Bahaya Antibiotik dalam Daging Ayam

PENGGUNAAN ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI TERNAKAN

 

1.MENGAPA AMALAN ANTIBIOTIK DILAKUKAN OLEH PENTERNAK KEPADA HAIWAN TERNAKAN MEREKA.

 

Memang benar bahawa penternak memberikan ubat-ubatan terutamanya antibiotik pada haiwan ternakan mereka. Namun kita harus ingat yang amalan sebegini memberikan kesan sampingan kepada manusia yang memakan daging haiwan ternakan ini. Apatah lagi jika ia diberikan secara berterusan dalam makanan dan minuman haiwan ternakan itu.

 

Pemberian antibiotic ini dilakukan atas dua alasan:

 

  1. Mencegah penyakit berjangkit. Oleh kerana haiwan ternakan sering hidup dalam kumpulan yang besar, maka serangan bakteria kepada seekor haiwan boleh menyebabkan keseluruhan kelompok haiwan tersebut terdedah kepada bahaya penyakit. Ini boleh memberi inplikasi buruk terhadap industri ternakan. Penternak boleh mendapat kerugian yang besar.

 

Penyakit seperti radang kelenjar susu, radang usus kecil dan radang paru-paru mudah merebak. Jadi penggunaan antibiotik diberikan pada haiwan ternakan sebelum jangkitan kuman ini berlaku sebagai langkah pencegahan mengawal penyakit-penyakit ini.

 

 

  1. Penggalak tumbesaran. Namun bagitu ada juga segelintir penternak yang menjadikan amalan pemberian antibiotic secara berterusan ini bertujuan sebagai perangsang pertumbuhan haiwan ternakan. Antibiotik dalam dos yang rendah sering dicampurkan ke dalam makanan haiwan ternakan bagi mempercepatkan dan permatangan.

 

APAKAH ANTIBIOTIK YANG BIASA DIGUNAKAN DAN APAKAH KESAN JANGKA PANJANG KEPADA MANUSIA.

 

  

Nitrofuran merupakan sejenis antibiotik yang sering digunakan pada haiwan dan manusia bagi mengawal jangkitan yang disebabkan oleh bakteria seperti Salmonella sp, Mycoplasma sp., Coccidia sp. Bakteria ini sering menyebabkan gangguan atau penyakit seperti cirit-birit, demam taun, jangkitan saluran kencing dan saluran usus.

 

 

Di antara jenis ubat antibiotik nitrofuran yang didapati di pasaran ialah furazolidonfuraltadon dan nitrofurantoin. Ketiga-tiga antibiotik inilah yang biasa digunakan pada haiwan ternakan tetapi hanya furazolidon dan nitfurantoin sahaja yang masih digunakan (walaupun jarang digunakan) pada manusia terutamanya dalam merawat jangkitan kumanpada saluran kencing (urinary track infection).

 

Penggunaan antibiotik dalam industri ternakan secara berleluasan telah menyebabkan kesan sampingan kepada manusia.

 

Pertama, bakteria menjadi kebal terhadap antibiotic yang sama. Kesan kekebalan bakteria ini boleh berlaku pada haiwan ternakan dan manusia yang memakan haiwan ini.

 

Kedua antibiotic ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan antara kuman baik dan kuman yang jahat dalam usus seseorang. Penggunaan yang berpanjangan akan menyebabkan banyak kuman-kuman baik dalam usus akan mati kerana mereka lebih sensitif pada antibiotic. Akhirnya bilangan kuman-kuman jahat akan melebihi bilangan kuman-kuman baik dan menyebabkan masalah kesihatan.

 

Ketiga, kesan sampingan penggunaan antibiotic nitrofuran yang spesifik. Nitrofuran yang digunakan dalam industri ternakan seperti furazolidon dan furaltadon, didapati terlalu toksik jika digunakan secara suntikan. Walau bagaimanapun apabila diberikan melalui campuran makanan dan minuman, kedua-duanya didapati tidak mendatangkan kemudaratan kerana sifatnya yang tidak dapat diserap oleh saluran penghadaman haiwan ternakan.

 

Nitrofurantoin pula diserap oleh saluran penghadaman tetapi cepat dikumuhkan melalui air kencing. Namun begitu kesan sampingan yang mungkin dialami oleh manusia yang sering makan daging haiwan ternakan ini secara berterusan terlalu banyak. Terutama pada orang tua dan kanak-kanak.

 

Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan kepupayaan antibiotic ini  mengakibatkan kerosakan hati, paru-paru dan saraf. Malah ada saintis yang mengaitkan antibiotic ini dengan penyakit barah dan radang otak jika diambil terlalu lam.

 

Rujuk:

  1. Side Effects After Treatment With Nitrofurantoin. Jacob Dimant, MD; Alexander W. Washington, MD; Aaron A. Alter, MD; et al David Grob, MD. Arch Intern Med. 1977;137(6):811-812. doi:10.1001/archinte.1977.03630180083024

 

  1. Risks of long-term use of nitrofurantoin for urinary tract prophylaxis in the older patient. Urological Science. Volume 27, Issue 4, December 2016, Pages 193-198.

 

Berdasarkan kepada penemuan ini, beberapa negara telah mengharamkan penggunaan nitrofurantoin dan sebatiannya dalam industry haiwan ternakan.

 

Related image

Sebagai langkah keselamatan, satu tempuh masa dikenalpasti bagi mempastikan bahan yang memasuki kitar makanan manusia bebas dari sebarang pencemaran.

 

Saintis cuba mengenalpasti tempoh masa yang selamat antara masa antibiotik itu diberikan dan tempoh masa daging hiwan itu bebas dari antibiotic (setelah dikumuhkan).

 

Tempoh minima pelupusan antibiotic dari telur dan susu ialah selama tujuh hari. Bagi daging, lemak, dan hati haiwan ternakan pula tempoh pelupusan 28 hari. Jadi dalam tempoh ini, telur, susu dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual kepada pengguna (manusia).

 

Jika amalan ini dipraktikkan dengan penuh berertika, maka masalah keracunan disebabkan memakan atau meminum hasilan dari haiwan ternakan pasti dapat dikurangkan atau dielakkan sama sekali.

 

ADAKAH TERDAPAT UNDANG-UNDANG YANG MELARANG PENGGUNAAN  ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI TERNAKAN?

 

Peraturan yang menghalang penggunaan antibiotic dalam industri ternakan haiwan mungkin ada. Tetapi lebih kepada penguatkuasaan sendiri (self-implementaion). Ini bermakna penternak digalakkan melakukan amalan yang baik dalam pengurusan industry ini, sebelum sebarang tangkapan dilakukan berdasarkan laporan yang diterima.

 

Seingat saya sehingga hingga hari ini masih belum ada lagi  tangkapan, kesalahan dan denda yang direkodkan bagi penternak yang mencampurkn antibiotic dalam makanan dan minuman ternakan mereka.

 

KITA TAHU BAHAYA PENGGUNAAN ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI TERNAKAN, JADI PERLUKAN PENGGUNAANNYA DIHARAMKAN?

 

Agak sukar untuk menghalang penggunaan antibiotik dalam industri ternakan, kerana faktor penyakit berjangkit agak sukar dielakkan kerana apabila sesekor ayam telah dijangkiti penyakit, pada hari berikutnya kematian haiwan tersebut akan berlipat ganda.

 

Saya mencadangkan dua langkah:

 

Pertama, kesedaran terhadap bahaya penggunaan antibiotic ini harus diberikan kepada penternak. Pemberian antibiotic harus diberikn kepada haiwan ternakan jika ada bukti bahawa ada haiwan yang telah dijangkiti penyakit berjangkit. Ia bukan diberikan sebagai langkah pencegahan atau sebagai pengalakan tumbesaran pada haiwan.

 

Kesedaran ini  membantu penternak beringat apabila mencampurkan antibiotik dalam makanan atau minuman haiwan. Langkah peguatkuasaan sahaja tidak membantu kerana banyak pembuktian perlu dilakukan sebelum sebarang tangkapan dapat dilakukan.

 

 

Kedua mencadangkan lebih banyak amalan ternakan secara bebas (free-range) yang mana ayam dibenarkan keluar mencari makan dan berkeliaran di luar reban di siang hari dan hanya masuk ke dalam reban pada waktu malam.

 

Ini mengurangkan peluang untuk penyakit berjangkit berlaku dengan cepat. Dengan ini penggunaan antibiotic hanya diberikan kepada haiwan yang berpenyakit saja.

 

 

APAKAH NASIHAT DOKTOR TERDAPAT INDUSTRI TERNAKAN DALAM ISU PENGGUNAAN ANTIBIOTIK INI.

 

Saya ingin mengesyorkan tiga langkah yang boleh diikuti oleh penternak serta pengguna bagi mempastikan keselamatan pengguna.

 

  1. Antibiotik hanya digunakan apabila benar-benar memerlukan iaitu untuk merawat melindungi haiwan ternakan yang dihinggapi penyakit berjangkitan. Ia tidak seharusnya diberikan untuk tujuan mencegah penyakit dan menggalakkan tumbesaran haiwan tersebut.

 

  1. Menggunakan dos antibiotik tertentu seperti mana yang disarankan. Ini bertujuan untuk mempastikan dos yang optima dapat diberikan tanpa menyebabkan kesan sampingan kepada ternakan dan juga pengguna. Namun begitu, penternak dinasihatkan agar merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan terlebih dahulu sebelum menggunakan satu-satu antibiotik serta untuk mendapatkan panduan penggunaan yang lebih khusus.

 

3. Jangka masa menunggu (iaitu jangka masa penyembelihan ternakan selepas pemberian antibiotic yang terakhir) harus dipatuhi sekiranya antibiotik diberikan kepada ternakan. Ternakan yang diberi rawatan antibiotik perlu dibiarkan untuk satu jangka masa tempuh tertentu sebelum disembelih untuk dimakan.  Begitu juga dengan hasil ternakan haiwan ini (seperti susu dan telur). “Jangka masa menunggu” tersebut bergantung kepada jenis ternakan yang dipelihara atau antibiotik yang digunakan.

 

Sebagai contoh untuk sejenis antibiotik furazolidon, ayam yang telah diberikan antibiotik ini terpaksa menunggu selama 7 hari sebelum disembelih. Oleh yang demikian, selepas tempoh jangka masa ini segala hasilan ternakan adalah sesuai dan selamat untuk dimakan sekiranya pemberian antibiotik adalah mengikut arahan dan dos yang disyorkan.

 

  1. Kepada pengguna pula dinasihatkan supaya berwaspada memakan organ-organ dalaman ternakan terutamanya usus dan perut sekiranya antibiotic seperti furazolidon atau furaltadon digunakan dalam haiwan ternakan dan haiwan disembelih serta-merta kerana antibiotik tersebut masih lagi kekal dalam usus.

 

Semoga bermanfaat. Terima kasih.

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

error: Content is protected !!