Advertorial
Home » VCO » BAHAYAKAH SANTAN DAN MINYAK KELAPA DARA (VCO)?

BAHAYAKAH SANTAN DAN MINYAK KELAPA DARA (VCO)?

BAHAYAKAH SANTAN DAN MINYAK KELAPA DARA (VCO)?

 

 

Isu santan (VCO) untuk dimakan. Saya telah mengulasnya dengan panjang. Bagi singkatkan perbincangan saya berikan dalam bentuk point.

1. Saya tidak pernah beritahu VCO atau santan bahaya untuk dimakan. Jika pernah membaca di mana2, ia mungkin salah faham. Dan saya tidak pernah gunakan perkataan BAHAYA.

Jadi jika ada yang kata saya menyuruh pesakit menjauhi santan, itu satu fitnah. Saya tidak pernah menasihati untuk menjauhi santan pada mana-mana pesakit. Perkataan yang pernah saya gunakan adalah BERHATI-HATI dengan santan.

Saya juga mengambil masakan bersantan tetapi bukan setiap hari dan tidak dalam kuantiti yang banyak.

2. Tidak dapat dinafikan santan atau VCO mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ini dibuktikan dengan banyak kajian saintifik yang diterbitkan dalam journal.

Pada masa yang sama, santan atau VCO adalah lemak tepu. Pengambilan minyak (lemak) tepu tidak seharusnya diambil dengan banyak. Kecuali kita betul-betul mengamalkan Diet Ketogenik dengan nasihat dan pemantauan profesional. Jika kita ambil lemak tepu secara berlebihan bersama dengan refined karbohidrat, saya bimbang kita akan mendapat kemudaratan terutama penyumbatan saluran darah pada jantung.

Santan dan VCO juga mempunyai kalori yang tinggi. Sebab itu ia sesuai jika diamalkan oleh mereka yang berpuasa atau Diet Intermittent Fasting.

Orang dulu memang mengamalkan santan dan menggunakan minyak kelapa dalam masakan. Mereka sihat. Ini kerana mereka berladang dan menggunakan tenaga yang banyak ketika bekerja. Jadi tiada masalah dengan pengambilan kalori yang banyak.

Bagi orang zaman sekarang, kebanyakan bekerja tidak menggunakan tenaga yang banyak. Pengambilan VCO dua sudu sekali sudah mencukupi. Jika mengamalkan puasa atau Diet Intermittent Fasting dalam kita mengambil santan dan VCO, itu lebih baik.

3. Jadi pengambilan santan dan VCO haruslah berHATI-HATI kerana banyak kajian menunjukkan pengambilan santan dan VCO (minyak tepu) meningkatkan Total Cholestrole, HDL dan Trigliseride. Dalam masa yang sama, ia merendahkan juga LDL. Jadi tidak boleh diambil dengan kuantiti yang banyak. Jika mahu diambil dengan banyak pastikan mengamalkan Diet Ketogenik dengan pemantauan profesional. Atau kita sememangnya suka melakukan senaman atau aktiviti fizikal.

Jika kita menghabiskan masa 8 jam dengan posisi duduk ketika bekerja, dan di hujung minggu kita lebih suka rehat di rumah, pada waktu malam pula kita meronda untuk mencari makanan yang sedap, berhati-hatilah. Ambil masakan bersantan sesekali sahaja. Kita mungkin mengalami obes dan tahap kolestrol (termasuk ‘kolestrol jahat’) yang tinggi.

Jika kita suka dengan teori yang mengatakan “kolestrol tidak berbahaya”, dan tidak kisah tahap kolestrol kita tinggi, sekurang-kurangnya kita tidak mengambil santan dan VCO bersama refined karbohidrat yang membekalkan banyak gula. Tahap gula yang tinggi pada orang yang ada kolestrol yang tinggi, adalah sesuatu yang harus dielakkan. Ia menyebabkan proses oksidatif yang memendakkan kolestrol sehingga menyebabkan penyumbatan saluran darah. Sebab itu pesakit diabetes sangat berisiko tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung jika mereka mempunyai tahap kolestrol yang tinggi

Saya harus penjelasan saya jelas. Terpulanglah sama ada nak terima atau tidak.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: