Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Bahayakah Thalassaemia?

Bahayakah Thalassaemia?

baby crying 2

 

“As salamu alaikum doctor. Anak saya berumur 3 tahun dan telah diagnosakan sebagai Beta Thalasemia trait. Adakah ia berbahaya?”

 

Wa alaikum mus salam. Saya memahami kebimbangan puan.

 

Puan tidak perlu bimbang. Penyakit “Beta Thalassaemia Trait” sebenarnya tidak berbahaya dan pesakit tidak memerlukan apa-apa rawatan.

 

Thalassaemia adalah suatu penyakit keturunan yang disebabkan masalah dalam genetik sehingga menyebabkan darah menjadi mudah pecah.

 

Secara mudah untuk fahaman puan, terdapat dua jenis penyakit Thalassaemia, iaitu

 

  1. ‘Beta Thalassaemia Trait’, yang tidak berbahaya
  2. ‘Beta Thalassaemia Major’, yang berbahaya dan memerlukan rawatan transfusi darah sepanjang hayat.

 

Cuma perlu diingatkan apabila anak puan dewasa dan ingin berkahwin, haruslah pastikan isteri beliau tidak mempunyai penyakit yang sama.

 

Sekiranya kedua-dua pasangan mempunyai Beta Thalassaemia Trait, dibimbangi anak yang dilahirkan nanti, mengalami penyakit “Beta Thalassaemia Major” pula.

 

Pesakit ‘Beta Thalassaemia Major’ selalunya mengalami tanda-tanda kekurangan darah seperti kelihatan pucat, letih, sesak nafas, tidak dapat menelan sehingga menyebabkan kurang berat badan, dan mudah demam. Tanda-tanda ini muncul ketika bayi berumur 4 hingga 6 bulan.

 

Selain itu pesakit boleh dikesan mengalami tulang dahi dan rahang yang besar. Selain itu organ hati dan limpa pesakit juga menjadi semakin besar.

 

Pesakit akan menjadi semakin lemah dan pucat, dan mengalami jangkitan kuman dan kegagalan jantung dalam usia kanak-kanak, jika tidak dikesan awal dan dirawat.

 

Pesakit ‘Beta Thalassaemia Major’ memerlukan rawatan transfusi darah secara berkala, dan juga rawatan perubatan yang lain sepanjang hayatnya.

 

Jika anak puan mengalami ‘Beta Thalassaemia Trait’, selalunya tidak memerlukan apa-apa rawatan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top