem ibunya, mereka berada dalam kedaan yah-kuman (sterile). Pembentukan kuman-kuman bakteria baik dalam usus bayi (yang berfungsi meningkatkan daya tahan bayi) hanya berlaku semasa proses mereka dilahirkan melalui faraj ibunya.
 
Ini tidak berlaku apabila bayi itu dilahirkan secara pembedahan kerana bayi tidak melalui (secara fizikal) faraj ibu mereka.
 
Kajian tersebut mengkaji sebanyak 1.679 jenis kuman bakteri usus, 175 orang ibu, dan 596 orang bayi. Ini tidak bermakna melahirkan anak secara proses pembedahan Cesarean adalah berbahaya atau tidak selamat.
 
Kajian ini diharapkan membuka jalan untuk mencari penyelesaian bagi memastikan anak-anak yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean lebih sihat.
 
Pakar kesihatan Dr Elizabeth Westrupp dari School of Nursing, La Trobe University, Melbourne menyebut walaupun perbezaan ini berlaku tetapi tidak bermakna bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean adalah bayi yang tidak sihat.
 
Beliau memberitahu bahawa terdapat banyak faktor lain yang menentukan kesihatan seorang bayi.
 
 
Sebagai contoh, jika bayi tidak mendapatkan penyusuan ibu secara esklusif sekurang-kurangnya 6 bulan pertama, mungkin mempengaruhi kesihatan bayi. Ini bermakna jika seorang bayi yang dilahirkan secara normal tetapi tidak mendapat penyusuan ibu secara ekslusif, mungkin akan mengalami masalah kesihata.
 
 
Jadi ibu yang melahirkan anaknya secara pembedahan Caserean tidak perlu berkecil hati. Asalkan bayi dijaga dengan baik, Insya Allah tidak mudah jtuh sakit.
 
 
Sumber:
 
Knapton, Sarah. 2019. Children born by C-section may have weakened immune systems. co.uk/science/2019/09/18/gut-bacteria-caesarean-babies-found-abnormal-bringing-fears.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: