Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Bahan kimia penyebab kanser payudara

Bahan kimia penyebab kanser payudara

BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARA

 

label

 

“Salam doktor. Baru-baru ini saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa terdapat bahan-bahan kimia dalam palstik makanan, kosmetik, barang permainan kanak-kanak dan pencuci boleh menyebabkan kanser. Kakak saya baru saja menjalani pembedahan pembuangan kanser payudara, dan akan menjalani radioterapi dan kemoterapi di HKL. Soalan saya adakah saya berisiko untuk mengalami masalah yang sama (kanser payudara) jika saya terdedah pada bahan-bahan kimia ini? Mohon penjelasan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita. Secara amnya menunjukkan satu dari lapan wanita akan menghidap penyakit itu. Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia.

 

Ya benar, terdapat bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser payudara, tetapi  Kesan bahan-bahan kimia ini berbeza pada individu yang berlainan.

 

 

Selain dari berpunca dari genetic, baka atau keturunan, banyak bukti menunjukkan bahawa bahan kimia tertentu juga menyebabkan penyakit ini.

 

Bahan kimia ini mengganggu keseimbangan hormone dalam badan dan merangsangkan sel payu dara sehingga menyebabkan penyakit kanser.

 

Satu kajian baru-baru ini mendapati wanita yang bekerja dalam industry plastik dan pengetinan makanan mempunyai peningkatan lima kali ganda dalam kanser payudara.

 

Ini kerana wanita yang bekerja di kilang plastic terdedah kepada bahan kimia, seperti phthalates, bisphenol-A, dan paraben yang merangsangkan kansel-kanser sel payudara.

 

Bisphenol-A, phthalates dan parabens tiga bahan kimia setakat ini diketahui dengan sahih boleh menyebabkan kanser payudara. Malangnya penggunaan bahan kimia ini sukar untuk dielakkan kerana ia juga terdapat dalam plastic pembukusan makanan, bahan pencuci rumah, dan produk penjagaan diri.

 

Bisphenol-A (BPA) menyebabkan sel-sel payudara yang sihat bertukar menjadi kanser dan membuatkan ubat bagi rawatan kanser payudara menjadi kurang berkesan.

 

Bagi mengelakkan BPA, saya mencadangkan agar tidak membeli makanan dalam tin dan plastic atau mencari tin yang tidak mengandungi BPA. Alternatif lain ialah memilih kaca untuk menyimpan makanan dan keperluan botol air. Pastikan barang permianan bayi  kita bebas dari BPA.

 

 

Phthalates adalah bahan kimia yang digunakan dalam produk plastik yang menyebabkan ia menjadi lembut dan mudah dibentuk. Ia banyak digunakan dalam penyegar udara, kosmetik, pencuci, produk pembersihan lain, dan banyak lagi.

 

Bagi mengelakkan penggunaannya, kita boleh membaca label pada produk tersebut dan pastikan ia tertulis “bebas dari phthalate.”  Jangan membeli produk penyegar udara sintetik di rumah dan di dalam kereta.

 

Parabens digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam kosmetik seperti dalam losyen, krim, dan deodoran. Ia diserap ke dalam kulit dan telah dikaitkan dengan kejadian kanser payudara. Satu kajian mendapati parabens terdapat 99 peratus daripada sampel tisu kanser payudara. Ini menunjukkan kaitan paraben dan kanser payudara.

 

Walau pun kandungan paraben dalam kosmetik dalam tahap yang selamat, tetapi bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi seperti yang mempunyai sejarah keluarga seperti kakak yang mengalami kanser payudara, ia sangat berbahaya.

 

Untuk mengelakkannya, pastikan barang ksometik kita tidak mengandungi paraben dengan membaca label pada produk dan mengelakkan bahan-bahan yang berakhir dengan “paraben” seperti Methylparaben.

 

Jadi kita harus berhati-hati dengan setiap barang pencuci, makanan, kosmetik dan ubat-ubatan yang kita gunakan. Kesan bahan-bahan kimia ini berbeza pada individu yang berlainan. Ini bermakna seorang wanita boleh mengalami kanser payudara selepas berterusan menggunakan suatu produk selama 10-15 tahun, berbanding dengan wanita lain yang tidak mengalami kesan kanser payudara yang sama.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!