Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?

Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?

Saya melapangkan masa menghadiri majlis kesyukuran kelahiran seorang bayi, anak rakan saya. Tersenyum bila saya mendengar perbualan kaum ibu. Mereka nampaknya amat peka terhadap apa yang berlaku pada anak yang dilahirkan. Mereka berbincang sesama sendiri dan memberikan beberapa petua agar anak mereka sihat.

Malangnya, apabila di pusat kesihatan, saya dapati ramai bayi yang mengalami kekurangan berat badan. Kelihatannya seperti tidak diberikan perhatian. Namun saya ucapkan tahniah kepadaibubapa yang dapat memastikan anak mereka sihat dan mendapat berat yang sepatutnya mengikut umur mereka.

Kali ini saya menulis agar dapat memberi panduan bagaimana pertumbuhan fizikal kanak-kanak dapat diawasi oleh ibubapa. Ibubapa tidak seharusnya mengharapkan jururawat di Pusat Kesihatan saja untuk menjaga pertumbuhan fizikal ini dan kemudiannya ‘menarik muka masam’ apabila ditegur oleh jururawat di sana.

Para jururawat memang diajar agar mengambil berat terhadap ibu-ibu yang hamil dan anak-anak yang dilahirkan. Mereka akan menasihati ibubapa yang membawa anak mereka ke Pusat Kesihatan agar mengawasi pertumbuhan fizikal anak mereka sendiri.

Pertumbuhan fizikal ini berkait rapat  dengan perkembangan kesihatan bayi secara keseluruhannya, terutama pada bayi yang berumur kurang dari setahun.

Pertumbuhan otak bagi bayi bermula dari umur setahun sehingga tiga tahun. Jika bayi anda berusia antara satu hingga tiga tahun inilah masa terbaik untuk ‘membentuk’ struktur otak mereka.

Bagaimana jururawat memeriksa pertumbuhan fizikal bayi kita?

Jjururawat selalunya akan mengukur fizikal bayi iaitu panjang, berat dan ukur lilit kepala, dan merekodkannya ke dalam satu graf pertumbuhan. Dengan ini pertumbuhan bayi dapat dinilai dengan lebih sistematik.

Terdapat pelbagai variasi data pada berat, ukur lilit dan tinggi bayi yang normal. Data pertumbuhan yang normal ini diambil dari ribuan bayi yang diperiksa. Data-data ini akan ditandakan dalam satu graf bergantung kepada umur dan jantina mereka. Jadi setiap bacaan yang diambil dari seorang bayi, dapat diketahui sama ada bayi itu berada dalam kategori yang baik atau sebaliknya. Doktor akan memberitahu tahap pertumbuhan fizikal anak mengikut ’percentile’ yang ditandakan sama ada 10th, 25th, 50th, 75th atau 95th percentile.

Jika doktor memberitahu bahawa berat bayi anda yang berumur 3 bulan berada dalam 95th percentile bermakna 95 peratus kanak-kanak yang berusia 3 bulan di Malaysia mempunyai berat yang sama dengan anak anda, sementara 5 peratus lagi mungkin mempunyai berat badan yang lebih dari anak anda. Ini bermakna pertumbuhan anak anda berada dalam keadaan normal kerana kebanyakan (95%) bayi mempunyai berat yang serupa.

Jika dia berada di 25th percentile pula, bermakna 25 peratus kanak-kanak yang seusia dengan anak anda mempunyai berat yang sama. Ini suatu yang tidak bagus kerana 75 peratus lagi bayi di Malaysia mempunyai berat yang lebih dari anak anda.

Bolehkah ia dilakukan di rumah?

Ibubapa boleh melakukannya di rumah kerana hanya tiga bacaan yang perlu diambil iaitu bacaan berat, ketinggian badan dan ukur lilit kepala. . Walaupun mungkin tidak tepat seperti yang diukur di pusat kesihatan, namun ia akan membantu ibu-bapa melihat perkembangan anak dengan baik.

Jika tiada penimbang bayi, boleh gunakan mana-mana penimbang biasa untuk orang dewasa. Anda harulah menimbang diri anda sambil mendukung bayi menggunakan penimbang itu. Kemudian anda menimbang sendirian tanpa bayi. Akhirnya tolakkan bacaan pertama dan bacaan kedua untuk mendapat berat bayi.

Dengan menggunakan pita pengukur, ukur dari atas kening, telinga dan belakang kepala untuk mendapatkan ukur lilit yang terbesar. Bacaan ini  menggambarkan saiz otak bayi. Jika ukur lilitnya tidak normal, dikhuatiri otak bayi itu mengalami masalah perkembangan otak di masa hadapan.

Pemeriksaan ketinggian dilakukan dengan bayi dibaringkan dan diukur hujung kepala hingga ke tumit. Ia mudah dilakukan namun lebih mudah jika mendapat bantuan seseorang rakan untuk  memegang bayi.

Setelah mendapat bacaan itu, bergantung kepada umur dan jantina bayi anda, tandakan dalam carta yang saya sediakan. Saya ada menyediakan contoh carta pertumbuhan fizikal. Puan-puan boleh mencetaknya dan menandakan di dalamnya. Selalunya graf carta pertumbuhan yang digunakan ini bermula sejak lahir dan berakhir sehingga berumur 36 bulan.

Ramai ibubapa yang agak bimbang apabila anak mereka berada di kategori bawah 95%. Jururawat di pusat kesihatan akan menasihatkan ibubapa agar memberi bayi makan dengan lebih banyak. Adakah ini bermakna yang bayi mereka tidak cemerlang dalam pertumbuhan fizikal mereka?

Saya selalu menasihatkan ibubapa agar jangan terlalu bimbang tentang kategori percentile. Sudah tentu saya mahukan bayi itu berada dalam 95th percentile pada setiap masa. Tetapi jika bayi berada dalam kategori ‘bukan 95 percentile’ sejak awal kelahiran, tidak mengapa. Jangan risau.

Katakan bayi anda berada dalam kategori 75th percentile sejak bulan pertama. Pastikan dia terus berada di kategori percentile itu, dan lebih baik jika dapat meningkat ke kategori percentile yang lebih baik.

Bayi anda harus mempunyai carta pertumbuhan fizikal stabil dan tidak merosot ke kategori yang lebih rendah. Sebagai contoh bayi anda pada umur 6 bulan berada dalam kategori 75 percentile, pada umur sembilan bulan berada pada kategori 50th percentile dan merosot selepas setahun kepada 25th percentile. Ini adalah masalah yang serius.

Mungkin ada aspek pemakanan yang perlu dibincangkan dengan doktor atau pakar pemakanan. Memakan syrup multivitamin tidak dapat membantu meningkatkan pertumbuhan fizikal jika ia tidak disertai dengan cara pemakanan yang baik. Mungkin di lain kali saya boleh membincangkan hal ini.

Wallahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (100311)

17 comments

  1. salam, terima kasih atas penerangan doktor.. selama ni saya tahu lingkungan garisan2 tu tahap normal cuma x tahu apa beza antara satu garisan dgn garisan yg lain..nmpknya panjang anak saya dlm kategori 75% tetapi beratnya dikategori 50% sahaja.. boleh doktor provide carta BMI utk bayi/knk2.. t.kasih

  2. Dr, saya ingin bertanya adakah graf pertumbuhan itu dapat digunakan untuk bayi yg diberi susu ibu secara eksklusif?. kerana apa yg saya tahu graf pertumbuhan bayi itu adalah berdasarkan bayi yg diberi susu formula. tq

  3. salam dr,

    sy ade kemusykilan sikit..ape perlu sy buat…

    ank saya genap 1tahun 2hr lepas.smlm check up berat die hnye 6.5kg shj.dlm buku graf da smp garisan merah n BMI die jatuh/turun byk..

    utk pengetahuan dr,sy full breastfeed bb sy.ank sy sgt kurang mkn.favourite die mi sup..kdg2 sy bg mkn bubur.tp bl kat umah pengasuh die susah cket nk mkn.bl sy suap byk jg la die mkn..so mcmane sy nk buat ye..nk bg vit ke.vit pe yg dr bleh cadangkan

  4. salam.
    saya nak tanya, anak saya sekarang berumur 10 bulan.nurse bagitau ukur lilit kepala dia cepat besar.sekarang 46cm..doktor mengarahkan kepala ank sya xray..saya nak tanya, apakah kesan terhadap anak sya jika xray?adakah kemungkinan anak saya menghadapi sebarang masalah?
    terima kasih.

  5. ummu humairah

    salam..dr,sy seorg ibu berkerjaya.mslh sy ialah anak sy yang berumur 10 bulan kurang selera untuk makan,especially semasa ditinggalkn di rumah pengasuh..berat badannya sejak berumur 7 bulan hingga sekarang tidak bertambah,hanya 6 kg sahaja..really sad when i think about my little girl..hope doc boleh bantu sy..tell me what should i do..thanks a lot..wsalam..

  6. As-salam Dr.
    Saya mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 2bulan.Semasa anak saya diperiksa pada 1bulan, doktor menyatakan anak saya kurang berat badan.Untuk makluman dktr, anak saya dilahirkan dengan berat 2.75kg dan pada usia sebulan beratnya naik 0.75kg menjadi 3.5kg. Dktr tersebut menyarankan saya memberikan anak saya susu formula untuk meningkatkan berat badan. Namun saya tidak mengikut arahan dktr tersebut dan hanya memberikan susu ibu sahaja dan mendapati berat anak saya naik 0.85kg pada usia 2 bulan.
    Soalan saya, perlukah saya memberikan susu formula kepada anak saya untuk meningkatkan berat badan sedangkan susu ibu adalah susu terbaik.
    Mohon dktor beri pendapat.

  7. as slm..sy nk tnye pendpt doktor anak saye 8bln lbih hnye menyusu badan,tp berat bdn die hanya 6kg,tinggi 64cm n lilit kpala42..saya risau sngat2,

  8. Anak saya sekarang berumur 9 bulan tetapi berat badannya cuma 6kg dan ketinggiannya sama seperti bayi 3 bulan.Semasa lahir, berat anak saya 2.9kg.Anak saya tidak mahu makan bubur seperti bayi seusianya tetapi makan nasi.Perkembangannya sesuai bagi umurnya.Untuk pengetahuan DR,saya dan suami berada dalam ketinggian kurang 150cm.Adakah perkembangan pertumbuhan anak saya dipengaruhi oleh faktor baka? Bagaimana saya dapat membantu pertumbuhan fizikal anak saya?

  9. anak saya berumur 6 bulan. mengidap penyakit hypoplastik right heart syndrom. kini berat anak saya adalah 5.65 kg. L:62cm, C:41cm, OFC:43cm. nurse menyatakan lilit kepala anak saya besar drpd yang sepatutnya. mohon DR. jelaskan kepada saya berapa berat, pjg serta lilit kepala yg sepatutnya utk ank sy. bagaimanakah sy dpt membantu pertumbuhan anak saya?

  10. Salam Dr

    Semasa melahirkan anak saya berak 3.6kg. Semasa 2 bln beratnye naik 5kg. Berat ketika 3bln 5.6kg n 4bln 6.3kg. Smlm anak sy sudah masuk 5 bln n berat ny hanya bertMbah 300gram sahaja. Sy risau. Adakah berat badan anak saya normal? Kerana sepupu saya melahirkan anaknya 3.16kg. Diusia 2bln berat anaknya dh mencapai 6.3kg. Dimana silapnya saya? Kami berdua menyusukan anak2 kami. Tkasih

  11. As-salam doktor…sy berusia 29thn melahirkan bayi edward syndrome dgn tiada faktor keturunan…berat bayi ketika lahir ialah 2.2kg…pd umur 1 bln 2.7kg…umur 2 bln 3.04kg…sy risau kerana hampir masuk 3bln berat bayi hnye naek sedikit dan sekarang dia susah tidur pd waktu mlm dan jg kurang menyusu selapas jam 12 tgh mlm…dia akan mula menyusu dgn semula selapas pukul 6 pg…apakah nasihat doktor.

  12. nurul huda kahamis

    assalamualaikum DR…

    SAYA MEMPUNYAI BAYI BERUSIA 6 BULAN SETENGAH, MASALAHNYA BERAT BADAN BAYI SAYA HANYA 5.4KG SAJA,SETIAP KALI TIMBANG NAIK 200G SAJA… SEKARANG SUDAH DIBERI MAKAN NASI LECET TAPI BERAT BADAN TETAP SAMA… SUSU PULA DAH KURANG, BILA BERI DIA TAK MAHU MINUM…APA PANDANGAN DR?

  13. assalamualaikum dr….

    saya ada anak berusia 6.5 bulan , masalah anak saya adalah berat badan nya hanya 5.4 saja sekarang. naik pun sekitar 200g saja…. sekarang dah mula makan nasi lecet tp berat makin surut saya tgk, susu pun dia xmahu…. apa pandangan dr????? saya risau

  14. Assalamualaikum..Doktor,saya sgt risau kerana kepala ank saya bsr..masa lahir ukur lilit kepala dia 37cm berat 3.49 kg & panjang 58cm.Smasa umur 4 bln,ukur lilit kepala dia 47cm,berat 8.05 kg..Saya ada membaca berkenaan penyakit`lebihan air dlm otak`…apa yg patut sy buat?

  15. Salam doctor..
    anak perempuan sy ketika dilahirkan beratnya 2.6kg..
    kini dia sudah berusia 9m2w..beratnya ketika 8bln hanyalah 6kg..ketika 6bln beratnya hanya 5.3kg..
    beratnya juga naik hanya sedikit setiap bulan..
    ttp anak sy sgt aktif dan lasak..dan bdnnya juga tegap..
    jika sesiapa yg pertama kali mndukung anak sy slalunya akn kata yg anak sy kecil tp solid n tegap..
    wpun begitu hati kecil sy tetap risau memikirkan fizikalnya yg jauh lebih kecil dr bayi lain yg sebaya..
    skrg dia sudah mula memanjat berpaut pd meja dsb n mahu bertatih untuk berjalan..
    makan juga agak banyak dan menyusu seperti biasa..
    unuk pengetahuan doc, anak sy menyusu badan sepenuhnya..
    perlukah sy risau ttg perkembangan anak sy?
    perlukah sy bjumpa pakar?
    need your advice doc..tq..

  16. Salam doctor,saya ingin nak tahu keberatan dan ketinggian yang normal bg umur satu tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top