Advertorial
Home » Mahu Hamil » belum dapat anak, perlu bersyukur juga

belum dapat anak, perlu bersyukur juga

BELUM DAPAT ANAK, PERLU BERSYUKUR JUGA

 

 

Hari ini sifat rasa syukur semakin berkurangan malah semakin malap dalam kehidupan kita. Kita hanya akan rasa bersyukur jika kita mendapat sesuatu yang dihajati. Kita tidak pernah rasa syukur terhadap apa yang telah kita perolehi.

 

Kita sentiasa menganggap kita masih tidak mendapat apa yang kita mahukan. Kita selalu menganggap kita masih kekurangan. Kita lupa tentang banyak nikmat yang kita telah perolehi.

 

Kita berlumba-lumba mengejar pangkat, jawatan, kekayaan. Kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur.

 

Tanda-tanda hati tidak bersukur ialah kita sering melihat kekurangan kehidupan kita. Kita berasa tidak puas hati dengan rezeki yang diperolehi oleh rakan dan saudara di sekeliling kita.

 

Hati tidak tenang dan rasa dengki. Rasa gembira bila ada di antara mereka yang dilanda musibah. Kita sentiasa berharap rezeki yang dikurniakan ditarik semula. Inilah tanda kita rasa tidak pernah bersyukur. Kita lupa untuk bersyukur dengan pelbagai nikmat yang telah diperolehi selama ini.

 

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

 

Bersyukur adalah sifat yang penting bagi kita yang sentiasa mengharapkan sesuatu, termasuk mahukan zuriat sama ada sedikit atau ramai.

 

Bersyukur bukan saja kita mengucap ALHAMDULILLAH dan mengerjakan apa yang ALLAH fardhukan kepada kita. Tetapi ia juga dapat dilakukan apabila kita menyebarkan salam, memperbanyakan senyuman, berkata yang baik, membuat kebajikan walaupun ia terlalu remeh. Contohnya kita mengelap meja selepas kita makan di restoren dengan kertas tisu yang diberikan. Atau menyusun pinggan agar mudah diangkat ke dapur oleh pelayan restoren.

 
Ucapkan salam, ucapkan terima kasih dan ucapkan maaf setiap kali kita berurusan dengan masyarakat. Ia adalah adab yang menyenangkan semua orang.

 

Bila orang rasa senang, maka mereka akan mengucapkan perkara-perkara yang baik juga. Itu adalah doa. Bayangkan kita menyakiti hati orang, dan orang pun berkata yang tidak baik di belakang kita, ia mungkin satu doa yang tak baik untuk kita.

 

Malah ditakuti kita menzalimi orang (tanpa kita sedar), orang kita zalimi berdoa yang tidak baik untuk kita. Sedangkan doa orang dizalimi ini adalah doa yang senang diterima dan ditunaikan ALLAH.

 

Jadi bagi mereka yang mencuba mendapatkan zuriat atau mahukan zuriat yang ramai, saya cadangkan banyakkan doa, sedekah dan tanamkan sifat syukur, selain dari ikhtiar berjumpa dengan doktor.

 

Tiada yang mustahil, jika ALLAH mahu menghendaki.

 

 

Bagi mereka yang inginkan suplemen bagi membaiki masalah kualiti sperma, boleh dapat PROXEEDPLUS dari saya di kedai online kami.

Klik di PROXEED PLUS UNTUK MENINGKATKAN KUALITI SPERMA

Bagi wanita yang inginkan suplemen untuk meningkatkan kesuburan mereka, boleh dapatkan EKSTRAK KACIP FATIMAH KELUARAN FRIMCO

 

Klik di EKSTRAK KACIP FATIMAH KELUARAN FRIMCO

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!