Advertorial
Home » FIRST AID AND CPR » Bagaimana cara untuk menghentikan pendarahan hidung?

Bagaimana cara untuk menghentikan pendarahan hidung?

 

hidung berdarah

 

Kebanyakan pendarahan hidung bermula daripada pembuluh-pembuluh darah halus yang terletak di bahagian hadapan hidung anda. Ia agak mudah untuk berhenti. Pendarahan hidung yang bermula daripada bahagian belakang hidung pula datangnya daripada saluran-saluran yang lebih besar dan cenderung untuk lebih banyak dan lebih susah untuk berhenti.

 

Apabila hidung anda berdarah:

  1. Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut.
  2. Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit.
  3. Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual.
  4. Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan.
  5. Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik.
  6. Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk melegakan bahagian itu.

 

Bagi menghalang pendarahan berlaku semula dalam masa 12 jam berikutnya, elakkan daripada:

  1. menggerakkan kepala lebih rendah daripada paras jantung anda
  2. melakukan kerja-kerja berat
  3. menghembus hidung.

 

 

 https://www.facebook.com/pages/First-Aid-CPR-Training-FACT/164653566903272?fref=ts

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: