Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?

BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?

 
 
 
BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?
 
 
“Assalamualaikum, doktor. Boleh kah ibu hamil pakai inhaler vick?. Terima kasih”
 
 
WALAIKUMUSALAM.
 
 
Tidak semua produk vicks sesuai digunakan semasa hamiil. Namun begitu, banyak juga produk vicks yang selamat digunakan.
 
 
Terdapat beberapa produk vicks yang ada di pasaran digunakan untuk membantu individu yang mengalami batuk, selsema dan hidup tersumbat.
 
 
Saya mencadangkan puan membaca kandungan produk yang tertulis pada label pada produk tersebut. Cuma elakkan apa-apa produk yang mengandungi bahan ephedrine. Jika ia mengandungi bahan menthol atau eucalyptus sebagai produk minyak urutan pada kulit atau dimasukkan ke dalam air panas, ia dikira masih selamat digunakan untuk wanita hamil.
 
 
Produk yang mengandungi bahan ephidrine atau phenylephrine hydrochloride tidak sesuai digunakan oleh wanita hamil. Ia mungkin sesuai digunakan oleh pesakit batuk dan selsema yang tidak hamil dengan preskripsi atau nasihat doktor.
 
Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) menasihatkan bahawa “phenylephrine hydrochloride harus digunakan secara berhati-hati terutama pada wanita yang pernah mengalami masalah pre-eclampsia pada kehamilan lepas kerana ia bersifat menyempitkan saluran darah (vasoconstrictive) dan boleh menyebabkan peredaran darah ke uri (placenta) berkurangan.
 
 
Ada beberapa produk vicks:
 
1. VICKS VAPORUB selamat digunakan oleh ibu yang hamil untuk meredakan hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk. Ia dalam bentuk ointment untuk tujuan sapuan pada dada, leher dan belakang. Ia boleh dicampurkan dengan air panas bagi menghasilkan wap untuk disedut.
 
 
2. VICK INHALER selamat digunakan oleh wanita hamil kerana mengandungi bahan menthol dan camphor melegakan hidung tersumbat.
 
3. VICKS FIRST DEFENCE NASAL SPRAY tidak mengandungi apa-apa bahan aktif tetapi mengandungi microgel yang memerangkap lendiran dan virus dari masuk ke dalam sistem tubuh. Jadi ia dianggap selamat untuk wanita hamil.
 
4. VICKS SINEX adalah ubat kapsul untuk melegakan selsema. Ia mengandungi 12.18mg phenylephrine hydrochloride. Ia selamat digunakan oleh pesakit (yang tidak hamil) yang mengalami batuk dan selsema dengan preskripsi atau nasihat doktor. Tetapi tidak sesuai untuk wanita hamil.
 
 
Semoga bermanfaat.
 
 
#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: