Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Batuk ketika hamil

Batuk ketika hamil

woman pregnant coughing

 

“Salam 1Malaysia doctor, saya ingin bertanya, saya mengalami batuk yang lama, lebih kurang sebulan. Minggu lalu batuk saya telah reda dan kemudian ia berulang, terutama pada waktu malam.

 

Sekarang ini saya hamil 35 minggu, dan telah melakukan pemeriksaan kahak dan doctor mengesahkan kahak saya tiada kuman.

 

Tiga minggu yang lalu, doctor telah memberikan saya ubat batuk dan antibiotik.

 

Saya bercadang ini menggunakan gula-gula untuk merawat batuk saya tetapi mengandungi AMBROXOL HYDROCHLORIDE.

 

Mohon penjelasan dan nasihat. Terima kasih.”

 

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Bagi ibu yang hamil yang mengalami batuk, saya selalu mencadangkan agar minum air secukupnya, lebih baik dari mengambil mana-mana ubat, terutama jika batuk yang dialami bukanlah disebabkan jangkitan kuman bakteria.

 

Saya ada menulis dalam blog.

 

http://drzubaidi.com/blog/?p=4823

 

Puan juga telah mengambil antibiotik dan tidak perlu mengambil lagi ubat antibiotik dan ubat batuk.

 

Insha ALLAH jika puan mengamalkan minum air mineral yang secukupnya  (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) batuk puan akan reda dan hilang.

 

Bahan Ambroxol yang terdapat dalam gula-gula batuk adalah ubat terkawal untuk mencairkan kahak, selalu diberikan kepada pesakit yang mempunyai batuk kuat yang disebabkan oleh lendir di paru-paru.

 

Ia boleh diambil oleh pesakit yang mengalami batuk berlendir, dan bukan batuk kering. Ia hanya meredakan batuk untuk sementara.

 

Saya tidak mencadangkan ubat ini untuk wanita hamil atau kanak-kanak.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!