Bahaya bayam menyebabkan batu dalam ginjal?

 

Fresh spinach iin a wooden bowl on a cutting board

Baru-baru tersebar dalam internet bahawa bayam (pinach) tidak boleh dimakan kerana memudaratkan. Mulanya saya ingatkan ianya hanya gurau, namun penulis blog itu beria-ia mengatakan ia sangat berbahaya kepada kesihatan, terutamanya boleh menyebabkan batu pada ginjal.

 

Saya pun cuba mencari profile penulis, manalah tahu penulis blog adalah seorang pakar pemakanan dan isu yang dibawa adalah penemuan terbaru yang diambil dari mana-mana journal pemakanan atau kesihatan.

 

Rupanya penulis hanya menggunakan samaran saja dan tiada rujukan sahih. Saya percaya ianya hanyalah kutipan sampah “copy and paste” saja.

 

Jika benar bayam sangat berbahaya, sudah tentu ia menjadi punca keracunan yang diketahui kerana bayam adalah antara sayuran yang banyak digunakan oleh masyarakat Melayu dalam hidangan masakan mereka.

 

Oxalic acid adalah bahan semula jadi yang ada dalam sayur-sayuran hijau, kacang, soya, daging dan produk tenusu. Malah orang yang mengambil suplemen vitamin C juga mempunyai kandungan oxalic acid yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak mengambil suplemen itu.

 

Dalam setiap 100 gram bayam yang dihidangkan, terdapat 736 miligram oxalic acid.(1)

 

Saya tidak menafikan bahawa bayam mengandungi banyak oxalic acid, yang menghalang penyerapan zat besi (iron), zink dan kalsium. (2)

 

Jika ia diambil dalam jumlah yang besar, sudah tentu ia memudaratkan. Dalam makanan yang kita biasanya makan, ia tidak mencapai jumlah yang mendatangkan mudarat.

 

Ramai yang bimbang dengan isu ini kerana oxalic acid boleh menyebabkan pembentukan batu karang dalam ginjal. Kira-kira 80% daripada batu karang dalam ginjal adalah terdiri daripada kalsium oxalate.

 

Bagi mereka yang sihat tidak perlu bimbang dengan pengambilam bayam. Oxalates biasanya dapat dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing tetapi bagi individu yang tertentu, ia mungkin membentuk batu karang.

 

Ramai pakar pemakanan bersetuju bahawa kandungan oxalic acid dalam bayam tidak perlu dirisaukan. Malah mengambil bayam sebagai sumber makanan lebih mendatangkan faedah yang besar, berbanding dengan risiko yang terlalu kecil untuk mendapat batu karang pada ginjal.

 

Hanya individu yang mempunyai masalah perubatan seperti “Primary Hyperoxaluria” dan “Enteric Hyperoxaluria” harus berhati-hati dengan pengambilan bayam yang terlalu banyak.

 

Walau bagaimana pun pembentukan batu karang dalam ginjal dapat dielakkan dengan minum air secukupnya.

 

Jadi kesimpulannya, bayam pada kadar yang kita makan setiap hari dalam diet kita adalah selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan.

 

Wallahu a’lam

 

Rujukan:

  1. Brogren M.; Savage GP. Asia Pac J Clin Nutr. 2003;12(2):219-24. “Bioavailability of soluble oxalate from spinach eaten with and without milk products.”
  2. Insel, Paul M.; Turner, R. Elaine; Ross, Don (2003). Nutrition. p. 474.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!