Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » BAHAYAKAH POLIP?

BAHAYAKAH POLIP?

BAHAYAKAH POLIP?

 

 

Polip adalah ketumbuhan abnormal yang boleh berlaku di mana saja dalam tubuh kita. Ia boleh tumbuh sendiri atau berkelompok. Ada beberapa polip yang tidak bahaya dan ada juga yang bersifat ganas, dan boleh berubah menjadi kanser.

 

Secara mudah, terdapat dua jenis polip, hiperplastik dan adenoma. Jenis hiperplastik umumnya tidak berisiko untuk kanser. Sementara jenis adenoma pada usus besar pula boleh berubah menjadi kanser. Namun tidak semua kes polip adenoma menjadi kanser walaupun berada dalam usus besar.

 

Oleh setiap kes polip harus diperiksa di bawah mikroskop. Pemeriksaan ini dapat untuk membezakan antara polip hiperplastik dan adenomatosa.

 

Kebanyakan polip muncul di dalam usus, hidung atau rahim. Kebarangkalian polip bertukar menjadi kanser seiring dengan penambahan usia. Secara am pesakit yang berusia 60 tahun yang ada polips berisiko mengalami perubahan ini.

 

Kebanyakan polip ditemui secara tidak sengaja apabila melakukan pemeriksaan kesihatan.

 

Sebagai contoh:

1. Polip dalam usus ditemukan apabila doktor melakukan kolonoskopi setelah pesakit mengadu ada darah pada najis air besar.

2. Polip dalam hidung ditemukan apabila doktor melakukan pemeriksaan rongga hidung setelah pesakit mengadu hidung tersumbat atau keluar darah dari hidung.

3. Polip rahim dalam ditemukan apabila doktor membuat pemeriksaan rahim (histeroskopi atau biopsi endometrium) setelah pesakit mengadu kitaran haid yang tidak menentu atau ada sedikit darah setelah melakukan hubungan intim bersama suami.

 

Selalunya doktor pakar akan meraeat bergantung kepada:

1. Di mana ia muncul
2. Jumlah polip yang tumbuh
3. Saiz polip
4. Adakah ia bersifat tidak berbahaya (benign), atau kanser.

 

Dalam kes yang biasa iaitu polips mudah dijumpai ketika melakukan skop, hanya satu atau dua polips, saiznya tidak besar dan tidak disyaki sebagai kanser, doktor akan membuangkannya. Prosedur ini dinamakan polipektomi. Kemudian polip ini dihantar untuk pemeriksaan makmal.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: