Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » BAHAYA ASID BORIK DALAM MI KUNING

BAHAYA ASID BORIK DALAM MI KUNING

BAHAYA ASID BORIK DALAM MI KUNING

 

1. Asid borik digunakan dalam industri makanan sebagai pengawet bagi tujuan bahan makanan itu menjadi tahan lama. Selain itu ia memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan tersebut.


2. Ia biasa digunakan dalam industri makanan terutamanya dalam pembuatan mi kuning, dan juga bebola ikan atau bebola makanan laut.


3. Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia asid borik ditemui sampel makanan seperti mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuey teow, dengan kepekatan kandungan yang berbeza.


Mi kuning mempunyai kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain.


4. Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet tertentu dalam produk makanan. Asid borik tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan sebagai pengawet makanan.


5. Penggunaan asid borik dalam produk makanan telah melanggar Sub Seksyen 13 (1) Akta Makanan 1983. Akta tersebut menyatakan “Mana-mana individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang terdapat padannya sebarang bahan yang beracun, berbahaya atau memudaratkan kesihatan, telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan dengan suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali”.


6. Pengambilan makanan yang tinggi asid borik boleh menyebabkan :

✅Loya
✅Muntah-muntah
✅Cirit-birit
✅Dermatitis
✅Fungsi buah pinggang yang tidak normal


7. Pastikan bahan mentah untuk penyediaan makanan terutamanya mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuey teow, tidak mempunyai asid borik kerana ia akan menjejaskan kesihatan.



Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: