Advertorial
Home » Doktor Menjawab » bell’s palsy atau stroke

bell’s palsy atau stroke

BELL’S PALSY ATAU STROKE ?
Image result for bell's palsy
Gambar Hiasan
Assalammualaikum w.b.t  Dr Zubaidi, Maaf menganggu doktor. Tp sy tidak tahu kepada siapa sy perlu bertanya soalan. 
1. Ayah saya disahkan mengalami ‘bell palsy’ pagi  tadi apabila sejak semalam dan lemah2  dan mulut senget. 3 hari lepas, doktor ada memberi ubat berkaitan jantung kerana dikatakan jantung ayah sy bengkak. Untuk pengetahuan, ayah sy penghidap diabetes & darah tinggi. Adakah ubat jantung tu berkaitan dgn bell palsy?
 
2. Sebagai seorang doktor yg mengamalkan Aafiyat Olive House, apakah cara rawatan yang boleh diamalkan dan bagaimana caranya?
Kerjasama dari pihak doktor amat diharapkan oleh sy sebagai anak yg ingin membantu kedua orang tua sy.
 
Terima kasih doktor.
 
Image result for bell's palsy

 

Waalaikumussalam.
 
1. Masalah bapa puan agak kompleks. Berapa umur beliau? Berapa lama sudah menghadapi masalah penyakit kronik?
 
2. Masalah yang dihadapi itu adalah Bell’s palsy atau minor stroke memandangkan dia mempunyai masalah diabetes dan tekanan darah tinggi.
 
3. Doktor yang memeriksa akan melihat ubat-ubatan yang diberikan dan kawalan penyakit (bacaan gula dan tekanan darah terkini).
 
4. Jadi agak sukar untuk menganalisa masalah ini secara tepat. Seorang doktor akan memeriksa pesakitnya, membaca laporan pemeriksaan darah dan radiology dan memberikan diagnosa yang tepat.
 
5. Tanpa langkah-langkah itu, agak sukar seorang doktor membuat diagnosa dan memberikan rawatan.
 
6. Cadangan saya, bawa berjumpa dengan doktor yang berpengalaman. Ambil masa bersama doktor untuk mendapat penjelasan yang lengkap. Saya mencadangkan pemakanan yang baik seperti pengambilan minyak zaitun, cuka teen dan madu yang berkualiti. Tetapi setelah berbincang doktor yang merawat.
 
Terima kasih kerana bertanya.
 
Semoga bermanfaat.

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: