Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Ulasan Berita » Bayi mempunyai kembar di dalam abdomennya.

Bayi mempunyai kembar di dalam abdomennya.

 

“Mulanya disangka ketumbuhan di abdomen pada bayi berusia dua bulan, rupanya ‘ketumbuhan’ itu adalah kembarnya”, begitulah berita yang dikeluarkan dalam akhbar di Pakistan yang say abaca secara on-line.

 

Sekumpulan pakar bedah kanak-kanak (paediatric surgeons)di Hospital Kanak-kanak,  Pakistan Institute of Medical Sciences (PIMS), berjaya melakukan pembedahan pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 pada seorang bayi yang disangka mengalami ketumbuhan dalam abdomennya.

 

Pembedahan yang dijalankan selama tiga jam yang diketuai oleh Professor Zaheer Abassi, ke atas bayi yang bernama Amna, anak perempuan kepada Lakhmir Khan, dilahirkan dengan perut yang membesar. Sebelum ini, bayi ini mengalami ceret beret dan muntah semenjak dilahirkan.

 

Doktor yang merawat Amna akhirnya merujukkannya ke hospital itu.

 

Amna adalah anak ke empat, dan ibu bapa mereka adalah mempunyai talian sepupu. Sebelum ini ibu Amna yang berusia 29 tahun telah melahirkan 3 orang anak yang sihat, namun pernah mengalami enam kali keguguran. Di awal kehamilan, ibu Amna diberitahu bahawa beliau sedang hamil anak kembar.

 

Bayi bernama Amna ini telah menjalani pelbagai ujian dan disahkan mengalami keumbuhan dalam abdomennya. Namun setelah pembedahan dilakukan rupanya ‘ketumbuhan’ itu adalah kembarnya yang berumur 2 bulan mempunyai kepala, rambut, badan, dan tangan dan kaki. Kembarnya meninggal dunia.

 

Selepas pembedhan Amna dipindahkan ke wad ICU dan pembedahan disahkan berjaya.

 

Kisah yang berlaku ini adalah bukti kekuasaan ALLAH SWT.

 

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa Sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” (QS Fushilat: 53)

 

Fenomena ini diterangkan oleh para doctor dan saintis sebagai “fetus in fetu”. Ia adalah sebagian dari perkembangan bayi dalam rahem yang tidak normal apabila segumpal tisu dalam tubuh menyerupai bayi.

 

‘Bayi’ yang berada di dalam tubuh (selalunya abdomen) seseorang dianggap hidup kerana mengalami perkembangan fizikal. Walau bagaimana ia tidak dikatakan hidup seperti yang difahami kerana bayi ini tidak mempunyai otak, jantung, paru-paru, sistem penghadaman dan sistem perkumuhan.

 

Oleh itu ia bersifat ‘parasit’ yang menumpang dan mengambil sebagaian nutrient yang dimakan oleh bayi yang hidup untuk perkembangan fizikalnya yang semakin membesar.

 

Ia mendapat bekalan nutrient dari saluran darah yang bersambung terus dari kembar yang hidup.

 

Bayi parasitik ini boleh bertukar sifat menjadi lebih berbahaya menjadi ketumbuhan “differentiated teratoma” atau menjadi lebih parah sebagai “metastatic teratoma carcima” (sejenis kanser berbahaya).

 

Bayi ini juga tidak mempunyai ‘peluang untuk hidup’ kerana tidak mempunyai otak, jika dikeluarkan. Malah mungkin menjadi ancaman bahaya kepada kembarnya yang hidup.

 

 

Ketika pemeriksaan xray, mungkin kelihatan ‘segumpal tisu lembut’ pada abdomen sebelah kanan yang kelihatannya mempunyai tulang pelbagai bentuk dan saiz.

 

 

Pemeriksaan CT scan abomen akan menunjukkan ‘gumpalan tisu’ yang kelihatan mempunyai tulang semakin jelas.

 

 

 

Selepas pembedahan, kelihatan bayi yang agak cacat.

 

Bukan setakat kes ini saja yang berlaku di seluruh dunia.Ia dianggarkan berlaku dalam setiap setengah juta kelahiran. Banyak lagi kes-kes yang sama berlaku tanpa diberikan perhatian yang meluas.

 

Antaranya:

  • Marina Miliou di Greece pada April 1990.
  • Alamjan Nematilaev, berumur 7 tahun di Kazakhstan pada 2003.
  • Sanju Bhagat, berumur 36 tahun di Nagpur, India pada Jun 1999.
  • Eljie Millapes, berumur 2 bulan di Filipina pada Ogos 2007.
  • Afiah Syafina, berumur 2 bulan di Medan, Indonesia.
  • Kang Mengru, berumur satu tahun pada September 2009.

Fenomena ini harus membuatkan kita berfikir tentang kebesaran ALLAH SWT  yang mampu melakukan apa saja, sebagai ujian kepada kita.

 

Hai manusia telah dibuatkan perumpamaan, maka dengarkanlah ia, sesungguhnya (tuhan tuhan) yang kalian seru selain Allah, tidak akan (bisa) menciptakan lalat walaupun mereka berkumpul(untuk) membuatnya. Dan kalau lalat merebut sesuatu dari mereka, mereka tidak akan dapat menyelematkannya, lemahlah yang mencari dan yang dicari”. (QS. Al-Hajj : 73)


Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: