belajar berpidato

BELAJAR BERPIDATO
Ketika berusia 20an, saya bukanlah orang yang petah berkata-kata dan mahir memilih kata-kata.
 
Masuk 30an masih belum lagi berjaya berpidato, walaupun amat teruja mendengar pidato Bung Karno atau Sdr Anwar.
 
Saya masih ingat lagi ketika belajar di UKM, Bangi di Fakulti Sains Hayat. Saya menyertai satu persatuan. Saya teruja dengan pidato senior saya Dato Roslan Ab Hamid di bawah pokok di Hutan Rekreasi, Ayer Keroh. Bukan pidato biasa-biasa. Beliau banyak membaca dan mampu memetik kata-kata.
 
Saya mahu seperti itu. Sekurang-kurangnya seperti itu. :) Jadi saya harus lakukan sesuatu. Nak cari guru pidato bukan mudah. Senior2 pun sibuk (atau buat2 sibuk) bila kita nak belajar. Lainlah kalau awek cun, mesti ada masa saja..hmmm
 
Saya harus buat sesuatu. Akhirnya saya buat keputusan untuk berlatih sendiri. Apa yang saya buat ialah sepanjang dari asrama F Kolej Rahim Kajai saya menapak ke Dewan Kuliah Utama dalam 20-30 minit. Di sepanjang perjalanan, saya mencabar diri untuk berpidato sendiri.
 
Bercakap sorang-orang ini memang berisiko. Terserempak dengan senior “Eh, kalau ni dah gila ke cakap sorang-orang”
 
Pergh. Pedas. Bukan nak bagi semangat.
 
Namun saya bulatkan hati. Pedulikan. 30 tahun lagi saya akan bercakap dalam radio dan berdiri di depan ribuan pendengar.
 
30 tahun? Lamanya.. Yelar. saya ni tak pandai.
 
Saya akan berikan satu tajuk dan mula bercakap mengenainya. Contoh saya beri tajuk “hujan”, jadi saya akan terus bercakap tentang hujan seolah-olah ada ribuan pendengar di depan saja. Memanglah kadang-kala tergagap sebab tak banyak info yang saya tahu tentang hujan selain info biasa yang saya belajar di sekolah menengah.
 
“Pendengar mahu info baru. Info menarik!!” teringat kata abang Roslan semasa melatih kami beramai-ramai. “Banyak membaca. Saya tiap-tiap hari membaca”
 
Waduh… Bersemangat ini.
 
Jadi memang pastikan saya akan membaca buku. Terutama sejarah, filosofi, dan sains. Selain buku teks yang boring sebab banyak menghafal ilmu pokok dan haiwan. :(
 
Pen mesti ada dua batang di kocek baju. Kadang kala pembaris dan sikat rambut. Hehehe :)
 
Dengan gaya yang nerd macam itu pun dapat menarik perhatian dua tiga orang awek, tau..
 
Sekarang saya ada berpengalaman bercakap di hadapan orang ramai dengan menyampaikan ceramah, bercakap dalam radio dan TV dalam interviu live. Alhamdulillah.
 
Ingat balik memang geli hati. Tapi memanglah, kalau mana nak dapat sesuatu kalau tak bersungguh..
 
#pengalamandrzubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!