Bahaya Paracetamol

“Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik.

Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku.

(rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.)

Malah di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, keracunan akibat pengambilan paracetamol yang berlebihan adalah punca utama kerosakan organ hati (acute liver failure).

(rujuk: “Acetaminophen-induced acute liver failure: results of a United States multicenter, prospective study”. Hepatology (Baltimore, Md.) 42 (6): 1364–72).

Di England dan Wales sendiri, dianggarkan seramai 41,200 kes keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan berlaku pada tahun 1989 hingga 1990, dengan kematian sebanyak 0.40%.

Adalah dianggarkan sebanyak 150 hingga 200 kematian dan 15 hingga 20 pembedahan untuk pemindahan organ hati terpaksa dilakukan berlaku akibat keracunan paracetamol setiap tahun di England dan Wales.

(rujuk; Buckley N, Eddleston M (December 2005). “Paracetamol (acetaminophen) poisoning”. Clinical evidence (14): 1738–44).

Panggilan telefon kecemasan di pusat kawalan racun di Amerika Syarikat akibat pengambilan ubat paracetamol yang berlebihan sehingga menyebabkan keracunan dianggarkan sebanyak 100,000 panggilan.

Sebanyak lebih 56,000 orang yang dihantar ke Jabatan Kecemasan, sementara 2,600 orang dirawat di wad, dan 458 kes kematian akibat kegagalan organ hati dalam setahun di Amerika Syarikat.

(rujuk; “Acetaminophen and the U.S. Acute Liver Failure Study Group: lowering the risks of hepatic failure”. Hepatology 40 (1): 6–9)

Jadi berhati-hati menggunakan paracetamol dan jangan mengambilnya secara berlebihan.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad

Leave a Reply

error: Content is protected !!