Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Beli katiL urutan Ceragem untuk ibubapa

Beli katiL urutan Ceragem untuk ibubapa

ceragem

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.

 

Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).

 

Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, tubuh akan menjadi sihat. Dengan meletakkan 9 kepingan batu jed memberikan tekanan kepada tulang belakang  dan 3 kepingan lagi diletakkan pada pada perut, sehingga menyebabkan aliran darah akan berjalan lancar.

 

Urutan yang diberikan  dipercayai mampu memberikan rangsangan, mengaktifkan fungsi sel, membantu membersihkan saluran darah bagi malancarkan peredaran darah, memperbaiki saraf dan mengaktifkan metabolime dan penghasilan antibodi dalam  badan meningkat.

 

Ceragem juga menyediakan sinar inframerah. Menurut keyakinan orang ramai Timur, sinar inframerah adalah satu sinar kehidupan yang dipercayai untuk menembusi ke dalam badan dengan mengeluarkan haba dan kemudian mengesan penyakit di dalam badan anda.

 

Sinar inframerah ini apabila bertemu dengan kepingan jed pada tempat-tempat tertentu yang dipercayai menjadi punca penyakit, ia akan memberikan tanda kemerahan pada kulit kerana peredaran darah di dalam badan  tidak lancar.

 

Ceragem juga menggunakan konsep kiropraktik ( perubatan alternatif yang berasaskan tulang belakang). Ini kerana dipercayai bahawa punca pelbagai penyakit yang berasal dari tulang belakang. Tulang belakang mempunyai sistem saraf yang penting untuk badan. Apabila badan mendapat penyakit  maka masalah itu dipercayai berasal dari tulang belakang.

 

Semua peringkat prinsip dalam rawatan ini  dilakukan dalam tempoh 30 minit dan dibahagikan kepada dua sesi, sesi pertama untuk tulang belakang dan pinggul dan sesi kedua pula untuk badan. 9 kepingan jed diletakkan di bawah tulang belakang dan 3 kepingan jed pada perut untuk memberikan gabutan tekanan oleh batu-batu jed itu dan kesan sinar inframerah.

 

Oleh itu ceragem dikatakan dapat membantu dalam pemulihan, mengesan dan merawat. Ia hanya dapat dirasakan oleh pengguna ceragem itu sendiri.

 

Ceragem dikatkan membantu menyembuhkan penyakit  seperti gangguan buah pinggang, kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi asid urik, gastrik, dan stroke.

 

Walau bagaimana pun  banyak badan perubatan yang mempersoalkan keberkesanan teknologi ini.

 

Bagi saya,  ia membantu pesakit untuk mendapat kelegaan dan memulakan proses penyembuhan. Setakat ini tiada kesan sampingan kepada pengguna. 

 

Saya tidak menghalang sesiapa untuk membeli dan menggunakannya.  Jika puan mempunyai rezeki yang lebih, bolehlah membelikan untuk ibubapa puan. 

 

Ini bukan soal berkesan atau tidak, tetapi lebih kepada menghiburkan hati ibubapa. Semasa kecil ibubapa kita telah membuat apa saja yang terbaik untuk kita. Sanggup berhujan, berpanas dan berpenatan demi membesarkan anak-anak.  Inilah masa untuk membalas jasa mereka.

 

Jika puan tidak berkemampuan, berterus terang dangn ibubapa. Semoga mereka memahami kekurangan anak-anak mereka.

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: