Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur

Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur

sudden_infant_death

 

 

“As salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar ke taska. Persoalan saya, bolehkah bayi rakan saya meninggal dunia tanpa sebab?. Terima kasih atas perkongsian doctor”

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan anak rakan puan, lebih-lebih lagi dalam kes ini adalah kes kematian yang melibat pendakwaan (medicolegal) dan mungkin juga melibat polis dan mahkamah.

 

Secara umumnya, ada kes kematian bayi secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, dan dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome yang berlaku ketika bayi itu sedang tidur.

 

Kematian yang penuh tragedi ini berlaku pada bayi yang berumur kurang dari setahun. Ia berlaku dengan tiba-tiba pada bayi yang sebelum ini kelihatan sihat dan tidak mengalami apa-apa sakit.

 

Terlalu sukar untuk mendiagnosa kematian seorang bayi sama ada ia benar-benar akibat SIDS atau pun meninggal dunia akibat kemalangan, penderaan, atau masalah kesihatan lain yang belum dikesan pada bayi itu seperti penyakit jantung atau masalah metabolic.

 

Mungkin penyiasatan yang lebih mendalam seperti mengkaji sejarah perubatan ibu dan bayi, mengkaji suasana persekitaran tempat tidur bayi dan melakukan pemeriksaan autopsy (post-mortem) dapat membantu menjelaskan punca kematian.

 

Walau pun begitu, ada beberapa faktor yang menyumbangkan pada kematian bayi tanpa diduga seperti ini, seperti:

 

1. Ibu hamil yang merokok dan meminum alcohol

 

2. Ibu hamil yang tidak melakukan pemeriksaan antenatal berkala dengan baik

 

3. Bayi yang dilahirkan secara pramatang atau mempunyai berat badan yang rendah

 

4. Ibu hamil yang berumur kurang dari 20 tahun.

 

5. Ibu hamil yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap tembakau dan asap ganja.

 

6. Bayi yang tidur dengan berselimut di mana selimut menghalang pernafasan bayi

 

7. Bayi yang tidur secara meniarap

 

Namun ada juga kematian bayi secara tiba-tiba disebabkan oleh faktor susah bernafas sama ada sedakan susu, selsema yang kuat, pneumonia dan banyak sebab yang lain.

 

Oleh itu KKM sangat melarang bayi berumur dua tahun ke bawah diberikan ubat selsema dan batuk, kecuali atas nasihat dan pemantauan doktor.

 

Ini kerana ubat selsema dan batuk biasanya menyebabkan bayi terlalu mengantuk dan tertidur lama dan ada kalanya boleh menyebabkan sukar bernafas dan kematian.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!