Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » Bacaan gula dalam darah tidak berapa tinggi

Bacaan gula dalam darah tidak berapa tinggi

BACAAN GULA DALAM DARAH TIDAK BERAPA TINGGI

glucometer 2

“Salam doktor. Saya berumur 45 tahun. Saya bertemujanji dengan doktor setiap 6 bulan sekali kerana mengalami hypertension dan memakan ubatan berikut: Perindropril 6mg, Amlodipine 10mg, propanolol 20mg dan mula mengambil ubat pada tahun 2008 pada ketika tekanan darah saya 130/90. Sekarang purata tekanan darah saya adalah 120/80 atau ke bawah. Selain itu saya mengalami tinggi kolestrol ( 5.62) dan diberi ubat Simvastatin berikutan kadar gula saya juga agak tinggi iaitu bacaan 6.0 ( fasting ). Yang membuat saya terkilan ialah apabila kandungan gula saya 6.0 tersebut di mana doktor yang merawat saya tidak memberikan maklumat yang mencukupi sedang saya tidak mengetahui 6.0 itu pada tahap mana seriusnya. Apakah cadangan atau diet terbaik untuk saya lakukan bagi menurunkan kadar kolestrol dan kadar gula dalam darah saya tersebut. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Untuk ringkasan, puan telah mengalami penyakit hypertension (darah tinggi) dan hypercholestrole (tahap kolestrole yang tinggi dalam darah) dan sedang menjalani rawatan dengan ubat-ubat yang diberikan.

 

Masalah-masalah ini disebabkan oleh faktor umur yang semakin meningkat, pemakanan diet yang diambil, masalah penambahan berat badan,  masalah tekanan perasaan di rumah dan di tempat kerja dan masalah factor genetic (keturunan).

 

Saya tidak memberikan  komen terhadap diet yang sesuai untuk puan, tetapi saya memberikan penjelasan mengenai kadar gula puan 6mmol/L.

 

Bacaan gula yang normal ketika berpuasa pada malam sebelumnya adalah kurang 100 mg/dL  atau 5.6 mmol/L.

 

Pada kebiasaannya , doctor mendiagnosis diabetes mellitus (kencing manis)apabila seorang individu mempunyai paras gula apabila berpuasa  pada malam sebelumnya melebihi 126 mg/dL  (7.0 mmol / liter) atau tidak berpuasa tahap melebihi 200 mg/dL (11.1 mmol/L) pada dua kali ujian pada masa yang berlainan.

 

Namun jika seorang individu mengadu masalah kerap membuang air kecil, rasa kerap haus, cepat penat, luka yang lambat  sembuh atau mengalami pandangan mata yang berkabur kabur, datang berjumpa doctor dan pemeriksaan gula secara random (tidak berpuasa) menunjukkan 200mg/dL atau melebihi 11.1 mmol/L, tidak perlu lagi buat pemeriksaan kali kedua.  Secara klinikalnya, beliau telah sah mengalami diabetes mellitus.

 

Selain itu doctor boleh melakukan pemeriksaan HbA1c iaitu pemeriksaan yang mengira peratusan “protein yang membawa oksigen” dalam darah. Pemeriksaan ini lebih tepat kerana ia dapat mengira sama ada seorang itu mengalami diabetes sekurang-kurangnya pada 3 bulan yang lepas.

 

Bacaan pemeriksaan A1C yang normal adalah antara 4.0% hingga 5.6%.  Jika bacaan antara 5.7 dan 6.4 %, bermakna individu ini mengalami keadaan “prediabetik”.

 

“Prediabetik”  bermakna beliau mempunyai risiko mendapat diabetes mellitus, tetapi buat masa sekarang belum lagi mengalaminya. Maka rawatan berupa ubat-ubatan untuk diabetes mellitus tidak perlu tidak perlu, dan hanya perlu banyakkan senaman dan menjaga pemakanan.

 

Maknanya jika seorang individu menjalani pemeriksaan HbA1c dan mendapat bacaannya melebihi 6.5 %, maka doctor boleh mengatakan bahawa individu ini telah mengalami tahap gula yang tinggi bermula sekuarang-kurangnya tiga bulan yang lepas. Jadi ubat untuk diabetes boleh diberikan tanpa menunggu pemeriksaan gula yang lain.

 

Merujuk bagi masalah puan,  bacaan tahap gula dalam darah selepas berpuasa pada malam sebelumnya ialah 6.0mmol/L, bermakna puan berada dalam “prediabetik”. Puan belum lagi disahkan mendapat diabetes mellitus tetapi ada risiko untuk mendapatnya.

 

Jika puan tidak melakukan senaman dan menjaga pemakanan dan sering tidak cukup tidur dan stress ditempat kerja, dijangkakan puan akan mengalami diabetes mellitus selepas 5 tahun.

 

Ini kerana individu yang berisiko untuk mendapat diabetis mellitus apabila bacaan gula selepas berpuasa pada malam sebelumnya, adalah antara 5.7mmol/L hingga 6.9 mmol/L.

 

Jadi puan tidak perlu rawatan berupa ubat-ubatan.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: