Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Bayi berdengkur ketika tidur

Bayi berdengkur ketika tidur

baby sleeping 1

 

“Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini. “

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Jawaban yang diberikan  seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam keadaan yang normal dan perlu pemeriksaan doktor.

 

Selalunya ia disebabkan lendir dalam saluran pernafasan.

 

Ia juga boleh disebabkan oleh bengkakan adenoid dan tonsil yang mengecilkan ruang pernafasan.

 

Ia menjadi bahaya jika anak puan menunjukkan tanda-tanda demam dan sukar bernafas seperti pernafasannya laju, nampak tercungap-cungap, tidak aktif, tidak mahu menyusu atau dadnya nampak berombak.

 

Dalam mana-mana keadaan puan harus membawa anak puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

 

Saya tidak dapat memberi komen tentang anak secara lanjut sebab tidak memeriksa anak puan.

 

Wallahu a’lam

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: