Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Benarkah bayi sedawa dalam rahem?

Benarkah bayi sedawa dalam rahem?

 

bayi ultrasound

“Assalamu alaikum, doctor. Saya hamil bayi pertama. Baru-baru ini saya telah berjumpa doctor dan telah menjalani pemeriksaan ultrasound. Kami diberitahu bahawa anak kami sihat dan telah mengalami “hiccup” walaupun masih berada dalam rahem. Saya agak pelik dengan kenyataan doctor itu tetapi saya tidak mendapat penjelasan yang baik dari doctor tersebut.

 

Benarkan bayi dalam rahem boleh “hiccup” atau sedawa?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Bayi sememangnya boleh sedawa dalam rahem, tetapi sedawa bayi tidaklah seperti sedawa orang dewasa.

 

Apabila bayi semakin matang di dalam rahem, secara semulajadinya mereka akan mula belajar bernafas bagi memudahkan mereka bernafas dengan betul apabila mereka dilahirkan nanti.

 

Aktiviti pernafasan dan sedawa ini sebenarnya ialah pergerakan diaphragm yang turun dan naik.  Ia lebih ketara apabila bayi memasuki usia kehamilan 24 minggu, dan para ibu akan merasa pernafasan bayi mereka sepanjang hari dan sesekali merasakan bayi mereka sedawa dalam rahem.

 

Pemeriksaan ultrasound juga akan dapat membuktikan bahawa bayi dalam rahem ini bernafas dan sedawa dengan lebih awal pada usia kehamilan selepas 16 minggu.

 

Jadi pergerakan pernafasan dan sedawa ini adalah tanda yang baik dan tidak perlu dirisaukan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!