Bagaimana Mengesan Scoliosis di Peringkat Awal?

“Doktor, mengapa anak saya sering batuk?”

Itu antara soalan yang sukar saya jawab. Soalan semudah itu memerlukan saya mengambil ‘history taking’, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan makmal dan pemeriksaan radiology. Tanpa pemeriksaan-pemeriksaan ini, saya ibarat bomoh yang boleh menjawab semua pertanyaan hanya memandang kepada air dalam mangkuk.

Baru-baru ini seorang rakan membawa anak perempuannya yang berumur 13 tahun, mengalami batuk yang kerap. Sudah beberapa orang doktor ditemui, namun batuk anaknya tetap sama. Cuma dia belum mahu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Saya bukanlah doktor pakar yang tahu banyak perkara. Tapi saya percaya ada bebarapa perkara yang mungkin doctor yang memeriksa sebelum ini ‘terlepas pandang’. Mereka mungkin tidak perasan ada ‘tanda-tanda’ yang ada pada pesakit menjadi faktor menyumbang (contributing factor) kepada satu-satu penyakit.

Setelah bertanya beberapa soalan yang relevan, saya meminta anak perempuannya mengangkat baju di bahagian belakang. Saya menghormati maruah seorang gadis remaja yang mungkin malu jika saya memeriksa dadanya di hadapan.

Mulanya dia agak keberatan untuk mendedahkan belakangnya. Saya faham. Saya berikan pilihan sama ada mahu berjumpa dengan doktor wanita, yang akan masuk bekerja pukul 5 petang hari itu, atau mahu saya meneruskan pemeriksaan.

Bapanya berkeras meminta anaknya membuka saja baju di bahagian belakang untuk diperiksa kerana sebelum ini ramai doktor tidak memeriksa dengan teliti.

“Sebelum ini pun, doktor periksa lebih kurang. Letak sthethoscope tak pernah pula suruh buka baju” keluh ayahnya.

“Sebab mereka periksa lebih kuranglahlah, kali ini saya periksa dengan lebih teliti”, jawab saya.

Akhirnya anak perempuannya mengangkat baju dibahagian belakang. Saya memeriksanya dengan sthethoscope dan mendapati memang banyak kahak. Apabila saya minta dia batuk, kahak itu kedengaran semakin jelas.

Namun apa yang menarik perhatian saya ialah bentuk tulang belakangnya. Saya mendapati tulang belakang dia agak bengkok. Agaknya inilah punca batuk anaknya lambat baik kerana bengkokan tulang belakang ini menyebabkan struktur anatomy paru-paru yang tidak normal.

Keadaan sebegini dinamakan “scoliosis” di mana berlakunya bengkokan sisi pada tulang belakang (spine) berbentuk huruf “S” atau “C” jika dilihat dari belakang.

Scoliosis berlaku pada 2% wanita dan 0.5% lelaki. Terlalu banyak punca bagi kecacatan ini. Saya tidak akan membincangkan dengan terperinci punca-puncanya.

Cuma terdapat pesakit pada mulanya kelihatan sihat, dan kemudian secara beransur-ansur mengalami bengkokan ini apabila akhil baligh.

Oleh itu jika dalam keluarga ada sesiapa yang mengalami scoliosis, pemeriksaan juga harus dilakukan pada anggota keluarga yang terdekat, kerana dibimbangi mereka juga mengalami masalah yang sama. Early detection is essential.

“Sebelum ini tak ada pun doctor memberitahu anak saya mengalami masalah ini?” rungutnya lagi.

“Agaknya mereka tak perasan..”

Scoliosis sebenarnya boleh dikesan peringkat awal dengan meminta pesakit berdiri depan ibubapa mereka, dan buat perbandingan pada diri pesakit. Minta anak buka baju dan pandang dari belakang. Perhatikan salah satu dari tanda-tanda ini.

  1. Cuba lihat tulang belikat (scapula). Selalunya sebelah tulang belikat lebih jelas berbanding dengan tulang yang satu lagi.
  2. Kedudukan kepala tidak berada betul-betul di atas pinggul (pelvis)
  3. Kedudukan pinggul di sebelah lebih tinggi dari yang sebelah lagi.
  4. Tulang dada (ribs) mempunyai ketinggian berbeza.
  5. Boleh lakukan Adam’s Forward Bend Test

 

 

Adam’s Forward Bend Test

Caranya mudah, apabila meminta remaja itu bongkok seolah-olah dalam keadaan rukuk ketika solat, di mana kedua-dua lutut dirapatkan dan membongkok 90 darjah. Ibubapa dapat melihat dengan jelas dan mudah bengkokan pada tulang belakang ini.

Apabila disyaki, pesakit scoliosis akan disahkan dengan pemeriksaan x-ray, CT scan atau MRI. Ibubapa bolehlah berbincang dengan pakar orthopaedik rawatan terbaik bagi kecacatan ini kerana dibimbangi  kecacatan ini boleh beransur-ansur menjadi bertambah teruk.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (171111)

9 comments

  1. Mazwita Azi Jamalludin

    Assalamualaikum Dr..
    Saya mempunyai anak perempuan yang mengidap sakit tulang belakang bengkok sejak dari lahir lagi, semasa usianya 7 bulan baru saya perasan tulang belakangnya menonjol kluar, dia mengidap scoliosis dan khyphosis… Umurnya sekarang 3 tahun tetapi fizikalnya amat kecil sekali, pakar orthopedik menyarankan agar membuat pembedahan semasa umurnya 8 atau 9 tahun tetapi risikonya amat tinggi, sekarang saya hanya menjalankan rawatan terapi shaja bg membolehkn dia menjalani kehidupan normal spt knk2 lain..Wallahu a’lam.
    Saya hrp doktor dpt mmberi komen msalah anak saya ini..tkasih

  2. as salam… sy mengalami scoliosis yg baru saya sedari masa umur 19 tahun.. sekarang saya sudah berkahwin.. adakah ade risiko untuk sukar hamil bagi org yang mengalami scoliosis mcm saya.. saya dh 2 tahun kawin tapi belum ade zuriat..
    saya harap Dr boleh bg pendapat..tq

  3. as salam Dr.
    saya penghidap scoliosis.last pemeriksaan pada tahun 2009.selepas saya diberitahu saya tidak perlu lagi untuk buat sebarang follow up sebab scoliosis saya dikatakan tidak serius.cuma masalahnya saya tak boleh duduk dalam keadaan terlalu lama atau berdiri dalam keadaan yang terlalu lama,sebab belakang saya,pinggul dan pinggang saya akan rasa sakit.saya cuma ingin minta pendapat Dr.perlukah saya berjumpa kembali dgn ortho?terima kasih

  4. As salam. doktor,
    bolehkah doktor memberi serba sedikit maklumat berkenaan CTEV?
    terima kasih

  5. Salam Dr. Zubaidi,

    Saya mengalami mild scoliosis and pada usia 26 tahun barulah saya menyedarinya. Pada usia saya sekarang ini, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengelak ia lebih parah memandangkan doktor yang memeriksa saya mengatakan pada usia saya sekarang, tulang saya telah berhenti membesar dan akal kekal seperti itu.
    Harap doktor dapat memberikan tips yang boleh diguna pakai oleh pesakit seperti saya.
    Terima kasih.

  6. please halep me to get out from this problem

  7. salam Dr..

    Saya baru lepas buat medical checkup dan doktor mendapati saya menghadapi mild scoliosis dan usia saya 25 tahun…saya terlalu risau ap tindakan wajar saya lakukan…adakah jaminan untuk penyakit ini sembuh..dan bolehkah seseorg yg menghdapi penyakit ini boleh mengandung..

    saya harap doktor dapat membantu saya.
    Terim kasih.

Leave a Reply

error: Content is protected !!