Bahayakah Amalgam sebagai Penampalan Gigi ?

Betulkah doctor, amalgam penampal gigi membuatkan kita mengalami masalah mental” ..

Seorang pelajar perubatan tahun akhir bertanya kepada saya melalui ruang chatting di FB.

Saya belum pernah terfikir hal itu. Saya percaya jika ia mendatangkan kemudaratan yang serius, tentu KKM tidak membenarkannya.

“Mana dapat maklumat ini?”

“Saya baca dari penulisan yang dikongsikan di FB”

Cepat saya balasannya.

“Nasihat saya, jika kita mahu menjadi seorang doctor yang bijak dan matang, jangan terus percaya dengan apa saja yang dikongsikan di fb. Buat kajian sendiri di mana-mana journal perubatan. Sekarang ini mudah mendapatkannya secara online..”    

 

Penggunaan amalgam sebagai bahan penampal gigi selalu disangsikan oleh masyarakat kerana ia mengandungi bahan metal mercury yang diketahui sangat bahaya terhadap kesihatan tubuh.

Amalgam digunakan kerana harganya yang murah, mudah digunakan, kuat dan tahan lama.

Banyak negara yang mula mengharamkan penggunaan amalgam. Negara-negara seperti Sweden, Norway dan Denmark telah mengharamkan penggunaannya sejak tahun 2008 dan menggantikannya dengan bahan lain yang lebih selamat.

Negara-negara seperti Germany, Austria, dan Canada pula hanya tidak membenarkan penggunaan amalgam pada wanita yang hamil, kanak-kanak, pesakit masalah ginjal dan mereka yang alah pada bahan-bahan logam, tetapi membenarkan penggunaannya pada rakyat mereka yang tidak mempunyai masalah.

Adakah pengharaman di negara-negara ini membuktikan bahawa amalgam benar-benar bahaya kepada kesihatan manusia?

Secara jelas bahawa pengharaman penggunaan amalgam di negara-negara itu tidak membuktikan bahawa ia membahayakan dan meudaratkan. Ia hanya langkah yang lebih ketat dan berhati-hati negara-negara tersebut.

Banyak kajian yang dibuat sebelum ini menunjukkan bahawa kesan amalgam hanya disebabkan oleh kesan alahan terhadap amalgam. Ia boleh dalam bentuk setempat, iaitu menyebabkan luka pada rongga mulut atau alahan yang menyebabkan rasa pening dan pitam.

Ia bukan sebab keracunan (toxicity) yang melibatkan keseluruhan kesihatan tubuh.

Keracunan ke dalam tubuh akibat hakisan amlagam pada tampalan gigi, hanya akan berlaku perokok kerana kandungan nicotine dalam air liur akan meningkat penghakisan amalgam.

Namun begitu pencemaran ini tidaklah sehebat keracunan akibat pencemaran di kilang yang menggunakan mercury sebagai bahan utama dalam industry pembuatan.

Banyak badan-badan professional yang berkaitan dengan kesihatan menyokong kenyataan baha penggunaan amalgam sebagai bahan penampal gigi adalah selamat.

American Dental Association, ADA pada tahun 2009 juga kenyataan itu. Mereka mendakwa “tiada  kaitan langsung antara penggunaan amalgam yang digunakan di klinik gigi dengan kemudaratan pada pesakit dewasa atau kanak-kanak berumur 16 tahun ke atas”.

(rujuk: “Comments of the American Dental Association before the Dental Products Panel of the Medical Devices Advisory Committee”. ADA. Retrieved 1 April 2013.)

Bahaya amalgam dalam kegunaan di klinik gigi juga tidak dapat dibuktikan.

(rujuk: Clarkson, Thomas. “Current Concepts: The Toxicology of Mercury — Current”New England Journal of Medicine. New England Journal of Medicine. Retrieved 1 April 2013).

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh World Health Organization, WHO juga mengukuhkan kenyataan itu.

(rujuk: “Comments of the American Dental Association before the Dental Products Panel of the Medical Devices Advisory Committee”. ADA. Retrieved 1 April 2013).

Namun begitu pada tahun 2009 FDA mengambil langkah yang lebih berhati-hati apabila menasihatkan para doktor gigi ketika menggunakan amalgam di klinik pergigian agar hati-hati dengan alahan terhadap mercury, menyediakan ruang perudaraan yang mencukupi (bukan di bilik yang sempit) ketika menggunakan amalgam, berbincang dengan pesakit mengenai risiko penggunaan amalgam berdasarkan pembuktian sainstifik (scientific evidence) dan  mendapatkan kebenaran secara bertulis (informed decisions) daripada pesakit.

(rujuk:“FDA Issues Final Regulation on Dental Amalgam”News and Events. FDA. Retrieved 1 April 2013).

Bagi wanita hamil, pemeriksaan gigi boleh ditundakan sehingga usia kehamilan mencapai 15 minggu. Boleh baca di https://drzubaidi.com/blog/?p=1594

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!