Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Bayi 5 bulan diberikan nasi empit

Bayi 5 bulan diberikan nasi empit

BAYI 5 BULAN DIBERIKAN NASI EMPIT

 

baby

 

“Salam Dr. Saya ada sorang ank yg raya ni baru 5 bulan..tp fmly n fmly in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah..bubur lah..sedangkan sy dah bgtau 6 bulan keatas baru blh mkn..itu pon puree…tp bila sy ckp akan dibgtau..dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg? doc ade x penrangan tntang effect bg bby 6m kebawah makan bubur or ape2 slain susu ibu? Thanks doc.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi yang berumur enam bulan ke bawah belum lagi matang. Mereka belum bersedia menghadamkan makanan yang kompleks, dan terlalu banyak rempah.

 

Begitu juga pemberian glukosa tidak digalakkan kepada bayi berumur setahun ke bawah.

 

Ucapan kata-kata “dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg” adalah ibarat berkata “dulu bawa motorsikal tidak pakai helmet, hidup juga sampai sekarang”. Malang tidak berbau. Bila sudah berlaku tiada apa yang hendak disesalkan lagi.

 

Puan sebagai ibu, bertanggungjawab penuh kepada anak puan. Tunjukkan pada mereka bahawa puan adalah ibu kepada anak puan dengan bertegas (dan berhikmah). Jika anak puan sakit, terpaksa dibedah dan ditahan di wad beberapa minggu, yang akan menjaga anak puan ialah puan sendiri. Bukan orang lain.

 

Banyaklah berdoa semoga ALLAH menyelamatkan anak-anak kita dari bahaya dan kezaliman dan kejahilan manusia sekeliling.

 

Maaf jika perkataan saya agak kasar. Itu semua untuk kebaikan anak puan yang masih kecil dan tidak berdosa.

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: