Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah

Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga.

Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah.

Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer.

Beberapa jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan:

  • Fasting blood sugar (FBS) atau pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam.
  • 2-hour postprandial blood sugar (2HPP) atau pemeriksaan glucose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
  • Random blood sugar (RBS) atau pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa. Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang. Jika bacaannya terlalu tinggi, ia bermakna pesakit mungkin menghadapi masalah  diabetes. Namun ia bukan ujian pengesahkan (confirmatory) untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes.
  • Oral glucose tolerance test (OGTT) ia adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air gula. Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.

Bacaan Glucose yang Normal

Bagi ‘Fasting Blood Glucose’

Bacaan Glucose Indikasi
From 70 – 99 mg/dL (3.9 – 5.5 mmol/L) Normal
From 100 – 125 mg/dL (5.6 – 6.9 mmol/L) Berisiko untuk mendapat diabetes
126 mg/dL (7.0 mmol/L) dan ke atas Diabetes

Bagi ‘Oral Glucose Tolerance Test’ (OGTT)

Bacaan ini untuk orang biasa (bukan wanita hamil). Pemeriksaan darah selepas 2 jam meminum 75-gram air glucose.

Tahap Glucose Indikasi
Kurang dari 140 mg/dL (7.8 mmol/L) Normal
140 – 200 mg/dL (7.8 – 11.1 mmol/L) Risiko untuk mendapat diabetes
Lebih 200 mg/dL (11.1 mmol/L) Diabetes

 

Bacaan glucose yang normal dalam darah ialah kurang dari 5.5 mmol/L, apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan. Selepas 3 jam, kandungan glucose akan turun kurang dari 6.0 mmol/L.

Jika bacaan glucose melebih bacaan ini, selalunya akan menyebabkan komplikasi mata, buah pinggang dan jantung. Oleh itu bacaan gula yang baik harus rendah iaitu kurang 5 mmol/L sebelum makan dan kurang 6 mmol/L selepas makan.

Jadi jika anda seorang penghidap diabetes, menguji gula dalam darah adalah sebahagian pengurusan diri yang amat penting. Setiap pesakit diabetes harus mengetahui berapa kerap dan bila ujian pemeriksaan ini harus dilakukan.

 

Kekerapan ujian dilakukan

Ramai pesakit diabetic yang menyangka pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose dalam darah setiap empat bulan sekali sudah mencukupi.

Inilah yang sering berlaku pada warga tua yang menjalani rawatan di pusat kesihatan kerajaan empat bulan sekali. Ada yang cuba menipu doktor dengan menjaga pemakanan bersungguh-sungguh beberapa hari sebelum hari pemeriksaan dengan harapan bacaan glucose mereka normal. Jika tidak, tentu dimarahi doktor yang bertugas.

Ini adalah suatu tindakan salah. Pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose dalam darah seharusnya dilakukan sekerap mungkin.

Bilangan kekerapan melakukan ujian darah bergantung kepada tahap kawalan gulanya setiap hari. Ada yang memerlukan pemeriksaan glucose dalam darah hanya sekali dalam sehari dan ada yang memerlukan ujian sebanyak enam kali sehari.

Satu panduan dari American Diabetes Association (ADA), US memberitahu golongan pesakit berikut harus diperiksa sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu:

  • Semua pesakit diabetik jenis 1
  • Semua pesakit diabetik yang mengambil 3 atau lebih suntikan insulin setiap hari.

Panduan ADA juga menasihatkan pesakit diabetic agar memeriksa kandungan glucose mereka sekerap yang boleh untuk memastikan mereka mencapai tahap glucose yang normal.

Bagi pesakit diabetic yang bukan termasuk dalam golongan itu, mungkin berfikir memeriksa gula sebulan sekali memadai. Itu juga tidak betul.

Sekali lagi ia bergantung kepada keputusan pemeriksaan glucose dalam darah mereka. Jika pesakit mendapati bahawa paras gula dalam darah mereka adalah normal, maka mungkin mereka boleh kurangkan pemeriksaan. Namun jika mereka mendapati paras glucose mereka tidak normal, harus diperiksa sekerap yang mungkin untuk mengesan punca yang menyebabkan paras glucose dalam darah tidak terkawal.

Selain itu, ada masanya pesakit memerlukan pemeriksaan tahap glukos yang lebih kerap jika :

  • Baru memulai ubat diabetes atau baru mula ditukar ubat diabetes yang berlainan jenis
  • Sedang menukar dos ubat
  • Sedang dalam keadaan sakit eg. demam, batuk, selsema atau ada bisul
  • Sedang dalam latihan fizikal atau riadah yang berat
  • Sedang hamil
  • Sedang dalam musafir menyebabkan rutin seharian bertukar

Setiap pesakit diabetic (terutama pesakit diabetic yang berumur 30an ke atas) perlu mempunyai mesin glukometer bagi memudahkan mereka memeriksa sendiri kandungan glucose dalam darah mereka.

Memeriksa sendiri tidak harus menjadi janggal kerana saya selalu mengumpamakan ‘penyakit diabetes telah menjadi sebahagian hidup kita’. Jadi kita harus tahu apa yang boleh dimakan, apa yang tidak boleh dimakan, nama ubat dan cara melakukan pemeriksaan. ‘Alah tegal menjadi biasa’, segala perkara yang mustahil akan mudah dilakukan jika kita ada kesungguhan melakukannya.

Sebagai pesakit diabetic, fikirkan secara realistik. Penyakit diabetic akan memberikan masalah selepas 10-15 tahun.  Jadi nasib kita 10-15 tahun akan datang ditentukan oleh pesakit itu sendiri.

Oleh itu  jika mereka mengetahui paras glucose dalam darah adalah tinggi, mereka harus meningkatkan kekerapan memeriksa dari sekali sehari kepada tiga kali sehari sehingga kita dapat mencapai tahap glucose yang normal.

 

Masa sesuai untuk pemeriksaan glukose

Ramai pesakit diabetic yang menganggap bahawa pemeriksaan glucose harus dilakukan apabila telah puasa lebih lapan jam. Ia adalah nasihat yang benar. Namun ada beberapa waktu yang digalakkan untuk melakukan pemeriksaan glucose bagi memastikan kandungan glucose dalam darah di tahap yang normal.

Antaranya :

  • Sebelum makan
  • Selepas dua jam setelah makan
  • Sebelum tidur
  • Sebelum, semasa dan selepas melakukan riadah
  • Sebelum mengendalikan mesin berat atau memandu dalam masa yang panjang
  • Ketika mengalami tanda-tanda hypoglycemia (kekurangan glucose) atau hyperglycemia (lebihan glucose)

Pemeriksaan yang kerap juga memerlukan kos yang tinggi. Setiap glucostix yang digunakan berharga RM2. Bayangkan jika menggunakannya enam kali sehari. Ini bermakna membelanjakan RM360 sebulan.

Walau bagaimana pun saya menganggap harga itu berbaloi untuk orang yang mampu. Apabila kandungan glucose sudah stabil bolehlah dilakukan ujian sebanyak dua kali sehari selama sebulan. Caranya seperti ini :

  • Minggu 1: Sebelum sarapan dan dua jam selepas sarapan
  • Minggu 2: Sebelum makan tengahari, dan dua jam selepas makan
  • Minggu 3: Sebelum makan malam dan dua jam selepas makan
  • Minggu 4: Sebelum tidur dan sebelum sarapan

Pemeriksaan ini akan memberikan gambaran bagaimana pesakit mengamalkan pemakanannya. Dari corak ini dapat dilihat bila masanya seseorang mempunyai tahap kandungan glucose yang tinggi. Jadi di lain masa, pemeriksaan boleh diteruskan untuk waktu itu saja.

Jadi kekerapan pemeriksaan darah mungkin dapat dikurangkan dan menjimatkan kos. Jika kita tidak ada kemampuan untuk menguji enam kali sehari, cubalah lakukannya dua kali sehari. Catatkan dalam diari dan berbincang dengan doktor mengenai bacaan kandungan glucose dalam darah terkawal apabila melakukan rawatan susulan.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (090511)

72 comments

  1. Salam Dr..saya baru2 ini pergi buat check up di Semi-govmt hospital (semasa 36 weeks),dan diarahkn buat MOGTT sbb ade risiko Family History, dan resultnya adalah :

    Fasting : 4.26 mmol
    2HPP : 7.65 mmol (slps minum 75gm air glucose)

    Dgn, result ini saya disahkan Gestational Diabetes Mellitus

    Slps itu saya diarahkan membuat ujian BSP sbyk 7x setiap hari sehingga hari bersalin (skrg 37weeks)

    Soalan saya ; kenapa saya disahkan GDM? dan perlu buat setiap hari BSP tu, sdgkan mengikut jadual , saya belum lagi boleh dianggap Diabetec? Saya tanye nurse , mereka maklumkan saya perlu dpt result < 6.7mmol utk ujian tersebut…saya telah lakukan BSP spt yg diarahkan, dan resultnye sume normal, walaupon tanpa control diet, saya mkn spt biasa sbb nk tgok adakah saya betul diabetec dan hasilnye tetap under normal …..saya bingung,
    sbb saya dah bertanyekan hal ini pada beberapa org yg menyatakan hal yg same (sepatotnye saya xde GDM)

    Seperti sedia maklum, lakukan BSP sebyk 7x sehari utk setiap hari agak menyakitkan saya, dan kosnya amat tggi…

    Saya juga dimaklumkan mugkin terpaksa melahirkan bby secara c-sec mggu dpn..(38 weeks)

    Saya nk minta pendapat Dr. apa yg perlu saya buat skrg?saya kalo boleh xmahu buat c-sec…

    • Saya selaku admin blog ini sangat bersimpati dengan keadaan saudari. Soalan saudari sedikit rumit dan memerlukan penjelasan yang panjang. Saya cadangkan saudari pergi ke halaman Tanya Dr Zubaidi di mana sejumlah bayaran dikenakan. Bayaran ini merupakan bayaran penghargaan kepada pihak kami untuk terus menguruskan blog ini. Selain itu saudari juga dapat memelihara kerahsiaan maklumat saudari dengan pihak kami. Terima kasih. -ADMIN

    • Wsalam. Saya berpendapat puan harus mendapatkan penjelasan yang jelas dari doktor. Pada saya puan belum lagi mengalami GDM. Ini kerana fasting blood sugar puan normal. Ini juga dibuktikan apabila keptusan BSP puan normal. Ini keadaan puan, pembedahan cesarean bukanlah suatu kemestian.

  2. salam..

    saya berumur 27 tahun. saya pernah menjalani pemeriksaan kadar gula dalam darah. jururawat yang memeriksa saya menyatakan saya berpotensi menghidap diabetes kerana bacaannya ialah 6.5. walau bagaimanapun, untuk pengetahuan doktor, saya bersarapan dulu dengan minuman kopi yang agak manis seperti kandungan air gas. waktu itu saya berada rumah keluarga angkat. saya terpaksa bersarapan dengan air manis tersebut. selepas 3 jam saya menjalankan pemeriksaan ini. soalan saya, adakah minuman manis ini memberi kesan yang tinggi pada kadar bacaan diabetes? atau jika saya minuman yang tidak terlalu manis, adakah bacaannya jauh lebih rendah daripada 6.5?

    • Wsalam. Saya bersetuju dgn nasihat jururawat itu bahawa puan berisiko untuk mendapat diabetes. Namun untuk masa ini, puan belum lagi penyakit diabetes mellitus.

  3. saya berusia 32thn,dan baru di sahkan mengandung 9/52,dalam masa yg sama saya di dapati mengalami diabetic & doktor telah mengesahkan saya GDM di awal kandungan.saya juga telah menyuntik sendiri insulin humulin (r) dan (N).Insulin (R) pre breakfast 12 unit.pre lunch 12unit,pre dinner 10 unit dan pre bed 12unit.Masalah sekarang saya dapati dengan kesan sampingan saya mengalami demam,pening kepala yg rasa macam di hempap batu.soalan saya,adakah dos ubat itu tdk sesuai dengan saya.saya pilih suntik d bhgn peha.peha saya pon sudah mengalami lebam2 kesan di suntik.di samping itu saya mengalami discaj berwarna brownish day 2 ambil insulin,n sehingga kini mengalami blood stain pluss…kalau pantie liner kdg2 ada full,kdg2 1/4 pad…adakah itu pendarahan biasa atau macam mana?

    • Salam. Saya rasa dos yang diberikan tidak sesuai dengan puan. Salah satu masalah disebabkan oleh suntikan insulin ialah menyebabkan kepekatan gula dalam darah tyerlalu rendah, menyebabkan puan boleh berasa lemah dan sakit dada dan pelbagai perasaan lagi. Hal ini, puan harus beritahu dan bincangkan dengan doktor yang merawat puan. Pendarahan di awal kehamilan adalah tanda-tanda keguguran. Puan boleh membaca di http://drzubaidi.com/blog/?p=1221.

  4. saya membuat pemeriksaan gula secara Random Sugar dan bacaannya adalah 6.9. adakah paras gula saya normal atau tidak.

    • Bacaan randam 6.9 mmol/L agak tinggi, tetapi belum masuk dikategorikan diabetes mellitus. Jaga pemakanan dan amalkan senaman yang ringkas, membantu mengawal gula dalam badan. Oleh itu puan berisiko untuk mendapat diabetes mellitus jika puan tidak mengawalnya.

  5. apakah maknanya jika bacaan menunjukkan H1 dan apakah yang harus dilakukan untuk mengurangkan bacaan selain daripada pemakanan yang seimbang.

    • Salam, HI bermakna kandungan gula terlalu tinggi. Selain pemakanan, dos ubat yang diberikan perlu diubah. Ini perlu nasihat doktor. Senaman dan rtiadah ringan membantu mengurangkan gula dalam darah.

  6. fadzila bt abu bakar

    salam..Dr..bagaimana ubat metformin dan gliclazide berfungsi..bila masa makan ubat ini yang paling sesuai..terimakasih

    • Wa alaikum mus salam..Puan hanya berisiko untuk diabetes. Belum diabetes lagi. Buatlah pemeriksaan yang lengkap. SATU BACAAN saja tidak bermakna puan sudah mengalami diabetes. Jaga pemakanan.

  7. 3 minggu yg lalu, saya membuat pemeriksaan
    tahap gula dalam darah.
    Ujian di lakukan selepas saya makan
    tahap gula dalam darah saya ialah 6.00..
    adakah tahap gula dalam badan saya
    adalah normal atau berisiko mendapat diabetes??

  8. dokter waktu lalu saya priksa dan glucose saya 6.88 mml/l dan saya di nyatakan diabetes.apa benar .trims

    • Wa alaikum mus salam..Puan hanya berisiko untuk diabetes. Belum diabetes lagi. Hanya SATU bacaan glucometer tidak bermakna puan mengalami diabetes. Buat pemeriksaan yang lengkap. Jaga pemakanan.

  9. assalamualaikum doktor.boleh terangkan kebaikan dan keburukan madu beserta cuka epal.jika byk kebaikan apakah dos yg sesuai.

  10. Assalamualaikum…sy telah buat pemeriksaan dngn doktor..ujian RBS sy buat slepas 30 minit makan nasi dan minum air manis..jadi bacaan darah saya 8.5, apakah sy berisiko tinggi mengidapi diabetis?

  11. slmt pagi doktor..saya ada membuat test 4 kali sehari dan bacaan ye adalah 5.8/4.6/5.8/4.7 dalam 1 hari.
    apabila berjumpa doktor,,doktor minta saya mengambil suntikan insulin pada setiap malam 6 unit,,adakah sewajar yer,,,

  12. assalamualaikum doktor;
    bagaimana halnya dgn org yg mempunyai kadar gula terlalu rendah? kadar gula yg dicatatkan adalah 3.7. adakah paras gula rendah ini berkait dgn kewujudan penyakit dlm tubuh? apakah kemungkinan penyakit yg berkait dgn kadar gula rendah?

  13. saya cek gula dlm darah lps 1 jam mkan malam result 14.8 doktor kata saya ada kencing manis sblm t u saya kerap kencing kdg dlm 1 jam sapai 2 atau 3 x adakah saya kencing manis doktor kata saya ada kencing manis

    • Puan kena buat pemeriksaan yang sempurna, iaitu pemeriksaan gula ketika berpuasa dan dua jam selepas makan. Jika kedua2nya meningkat, perlu lakukan pemeriksaan lanjut HbA1c

    • Bacaan gula saudara mat tinggi tetapi SATU BACAAN saja tidak bermakna saudara sudah mengalami diabetes. Buatlah pemeriksaan yang lengkap. Jaga pemakanan.

  14. Assalamualaikum,

    Doktor, saya telah melakukan MGTT dan hasil keputusan yg diperolehi ialah paras gula dlm darah saya adalah normal. namun terdapat kehadiran glukos dlm urin saya. adakah itu normal dan mengapakah ianya terjadi?

    • Wa alaikum mus salam. Jika bacaan darah normal, abaikan ujian airkencing kerana ujian darah lebih tepat, sementara ujian air kencing hanya saringan.

  15. Assalamualaikum, Saya berusia 34thn..mengandung 33 minggu..dah cek gula dlm badan. Bacaan pertama 5.0 dan 2 jam selepas minum air gula 7.8..boleh beri pendapat doktor..adakah ini tahap teruk?

  16. Assalamualaikum, Saya berusia 34thn..mengandung 33 minggu..dah cek gula dlm badan. Bacaan pertama 5.0 dan 2 jam selepas minum air gula 8.4..boleh beri pendapat doktor..adakah ini tahap teruk?

  17. saya mengambil bacaan gula selepaas 2jam mkn t/hari, 6.9

    pekerja farmasi maklumkn saya ada diabetis. adakah benar . tq

  18. Salam doctor,

    Doktor,saya ingin bertanya,saya baru sahaja selesai melakukan medical checkup untuk offshore,klinik tersebut mengambil darah saya untuk melakukan beberapa ujian termasuk fasting blood sugar,cholestrol & etc. Sebelum saya ke medical checkup tersebut,saya telah melakukan random blood sugar di farmasi & saya berpuasa dan bacaannya ada 4.7, adakah bacaan darah yang diambil untuk mengukur kandungan gula semasa di klinik & farmasi akan sama?

  19. salam doktor,
    Usia kandungan saya kini 33 minggu, ujian air gula utk kali ke2 baru2 ini bacaannya puasa 4.6 dan slps 2 jam 7.8, krn itu doktor mengesahkan saya ada kencing manis (GDM) dan terpkse melakukan ujian darah 1hari 4x. Bacaan saya (4.1,6.1,3.4,3.6)… adakah dgn bacaan ujian ini saya jugak mengalami kencing manis?… adakah saya berisiko melahirkan anak secara paksa pada usia kandungan 38week seperti yg sya selalu dengar?..

  20. Salam doctor.

    Baru2 ini saya ada melakukan ujian kesihatan secara percuma di satu pameran di KLCC. Setiap ujian yang saya lakukan menunjukkan saya berada dalam keadaan sihat; BP / BMI.
    W/pun tekanan gula dlm darah saya agak tinggi iaitu 8.5.
    Untuk makluman ketika itu saya baru sahaja makan tengah hari. Saya agak khuatir dgn keadaan ini kerana saya tidak gemarkan makanan manis cuma gemarkan coklat sebagai bekalan tenaga saya sekiranya lapar.

    T.kasih

  21. a’kum Dr…
    Sy m’punyai 4 chy mata. 3 drnye czer, hanya ank kedua bersalin normal.
    Sy jg mengalami GDM pd kandungan ketiga & keempat. Yg mane last bby sy (keempat) bersalin kaedah czer dan tlh ikat. Sy m’ambil insulin 4x sehari dgn unit, 10, 10, 10, 12 sms last pregnancy.
    Masalah sy… Sehari sblm bersalin anak keempat mei lalu, bacaan sy tlh normal 4.3 hingga la lps pantang. Pd 7ramadhan lalu sy try check & bacaannye adlh 11.2 2jam slps buka pose. Pd 9ramadhan, 2jam lps buka pose bacaannye 9.1…
    Adakah sy kncng manis? Tq doc…

  22. Salam doktor…sy nk tnye kmarin sy cek gula dlm darah….fssying dan mendapati paras gula sy 5.9…kali kedua cek di farmasi lain pula bacaannya 5.2…knpa tidak trpat bcaan itu..waktu perbezaan sy cek cuma.20min..5.9 tu adakah kencing manis..risau saye!..tq doktor

  23. Assalamualaikum..Dr,saya nak minta kepastian pada dr mengenai sama ada saya dah ada diabetes atau tidak..sminggu sblm kita menyambut puasa saya telah wat pemeriksaan pada pg dlm pukul 9.00 dan bacaan 18.0mml.tetapi pada mlm sblm tu sy makan 2 pinggan nasi,25 ulas cempedak dan 2 bungkus teh ais..pg nya pula di off ada jamuan selepas tu terus buat pemeriksaan dan resultnya 18.0mml.seminggu kemudian sy check lg d famasi tetapi sahur saya makan nasi dapat result 7.5mml.dan yang terbaru lepas 2jam berbuka bacaan 6.7mml.adakah sy mengidap diabetes..tq dr

    • Assalamualaikum..Dr,saya nak minta kepastian pada dr mengenai sama ada saya dah ada diabetes atau tidak..sminggu sblm kita menyambut puasa saya telah wat pemeriksaan pada pg dlm pukul 9.00 dan bacaan 18.0mml.tetapi pada mlm sblm tu sy makan 2 pinggan nasi,25 ulas cempedak dan 2 bungkus teh ais..pg nya pula di off ada jamuan selepas tu terus buat pemeriksaan dan resultnya 18.0mml.seminggu kemudian sy check lg d famasi tetapi sahur saya makan nasi dapat result 7.5mml.dan yang terbaru lepas 2jam berbuka bacaan 6.7mml.adakah sy mengidap diabetes..tq dr

      Wa alaikum mus salam. Dalam hal ini, mencadang puan melakukan pemeriksaan secara lebih sempurna iaitu fasting blood sugar (pemeriksaan darah selepas berpuasa selama 8 jam), 2 hour post prandial (pemeriksaan darah 2 jam selepas makan) dan pemeriksaan Hb1Ac.

  24. salam doktor….sy ade g cek kt klinik tempohari..ketika berpuasa kndungan gula sy adalah 5.9…adakah dikategorikan sbgai kencing manis…….?? sy risau

  25. Salam Dr,
    sy ingin tanye pendapat Dr, tentang keputusan saya dibawah:
    saya disuruh untuk melakukan puasa dn meminum air gula, keputusan (Bulan ramadhan) : puasa :3.3 selepas minum air gula ialah 8.6

    kemudian, sy dinasihat untuk melakukan BSP pd hari ini dgn keputusan : 5.3/ 7.6/ 3.7/ 5.1
    (slps berbuka saya ada memakan 6biji coklat M&M..adakah ia mempengaruhi bacaan sy untuk 1&2 Dr?

    Nurul :)

  26. Salam Doktor… Saya nak bertanya.. Sebelum ini saya makan tak terkawal. Minum Nescaffe 3-1 dan suka makan kentang. Selepas itu bacaan dibuat di farmasi menunjukkan 17 mmol. Selepas itu saya mula stop pengambilan nescaffe dan makan hanya satu cawan nasi sahaja. Banyak minum air kosong. Selepas 1 bulan saya pergi check semasa berpuasa 8 jam 5.5 mmol dan selepas 2 jam makan 6.5mmol. Bolehkan Simpom Diabetis itu hilang jika saya terukkan amalan sebegini atau sememangnya tidak akan pulih kembali walaupun kita buat apa-apa pun. Satu lagi salah satu punca diabetis adalah gemuk. Adakah diabetis itu akan pulih jika mereka dapat kuruskan badan mereka?? Terima kasih Doktor.

  27. Saya telah membuat ujian kandungan gula sy..ketika puasa 5.5..1jam selepas mkn 11.6..dan 2 jam selepas makan…7.8…ketika berbuka sy tidak mkn nasi atau minum minuman yg terlalu manis..hanya mengambil 3keping roti jala bersama kari.dan minum teh kosong bergula enercal.. ujian ini telah sy buat 3 hari berturut2…bacaan lebih kurang dlm julat dinyatakan..adakah sy pra diebetes atau diabetes?

  28. bolehkah mereka yg “pradiebetes” menjadi normal semula (sebagaimana org yg tiada diebetes…perlukan mereka mengambil ubatab-ubatan seperti pengidap diebetes tetapi di dalam dos yg kecil..

  29. Dr, Saya membuat ujian kandungan gula lepas makan manisan 2 jam 7.4 lepas fasting pagi 8.4 lepas itu 8.1 saya ade mengidap penyakit kencing manis?

  30. saya baru habis minor operation dalam 3 hari, lepas itu i check manisan menujukan result ini

  31. Asslmkum doctor… Saya mahu tanya bacaan gula dlm badan saya selepas puasa 8jam 6.1.. Apabila selepas makan 2 jam saya check 7.3… Soalan saya apakah saya mengidap diabetes?
    Apakah langkah yg harus saya buat utk menurunkan gula dlm badan saya?
    Utk pengatahuan doctor berat badan saya 118 kilogram…

  32. salam dr…….saya ingin bertanya adakah tanda2 kekurangan gula dalam darah sprt cepat pitam nak pengsan, dan adakalanya seperti kita sesak nafas. Terima kasih dr.

  33. Salam Dr…..Saya telah menjalankan ujian gula dalam darah 4 kali seheari Sebelum Sarapan 4.7 dan selepas sarapan 2 jam kemudian kemudian bacaanya 6.9, 2 jam selepas itu saya cek lagi bacaanya 4.5, Saya selalu rasa badan letih dan lemah, lapar, badan berpeluh sejuk dan mengigil kepala rasa pening, sesak nafas (seperti hidung tersumbat) dan hendak pitam. Saya ingin bertanya kepada Dr adakah saya ini di ketegori sebagai kekurangan gula dalam darah atau sebab lain. (saya seorang perokok dan menghidap gestrik)….harap Dr dapat memberi penjelasan, terima kasih.

  34. hamimah bt ahmad akhri

    slm doc…sy berusia 30thn..mjlani ujian darah 10minit lps mkn tgh hari dan bacaan nye 9…adakah sy juga mdpt diabetes..?

  35. sya ada berjumpa doktor..doktoe ngesahkn sya kurang gula iaitu 4.3….doktor bg vitamin zat besi
    ..dalm mse semgu sye rse pening lagi…doktor surh sye pegi hospital…ape kesanye doktor…tiap2 hari sy akn rase pening..mate berpinar2 kalau trkena chya mthri..plz doktor..bantu saya

  36. malam saya makan durian adalah 7 ulas ,esok pagi saya minum pagi minum tea dan makan oat,pukul 8am saya buat ujian bacaan kencing manis.keputusan 8.68.adakah saya berisiko dapat kencing manis?

    • malam saya makan durian adalah 7 ulas ,esok pagi saya minum pagi minum tea dan makan oat,pukul 8am saya buat ujian bacaan kencing manis.keputusan 8.68.adakah saya berisiko dapat kencing manis?

      Dr Zubaidi: Ya, ujian gula bagi tidak berpuasa seharusnya kurang dari 6.2 mmol/L. Saya nasihatkan saudara menjaga pemakanan dengan baik terutama makanan yang banyak kanji dan manis.

  37. Salam. Selepas membaca artikel Doktor ni, saya tergerak hati untuk bertanyakn soalan mengenai diabetis. Bulan lepas, suami saya membuat pemeriksaan kadar gula dlm darah. Keputusannya menunjukkan 22 mmol/L. Suami saya pernah di tahan dlm wad selama semggu semasa berumur 15 tahun. Skrg dia berumur 26 tahun. Sy sgt risau dgn kptsn blood test trsebut, tapi suami saya seolah2 tak kisah sangat. Hampir tiap2 malam dia mengadu rasa sengal2 kat kaki, sedangkan kerja dia duduk je kat office & tidak memerlukannya berjalan hingga menybabkannya rasa sakit kaki. Sy ada terbaca kat paper, rasa sengal2 tu adalah petanda kerosakan saraf. Saya sgt risau, sy harap doktor dapat beri sedikit nasihat dan pandangan..

  38. Assalam dr,

    saya berusia 30thn, saya telah membuat ujian gula pertama& bacaan 7.3 (fasting) & slps 2 bln saya membuat ujian ke-2, bacaannya 6.6(fasting). skrg saya sdg control pemakanan dan diet. namun saya ingin bertanya adakah saya telah mengidap kencing manis? xbolehkan kembali normal klu saya menjaga pemakanan dan diet. skr saya merasakan kaki sengal & rasa panas..adakah itu simptom saraf rosak berpunca dr kencing manis?saya berasa amat risau dgn keadaan sya ini.

    • Assalam dr, saya berusia 30thn, saya telah membuat ujian gula pertama& bacaan 7.3 (fasting) & slps 2 bln saya membuat ujian ke-2, bacaannya 6.6(fasting). skrg saya sdg control pemakanan dan diet. namun saya ingin bertanya adakah saya telah mengidap kencing manis? xbolehkan kembali normal klu saya menjaga pemakanan dan diet. skr saya merasakan kaki sengal & rasa panas..adakah itu simptom saraf rosak berpunca dr kencing manis?saya berasa amat risau dgn keadaan sya ini.

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Bacaan glukose puan agak tinggi dari normal, namun belum lagi disahkan sebagai pesakit kencing manis. Untuk pengesahan puan harus berjumpa doktor untuk melakukan beberapa kali ujian sebelum dan selepas makan. Dalam hal puan, dengan mengurangkan berat badan dan menjaga pemakanan, puan boleh mengawal gula dengan baik. Kurangkan pengambilan gula, amalkan minum teh misai kucing tanpa gula setiap pagi dan petang.

  39. Assalamualaikum,
    Doktor,saya telah melakukan ujiam gula di rumah pada waktu pagi unt pertama kali.tetapi result yang keluar E 2.adakah saya mengalami kekurangan gula atau darah sedikit cair?darah dihujung jari yg keluar tidak kelihatan pekat.blh doktor jelaskan?

    • Assalamualaikum, Doktor,saya telah melakukan ujiam gula di rumah pada waktu pagi unt pertama kali.tetapi result yang keluar E 2.adakah saya mengalami kekurangan gula atau darah sedikit cair?darah dihujung jari yg keluar tidak kelihatan pekat.blh doktor jelaskan?

      Dr Zubaidi: E bermakna error, bermakna ada kesilapan semasa melakukan ujian itu. Boleh rujuk pada buku manual yang disertakan untuk mengetahui makna E2.

  40. Assalam…
    dr, saya mengandung 20 minggu. baru2 ini saya menjalani MGTT selepas berpuasa di malam hari. Bacaan gula dalam darah saya adalah 8.7. jururawat mengatakan gula dalam darah saya adalah tinggi dan mengarahkan saya menjalani ujian darah sebanyak 4 kali/1 haari. adakah saya mengalami diabetes dr? bagaimana pulak dengan baby dalam kandungan saya?

    • Assalam…dr, saya mengandung 20 minggu. baru2 ini saya menjalani MGTT selepas berpuasa di malam hari. Bacaan gula dalam darah saya adalah 8.7. jururawat mengatakan gula dalam darah saya adalah tinggi dan mengarahkan saya menjalani ujian darah sebanyak 4 kali/1 haari. adakah saya mengalami diabetes dr? bagaimana pulak dengan baby dalam kandungan saya?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam… Bacaan GM 8.7 memunjukkn pusn berisiko untuk mendapat diabetes. Oleh itu jururawat akan mencadangkan pemeriksaan mGTT iaitu pemeriksaan 4 kali dalam sehari untuk beberapa hari, bagi memastikan sama ada puan benar-benar diabetes atau hanya berada dalam pre-diabetic, iaitu berisiko untuk mendapat diabetes..

  41. salam, saya ingin bertanya..sy telah memeriksa gula pada pagi seblum bfst ..bacaan tersebut 14.6 ..selepas makan bacaan adalah 20..malam tersebut saya makan nestum 3 in 1..sy belum membuat pemeriksaan secaa rawak..adakah saya perlu membuat pemeriksaan darah secara berkala untuk menentukan saya mengidap kencing manis atau tida

    • “salam, saya ingin bertanya..sy telah memeriksa gula pada pagi seblum bfst ..bacaan tersebut 14.6 ..selepas makan bacaan adalah 20..malam tersebut saya makan nestum 3 in 1..sy belum membuat pemeriksaan secaa rawak..adakah saya perlu membuat pemeriksaan darah secara berkala untuk menentukan saya mengidap kencing manis atau tidak”

      Dr Zubaidi: Wsalam. Saya mendapati paras gula dalam darah puan sangat tinggi dan puan perlu membuat pemeriksaan lanjut. Saya khuatiri puan telah puan mengalami penyakit Diabetes Mellitus.

Leave a Reply to JulieCancel reply

error: Content is protected !!