Advertorial
Home » #drzubaididetoks » Bagaimana nak detoks

Bagaimana nak detoks

BAGAIMANA NAK DETOKS?

 

Ramai yang bertanya saya bagaimana mahu membuang toksin atau detox tubuh dengan cara yang betul?

Saya senyum kerana kebanyakan penjual suplemen mengatakan produk mereka adalah produk terbaik untuk detoks tubuh. Untuk membuang toksin dalam tubuh. Untuk menyegarkan tubuh. Menjadikan tubuh bertambah sihat.

Tetapi detoks itu bukan hanya mengamalkan produk kesihatan tertentu. Ia meliputi 3 aspek, Pantang, Buang dan Ganti. Saya akan menulis mengenai tiga langkah dengan lebih mendalam.

 

 

Paling pertama, ketahui apa itu TOKSIN dan kesannya terhadap tubuh. Musuh kita adalah Toksin. Kita tidak mampu berperang dan menggunakan senjata yang salah jika kita tidak tahu siapa musuh kita.

 

Bila kita tahu apa itu toksin, barulah kita tahu bagaimana mahu mengelakkannya, dan bagaimana mahu membersihkan tubuh kita dari toksin. Kita kena tahu apa itu toksin, asal dari mana, dan apa kesan mudarat yang dilakukan pada tubuh.

 

Ramai yang tidak menyedari bahawa dalam kehidupan kita sekarang terlalu banyak toksin. Ia datang dari semua arah kehidupan kita. Dari awal pagi kita bangun sehingga kita bangun semula keesokan hari. 24 jam.

 

Kita tidak menjangkakan sumber toksin ini datang dari cat yang melekat di dinding, bahan pewangi sintetik yang disemburkan dalam bilik, bekas plastik yang dihangatkan, air yang tercemar, makanan yang diproses bersama pewarna,perasa dan pengawet, dan banyak lagi. Sebahagian besar toksin ini datangnya dari punca bahan kimia sintetik yang kita gunakan setiap hari.

 

Dos yang kita alami adalam sedikit. Selamat. Namun kita tidak tahu bahaya jika digunakan secara kerap dan dalam jangka masa yang lama. Sedikit demi sedikit ia menyebabkan kesan mudarat pada tubuh secara berkekalan.

 

Tubuh kita telah dicipta oleh Allah, dapat membuang toksin dengan sendirinya melalui organ hati, ginjal dan kulit. Toksin dikeluarkan melalui najis, air kencing dan peluh. Namun semuanya toksin ini berasal dari persekitaran kita yang semulajadi. Ia tidak menjadi masalah kepada tubuh kita.

 

Namun kehadiran bahan kimia yang berbentuk sintetik ini yang dicipta oleh manusia sendiri, yang semakin hari semakin banyak, menyebabkan semakin ramai yang sakit dan akhirnya gugur meninggal dunia.

 

Bahan-bahan kimia ini (dijual sebagai produk yang murah) menyebabkan tubuh kita tak mampu mengeluarkan toksin yang terhasil. Kerana ia bukan dalam bentuk yang biasa (semulajadi) yang mudah diproses.

 

Ia merosakkan tubuh secara keseluruhannya dan merosakan organ perkumuhan seperti hati, ginjal, kulit dan usus kita.

 

InsyaAllah saya akan kongsikan lagi berkaitan toksin dan detoks.

 

#drzubaididetoks.

 

–> NEEDS VENUE SDN BHD

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!