Advertorial
Home » Diet Sihat » AWET MUDA DARI PEMAKANAN YANG RINGKAS

AWET MUDA DARI PEMAKANAN YANG RINGKAS

 

3 FEB 2019

Ramai yang keliru apabila dikatakan mengamalkan awet muda atau selalu kita sebut sebagai “anti-aging”. Adakah bermaksud kita akan kekal muda dan tidak menjadi tua? Apakah dengan mengamalkan beberapa petua awet muda, tarikh kematian kita ditangguhkan? Jawabannya tidak.

 

Sebenarnya awet muda (anti-aging) lebih bermakna kita “tidak tua sebelum masanya”. Maksudnya kita tubuh kita menjadi tua selari dengan usia kita. Sebab itu saintis di barat memperkenalkan “biological age” yang menunjukkan “umur sebenar tubuh kita” berdasarkan beberapa kriteria termasuk kesihatan dan kecergasan.

 

Masih keliru? Pernah tak kita mendengar seorang muda yang tidak mampu menanding seorang tua dalam melakukan kerja berat seperti berladang? Secara “biological age” atau umur biologi, umur lelaki muda itu lebih tua dari umur lelaki tua itu.

 

Umur kronologi adalah usia yang dihitung mengikut tahun semenjak seseorang itu dilahirkan. Jika saya dilahirkan pada tahun 1970, bermakna saya berusia 49 pda tahun 2019. Berbeza dengan umur biologi yang merupakan usia tubuh yang dihitung berdasarkan perkembangan seluruh sel dalam tubuh pada masa itu. Ini bermakna usia biologi saya tidak semestinya 49. Umur biologi saya boleh lebih muda atau lebih tua dari 49.

 

Berbalik kepada awet muda tadi. Sebenarnya awet muda bukan bermakna mahu kekal untuk menjadi muda. Mengamalkan awet muda hanya bermakna kita berusaha agar kita tidak tua sebelum waktunya. Kita umur biologi kita selari dengan umur kronologi kita. Kita tidak mendapat penyakit yang biasa dialami oleh orang yang lebih tua.

 

Secara mudah saya berikan contoh. Zaman dulu ramai orang yang mengalami masalah penyakit tekanan darah tinggi, apabila berusia 60an. Tetapi sekarang ramai muda awal 30an mengalami penyakit yang sama. Mereka “tua sebelum masanya” dan inilah peranan “awet muda” untuk menghalang penyakit-penyakit yang sepatutnya dialami oleh orang tua.

 

Jadi bagaimana peranan pemakanan dapat membantu kita awet muda?

 

Dengan mengamalkan cara pemakanan yang betul, sudah tentu tubuh kita dapat melakukan metabolisme dengan betul. Ada makanan yang dijadikan sumber tenaga, ada makanan yang digunakan sebagai rawatan dan ada makanan yang digunakan sebagai simpanan tenaga. Ini akan memengaruhi perkembangan berbagai sel dalam tubuh, agar dapat berkembang secara optimal dan sihat.

 

Antara tips makanan yang membantu awet muda adalah:

1. Menerapkan pola pemakanan seimbang dan pelbagai 
Kita memerlukan pelbagai nutrisi yang berbentuk vitamin, mineral, antioksida dan ko-enzim yang membantu kita sihat. Dengan mengambil pemakanan yang seimbang dan pelbagai membantu kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan.

 

2. Mengawal kalori pemakanan 
Mengawal kalori bukan bermaksud kita harus berdiet secara ketat. Mengawal kalori harus selari dengan keperluan nutrisi dan keperluan tenaga yang digunakan. Selalunya saya akan makan apabila saya benar-benar lapar dan bila makan, saya akan banyakkan sayur dan buah. Saya pastikan nasi (karbohidrat ringkas hanya diambil suku pinggan saja).

 

3. Mengambilkan omega 3 dan 6 yang seimbang.
Kita tahu bahawa dengan mengambil omega 3 dan 6 yang seimbang dapat membantu kesihatan otak dan jantung, dan membantu aktiviti sel menjalankan fungsinya secara optima. Keseimbangan omega 3 dan 6 bermakna kadar omega 3 lebih banyak dari omega 6 atau sekurang-kurangnya dengan nisbah 3:1.

 

Secara mudahnya, saya selalu memberitahu pesakit kita agar menjaga pemakanan dengan mengawal pengambilan makanan secara sederhana, dengan cara makan bila lapar dan pastikan ambil banyak sayur ketika makan. Pelbagaikan sumber protein, sayur dan buah-buahan.

 

Bagi mendapat omega 3 dan omega 6, banyakan makan ikan liar yang diperolehi laut dan sungai. Ambil minyak zaitun sebagai sumber omega 3 dan omega 6 yang Saya sendiri mengambil satu sudu minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Alhamdulillah rasa lebih sihat, bertenaga dan bersemangat.

 

 

Boleh dapatkan OLIVIE dari staf saya.

Puan Zaiha 01110040154
Puan Zurina 0193389668
Puan Hasnah 0126733955
Cik Fizah 0137046851
Puan Raudhah 0199800764

#oliviedrzubaidi
#dietdrzubaidi
#nutrisidrzubaidi
#mediterraneandietdrzubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: