Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Bagaimana Meningkatkan Berat Badan Bayi Saya?

Bagaimana Meningkatkan Berat Badan Bayi Saya?

baby weight scale

 

 

 

 

“As salam mu alaikum doctor. Saya ingin bertanya bagaimana untuk meningkatkan berat badan bayi saya berusia 11 bulan. Beratnya hanya 6.8kg. Saya sudah beri dia makan bubur nasi. Dia masih masih menyusu badan dan campur susu formula. Mohon pencerahan”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya bersimpati dengan perasaan risau puan alami. Sememangnya pada umur 11 bulan dan mempunyai berat 6.8 kg, agak sedikit ketinggalan. Namun puan masih berpeluang untuk meningkatkan berat bayi puan.

 

Peningkatan berat bayi mengikut berat yang  sepatutnya amat penting bagi bayi kerana pertumbuhan otak berlaku dengan hebatnya sehingga anak puan berumur 3 tahun.

 

Banyak kajian menunjukkan bayi yang mempunyai berat badan dan tinggi yang setara dengan berat dan tinggi yang sepatutnya, mempunyai tahap IQ yang tinggi.

Sebenarnya terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seorang bayi mengalami masalah ini.

 

Sebagai panduan am, saya berikan jadual tahap ketinggian dan berat yang tertentu bagi bayi sehingga berumur dua tahun.

 

Tahap Tinggi dan berat Badan Bayi yang standard

 

Usia & Jenis Jantina

Tinggi (cm)

Berat (kg)

Laki-laki    
3 bulan 61.1 6.0
6 bulan 67.8 7.8
9 bulan 72.3 9.2
12 bulan 76.1 10.2
18 bulan 82.4 11.5
24 bulan 87.6 12.6
30 bulan 92.3 13.7
36 bulan 96.5 14.7
Perempuan    
3 bulan 58.5 5.4
6 bulan 65.9 7.2
9 bulan 70.4 8.6
12 bulan 74.7 9.5
18 bulan 80.9 10.8
24 bulan 86.5 11.9
30 bulan 91.3 12.9
36 bulan 95.6 13.9

Sumber: WHO/ NCHS

 

 

Beberapa sebab mengapa seorang bayi tidak mencapai berat badan yang sepatutnya.

 

1. Kandungan kalori dan nutrisi yang diberikan kepada bayi tidak seimbang, sama ada dalam bentuk susu atau makanan semi pepejal.

2. Apabila memasuki usia 6 bulan, bayi menjadi semakin aktif dan banyak bergerak menyebabkan banyak kalori dari pemakanan mereka telah digunakan.

3. Berkemungkinan bayi mengalami penyakit yang tidak dapat dikesan oleh doctor pada walnya dan memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti. Ini menyebabkan bayi itu tidak mempunyai selera dan berat badannya menjadi turun.

 

Bagi puan yang bertanya, saya cadangkan puan melihat semula kandungan nutrisi dalam pemakanan yang puan berikan pada anak puan, sama ada dalam bentuk susu atau makanan separuh pepejal.

 

Pemakanan yang diberikan seharusnya mempunyai lengkap dan seimbang sesuai perkembangan si kecil, seperti karbohidrat, protein, lemak, kalori, vitamin dan mineral.

 

Jika puan tidak pasti dengan pemakanan yang seimbang dan lengkap, puan boleh berbincang dengan pakar pemakanan dan doctor yang berhampiran dengan puan.

 

Puan boleh mencuba untuk tiga bulan dan melihat perkembangan berat dan ketinggian bayi puan.

 

Jika masih tidak berjaya dan bayi puan masih ketinggalan jauh dari tahap tinggi dan berat yang sepatutnya, saya mencadangkan agar puan membawa untuk pemeriksaan doctor.

 

 

Wallahu a’lam.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!