Advertorial
Home » Akhbar » awas bahan terlarang dalam vitamin C

awas bahan terlarang dalam vitamin C

AWAS BAHAN TERLARANG DALAM (SUNTIKAN) VITAMIN C

 

 

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, perkara yang dibimbangi dalam suntikan vitamin C yang ada di pasaran sekarang ialah ia mungkin mengandungi campuran bahan terlarang yang mungkin berbahaya kepada kesihatan.

 

Jika kandungan suntikan itu adalah vitamin C tulen tanpa ada kandungan lain ia selamat digunakan. Bahan-bahan yang mungkin dimasukkan ialah bahan penstabil dan pengawet yang membolehkan cecair vitamin C ini dapat disimpan lebih lama dalam ampule kaca“.

 

Suntikan Vitamin C adalah tujuan kosmetik untuk mencantikkan kulit dan lebih elastik agar dapat melambatkan kesan penuaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

 

Setakat ini semua produk suntikan Vitamin C yang ada di pasaran yang diperoleh dari negara jiran dan tidak mendapat kelulusan KKM.

 

Ekoran itu, ia menjadi kebimbangan orang ramai kerana khuatir kesan jangka panjang jika bahan tersebut digunakan berterusan tanpa pengawalan daripada pihak berkuasa.

 

Saya ingin mencadangkan kepada KKM agar memperluaskan larangan undang-undang tersebut bukan hanya kepada doktor pengawal perubatan am tetapi  doktor-doktor pakar kecantikan dan pengusaha salon yang menawarkan perkhidmatan ini agar dikenakan tindakan sama jika benar produk-produk ini berbahya kepada pengguna. Ini kerana suntikan vitamin C dilakukan di klinik, salon kecantikan dan malah ada yang nengambil upah memberikan suntikan di rumah dan di dalam kereta” 

 

Saya juga ingin menyeru kepada pengimpirt produk suntikan vitamin C ini agar mendaftarkannya dengan KKM agar ia disahkan benar-benar selamat digunakan,” tuturnya.

 

Berbeza dengan tablet atau pil Vitamin C yang dimakan, ia sudah mendapat pengesahan KKM dan selamat sebagai makanan tambahan.

 

Namun, kesan suntikan lebih cepat kerana ia terus masuk ke dalam darah.

 

Dos yang diberikan untuk suntikan lebih tinggi iaitu 1,000 hingga 5,000 miligram berbanding dengan pil vitamin C yang kebanyakannya antara 200mg hingga 1000mg saja.

 

Mengulas mengenai kepentingan Vitamin C,  Zubaidi memberitahu, ia dapat meningkatkan daya tahan badan, mencegah kanser, menyembuhkan luka, melambatkan penuaan kulit dan mencantikkan.

 

Terangnya, dalam sehari kita memerlukan 200 miligram Vitamin C.

“Sekiranya kita mengambil Vitamin C secara berlebihan tidak akan mengundang masalah kecuali orang yang mempunyai penyakit batu karang tetapi itu sekiranya diambil secara mega dos berulang kali.

 

Ini kerana lebihan dos itu akan dibuang menerusi air kencing,” ulasnya.

-Kosmo! 14/3/2018

 

Secara ringkasnya:

  1. Vitamin C adalah selamat. Ia tidak memudaratkan kerana jika berlebihan ia akan keluar melalui air kencing.
  2. Ada risiko pengambilan vitamin C secara berlebihan. Dos maksima yang dicadangkan adalah 2g sehari. Dibimbang pengambilan vitamiin secara berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang di ginjal.
  3. Keperluan vitamin C antara 100-200mg dalam sehari dan boleh didapati dari makanan (buah-buahan dan syur-sayuran).
  4. Pengambilan vitamin C melebihi dos yang diperlukan mungkin sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan (termasuk masalah kulit) setelah dinilai melalui pemeriksaan oleh doktor.
  5. Pengambilan vitamin C dalam bentuk pil yang kebanyakannya dijual di farmasi adalah selamat kerana telah mendapat kelulusan KKM. Sementara vitamin c dalam bentuk suntikan belum lagi didaftarkan dan tidak disahkan selamat oleh KKM. Oleh itu KKM melarang penjualan. penyimpanan dan penggunaannnya.
  6. Doktor yang berdaftar dengn Majlis Perubatan Malaysia (MMC) boleh digantung atau dibatalkan pendaftaran mereka jika terlibat penyuntikan bahan yang tidak mendapat kelulusan KKM termasuk suntikan vitamin C.
  7. Saya mencadangkan agar larangan ini meliputi seluruh doktor (termasuk doktor pakar aesthetic) dan pengusaha salon. Ini memastikan penguatkuasaan larangan ini berkesan.
  8. Saya mencadangkan agar pengusaha, pembekal dan pengimport suntikan vitamin C ini dapat mendaftarkan produk mereka agar dapat dipastikan ia benar-benar selamat digunakan.
  9. Di masa akan datang setelah ia mendapat kelulusan KKM, saya mencadangkan agar pemberikan suntikan vitamin C dibenarkan kepada doktor am dan doktor aesthetic kerana mereka mempunyai kefahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan pesakit yang sesuai.
  10. Pemberian viatamin C secara megados (dos yang besar melebihi 2g) harus dielakkan kepada individu yang sihat. Ia boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan setelah mendapat pemeriksaan doktor yang diiktiraf dan pemberiannya harus dipantau oleh doktor secara berterusan.

 

 

Semoga bermanfaat. Terima kasih

 

 

Lawati facebook kami dengan klik

–> NEEDS VENUE SDN BHD

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!