Advertorial
Home » Catatan Peribadi » Banyakkan amalan dengan menunjukkan amalan yang baik

Banyakkan amalan dengan menunjukkan amalan yang baik

Saya percaya amalan-amalan kecil yang kita lakukan memberikan kepuasan pada diri seperti membayar harga kopi kepada orang yang minum di hujung kedai dan kita tidak kenali, memegang pintu untuk orang asing, memberikan senyum kepada penjaga tol atau cashier, membantu mengambilkan barang ayng terjatuh dan pelbagai amalan kecil kepada orang asing yang kita tidak kenali.

Tanpa keita sedari atau kita hendaki, orang yang kita bantu itu selalunya akan mengingati perbuatan baik kita dan mungkin untuk mendoa kita semula.

Saya pernah berjumpa seorang doctor siswazah di sebuah konvensyen perubatan. Ketika sedang menghirup expresso bersendirian, seorang anak muda yang baru saja menjalani latihan di hospital awam menegur saya.

“Doktor tak ingat saya? Ibu saya doctor pernah rawat mak saya di wad. Masa itu semua jururawat dan doctor sibuk. Doktor datang membantu nurse di wad membuang daging busuk di punggung mak saya. Saya nampak doctor berpeluh-peluh sebab baunya busuk dan ambil masa yang lama..”

“Masa tu saya masih di sekolah menengah menemani ibu saya yang sakit..”

Saya senyum.

“0ooo … ada ea?” Tanya saya sengan loghat Johor.

“Saya seronok tengok doctor senyum dan menghiburkan ibu saya dengan kata-kata semangat.”

“Ya ke..”

Saya tidak sangka ada orang memerhati. Saya hanya seronok menjalankan tugas walaupun agak berat ketika itu.

Lima belas tahun berlalu dengan pantas.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: