BAYI BERAK DALAM RAHEM

Ramai yang bertanya tentang masalah bayi mereka dikatakan berak dalam rahem.

 

Dalam kes-kes yang biasa, air ketuban (cecair amniotik) yang berada di dalam rahem, akan ditelan dan masuk ke dalam paru-paru. ia tidak berbahaya kepada bayi dalam rahem, kerana ia bersifat sterile (bersih dari kuman).

 

Meconium ialah najis awal (tahi) yang dikeluarkan oleh bayi yang baru lahir tidak lama selepas kelahiran. Kebiasaannya ia keluar dari badan sebelum bayi tersebut mula mencerna susu ibu (atau susu formula) yang diberikan sebaik saja atau beberapa jam selepas dilahirkan.

 

Dalam beberapa kes, ada bayi yang mengeluarkan meconium ketika masih di dalam rahem. Ini akan berlaku apabila bayi adalah “di bawah tekanan” kerana bekalan darah dan oksigen berkurangan. Ia selalunya disebabkan oleh masalah dengan plasenta (uri).

 

Jadi najis meconium ini akan bercampur dengan air ketuban (cecair amnion), akan masuk ke dalam paru-paru bayi apabila mereka bernafas.

 

Najis meconium ini mengandungi kuman dari usus bayi, dan boleh menyebabkan jangkitan kuman atau boleh menyekat saluran pernafasan bayi sejurus selepas kelahiran.

 

Keadaan ini dipanggil “meconium aspiration syndrome”.

 

 

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!