Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » bacaan gula terlalu rendah

bacaan gula terlalu rendah

BACAAN GULA SAYA TERLALU RENDAH.

 

 

 

 

“Assalamualaikum dan selamat malam doktor, Saya ingin tanya, saya bukan pesakit diabetis. Baru-baru ini saya baru melakukan ujian tahap gula menggunakan mesin glukometer saya sendiri. Keputusannya ialah gula dalam darah saya adalah LO. Adakah ia bermakna gula dalam darah saya yang sangat rendah? Saya tiada mengalami masalah penat, menggigil atau berpeluh Mohon penjelasan. Terima kasih”

 

 

WA ALAIKUMMUS SALAM.

 

 

Alat glukometer yang puan gunakan mempunyai kemampuan mengukur gula secara terbatas. Bila telah lama digunakan ia perlu diservis agar bacaan yang diberikan menjadi tepat. Begitu juga dengan strip test yang puan guna. Perhatikan jika ia telah melewati tarikh luput.

 

 

Selalunya jika bacaan menunjukkan keputusan LO, bermakna gula dalam darah puan sangat rendah sehingga ia tidak boleh dibaca lagi. Selalunya tahap gula yang rendah akan menyebabkan puan mengalami simptom hypoglycemia seperti rasa letih, sukar bernafas, berpeluh, menggigil dan jika tidak diberikan sesuatu makanan untuk meninggikan semula tahap gula, seseorang pesakit itu mungkin akan meninggal dunia.

 

 

Jadi saya percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan alat yang digunakan. Saya mencadangkan puan menghantar servis glucometer yang puan ada dan memeriksa tarikh luput strip test yang digunakan.

 

Untuk sementara puan boleh mengukur tahap gula dalam darah di mana-mana klinik atau makmal yang memberikan perkhidmatan itu.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

Saya mencadangkan bagi pesakit diabetis agar menggunakan STEVIA DAUN MANIS bagi mengurangkan ketagihan gula. Ia membantu mengawal peningkatan gula dalam darah.
 

Boleh dapatkan STEVIA DAUN MANIS dengan klik di STEVIA DAUN MANIS 

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!