Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » BATU DALAM PUNDI HEMPEDU

BATU DALAM PUNDI HEMPEDU

BATU DALAM PUNDI HEMPEDU

 

 

Batu dalam pundi hempedu juga dikenali sebagai batu hempedu. Ia ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan kepadatan.

 

Batu hempedu terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam cecair hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair hempedu yang disimpan dalam pundi hempedu. Ia ‘mendak’ dan membentuk batu kecil.

 

Lama-kelamaan ia menjadi semakin besar atau semakin banyak. Batu hempedu boleh terperangkap sepanjang saluran hempedu apabila ia keluar dari pundi hempedu.

 

Punca-punca

 

Antara faktor yang menyebabkan batu hempedu adalah ;

 

1. Jantina. Wanita lebih berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Apatah lagi jika wanita itu hamil, menggunakan pil hormon atau pil perancang keluarga. Ini kerana hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh akan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan akhirnya membentuk batu karang hempedu.

 

2. Obesiti. Orang yang obes lebih mudah mendapat batu hempedu berbanding dengan orang yang tidak obes.

 

3. Pemakanan. Pemakanan yang tinggi lemak tidak sihat terutamanya transfat dan lemak tepu meningkatkan risiko mendapat batu hempedu. Pengambilan gula yang tinggi juga menyebabkan pembentukan batu hempedu.

 

4. Usia. Individu berumur 60 tahun ke atas mempunyai risiko mendapat batu hempedu yang lebih tinggi.

 

5. Diabetes. Pesakit diabetes yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi (hiperkolestrolemia) dan mempunyai masalah fatty liver lebih mudah mendapat batu hempedu.

 

6. Ubat kolesterol. Ubat ini juga meningkatkan jumlah kolesterol yang disimpan dalam cecair hempedu boleh meningkatkan risiko mendapat batu hempedu.

 

7. Masalah Anemia hemolitik iaitu sel darah merah mudah pecah akibat sebab tertentu. Ini heme iaitu komponen sel darah merah yang dimetabolismekan ke bilirubin.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: