Advertorial
Home » Catatan Peribadi » bahana MSG

bahana MSG

BAHANA MSG

fried chicken
Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki berbadan besar datang berjumpa saya, kerana sakit kepala. Bacaan tekanan darahnya agak ‘borderline’ dan saya memintanya datang semula selepas seminggu. Saya tidak memberikannya ubat. Saya minta dia minum air 2L sehari setelah membaca al fatihah dan tiupkan ke dalam air botol itu.

Sebelum beliau meninggalkan saya, saya menarik tangannya dan berbisik.

“Kalau mahu sihat, tak perlu lagi ke restoran segera seperti McD, Bugger King, KFC.. ”

Beliau tidak datang. Selepas enam bulan, pada satu malam dalam perjalanan pulang, saya mengisi minyak di Petronas. Ada seorang lelaki gagah menepuk saya dari belakang. Saya fikirkan saya dirompak.

“Terima kasih doktor..” kata doktor itu sambil memeluk saya.

Beliau telah berubah. Badannya yang gemuk dan berlemak sudah mengeras dengan otor-otor besar.

“Saya sudah tak ke tempat itu. Bila rasa gian mahu ayam goreng, saya akan ke gym. Kepala saya pun dah tak sakit. kalau tak setiap hari saya makan Ponstan dan ubat migraine”

Saya tersenyum…

“Saudara sudah bebas dari bahana MSG..” ujar saya.

Beliau tersenyum dan mempelawa saya minum teh di sebuah warung. Kerana terlalu letih dan perlukan rehat saya menolak. Tapi saya berjanji mahu melawat tempat yang biasa di kunjunginya, iaitu gym di Bandar Baru Uda.

Terasa pulak nak mengeraskan otot-otot lengan ini.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: