Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy

BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY

 

woman baby

 

“Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut.

 

Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. Paling lewat untuk melakukan pergerakan ialah tiga hari.

 

Bagi wanita yang sihat dan kuat, pernah melahirkan anak beberapa kali, tidak mengalami koyakan faraj yang besar dan tiada mengalami kehilangan darah yang banyak, mereka boleh melakukan pergerakan selepas mendapat rehat yang cukup pada hari yang sama.

 

Ini kerana berbaring terlalu lama tidak bagus untuk perjalanan darah, dan akan melambatkan proses penyembuhan luka.

 

Bergeraklah ke bilik air (dengan bantuan) untuk membuang air besar dan air kecil. Pastikan mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari. Ini dapat menyegarkan tubuh dan membersihkan luka jahitan pada faraj itu.

 

Tuala wanita  haruslah ditukar dengan kerap kerana banyak darah nifas dari rahem yang akan keluar terutama pada beberapa hari setelah melahirkan anak. Membiarkan darah bercampur dengan luka jahitan boleh menggalakkan jangkitan kuman pada luka.

 

Sebelum dan setelah menukarkan tuala, basuh tangan dengan sabun bagi mengelakkan penyebaran kuman.

 

Lakukan senaman Kegel’s iaitu dengan cara mengemut dan menahan kemutan itu selama 20 saat dan kemudian melepaskannya. Rehat untuk 3-5 saat, kemudian lakukan kemutan semula. Senaman ini penting bagi mempercepatkan proses pemulihan otot-otot di sekitar dubur dan faraj.

 

Jika berpeluang, dedahkan luka jahitan pada udara. Pastikan pintu berkunci, tanggalkan seluar dalam, dan rehat di atas katil dengan sehelai kain sarung, untuk dedahkan pada pergerakan ubat selama lebih-kurang 10 minit, satu atau dua kali sehari. Boleh menghadap kipas yang sedang berputar bagi memastikan luka jahitan itu sentiasa kering.

 

Menjaga pemakanan dengan minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5L sehari dan makan makanan yang kaya serat. Ini mengelakkan dari mengalami masalah sembelit.

 

perineal tear 2

Jika wanita itu mengalami koyakan darjah ketiga atau keempat, pengambilan ubat antibiotik selama lima hari dapat mencegah jangkitan kuman.

 

Selain itu boleh lakukan rendaman dengan mengisikan besen dengan air yang dicampurkan dengan antiseptic Dettol atau Povidone yang boleh dibeli dari farmasi. Duduk di dalam besen tersebut selama 10 min bagi membunuh kuman di kawasan luka jahitan itu.

 

Saya juga mencadangkan pengambilan suplemen seperti vitamin C dan E bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Ekstrak Kacip Fatimah juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada faraj dan rahem.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!