Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 39)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

ASHERMAN’S SYNDROME: Lekatan Dinding Rahim

Lekatan dinding rahim Saya masih ingat bagaimana resahnya seorang ibu muda yang baru mempunyai seorang anak. Oleh kerana dia tidak bersedia untuk menerima ‘rezeki’ kedua, maka kandungan kehamilannya digugurkan beberapa bulan yang lalu. Apa yang merungsingkan beliau ialah walaupun setelah 3 bulan menjalankan proses pengguguran itu dengan menggunakan teknik D&C, dia masih lagi merasakan sakit di bahagian ari-ari (suprapubic) dan haidnya tidak menentu. Dan yang lebih merunsingkan lagi, setelah mendengar kata-kata dari rakan-rakannya, dia sering bertanya “mampukah dia mengandung semula selepas ini?” Berlainan pula dengan seorang lagi wanita muda yang mempunyai tiga orang anak. Masalahnya bermula setelah anaknya yang terakhir berumur 10 tahun itu semakin membesar. Beliau terasa sunyi dan dan mahukan seorang lagi anak. Masalah beliau ialah beliau selalu keguguran semasa kehamilan apabila umur kehamilan mencecah 2 bulan. Beliau ... Read More »

Halitosis : Pernafasan berbau busuk

Semua orang mulut berbau Ramai yang tidak menyangka pernafasan berbau busuk sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Ianya lebih ketara terutama pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali. Tahap bau busuk yang tidak terlalu serius tidak dapat dikesan oleh sistem deria bau kita. Tetapi apabila apabila ianya terlalu kuat, maka hidung kita mula mengesan bau busuk dari pernafasan kita. Bau busuk pada mulut ketika menghembuskan nafas ini dinamakan Halitosis. Bau pernafasan yang busuk akan menyebabkan reaksi yang kurang menyenangkan pada orang lain. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila otak mengesan bau busuk, ianya memaksa fizikal kita menjauhi bau ini dengan mengempiskan lubang hidung. Adakalanya ianya menyebabkan tersedak (gagging) tanpa dipaksa. Malah bagi yang sensitif, bau busuk menyebabkan rasa mual dan mahu muntah.    Semua reaksi sebegini adalah involuntary, kadang kala menyebabkan seseorang ... Read More »

Takut Pada Jarum: Benar atau Mengada-ngada?

  Sampai pitam? Semasa bekerja di hospital awam, saya pernah mengalami peristiwa, pada waktu itu saya merasakan peristiwa itu lucu. Sedang saya mengambil darah untuk ujian rutin dari seorang isteri, di hadapan suaminya, tiba-tiba saya mendengar bunyi seperti ”nangka yang masak jatuh dari dahan”. Rupa-rupanya suami si pesakit tadi pitam, melihat jarum dan darah dari jauh. Satu ketika pula ketika saya memberikan suntikan kepada seorang pegawai polis bermisai lebat di punggungnya, dia berjalan bersahaja ke ruang menunggu ubat dan tiba-tiba dia jatuh akibat pitam. Dalam kedua-dua kes itu saya membiarkan mangsa yang pitam itu terus berbaring di lantai. Ini akan memastikan darah dari tubuhnya mengalir semula ke otak. Alhamdulillah, setelah beberapa minit, mangsa yang pitam tadi telah sedar semula.   Sejauh mana kebenaran ketakutan ini? Dalam istilah perubatan ketakutan pada ... Read More »

Apakah Punca Bibir Kering?

  Bagaimana keadaan bibir yang kering? Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling). Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, berciuman, makan malah ketika bercakap. Saya cuba memaparkan kepelbagaian sebab terjadinya bibir kering. Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah). Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari. Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplex, pesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan ... Read More »

Pelvic Pain: Adakah Perlu Dibedah Segera?

Normal physiology atau penyakit ? Saya sangat simpati dengan wanita yang sering mengalami masalah sakit di bahagian abdomen bawah. Sebenarnya ramai wanita yang mengalami sakit perut (pelvic pain) dari masa ke semasa sepanjang hidup. Kesakitan sebegini ada kalanya merupakan normal physiology seorang wanita seperti senggugut dan sakit ketika melahirkan. Kesakitan seperti ini menunjukan bahawa fungsi physiology mereka adalah normal. Namun ada juga kesakitan yang terlalu parah memerlukan rawatan segera dan pembedahan. Saya berdoa setiap wanita muslimah diberikan kekuatan untuk menghadapi kesakitan seperti ini. Saya mengharap juga agar artikel ringkas ini dapat membantu wanita muslimah khasnya memahami kesakitan yang mereka alami. Artikel ini berguna agar dapat membezakan antara kesakitan yang merupkan normal physiology atau kesakitan yang disebabkan oleh penyakit yang benar dan merbahaya. Selepas ini dalam artikel ini akan menyebut kawasan ... Read More »

Multiple Myeloma: Kanser Darah Yang Jarang Berlaku

Saya diminta oleh rakan FB agar menceritakan secara ringkas tentang penyakit ini. Sepanjang ingatan saya ketika di universiti, Multiple Myeloma adalah antara topik yang diajar dalam dua kuliah yang berturutan di samping tutorial di hujung minggu. Saya perlu ingatkan artikel ringkas yang bakal dibaca bukanlah nota kuliah untuk pelajar perubatan atau artikel journal yang mengemaskinikan ilmu seorang doktor. Ianya sekadar suatu nota ringkas agar orang awam yang tidak mempelajari perubatan, boleh memahami keadaan pesakit yang menghidap penyakit Multiple Myeloma (MM). Saya mengharapkan gaya bahasa tidak menjemukan malah memudahkan pemahaman si pembaca. Selain itu saya mengharapkan pembaca memahami bagaimana MM terjadi dan bagaimana MM boleh merosakkan sistem tubuh badan pesakit. Saya pernah menerima ke masukan kes Multiple Myeloma (MM) semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pesakit itu itu berusia ... Read More »

Keguguran rambut : Fenomena Normal atau Perlu Dirawat?

  Memahami situasi sebenar   Banyak sekali soalan mengenai rambut yang diajukan kepada saya. Saya juga tidak mampu menyusun artikel ini dalam masa yang singkat disebabkan komitmen yang terlalu banyak. Terima kasih yang bertanya dan bersabar menunggu artikel ringkas ini. Terimakasih juga beberapa rakan FB yang merupakan pendandan rambut yang bertanya, memberikan input dan idea bagaimana artikel ringkas ini harus ditulis. Ilmu mengenai rambut mungkin sebanyak helaian rambut di kepala. Namun apa yang mahu saya beritahu pembaca adalah tentang masalah keguguran rambut yang bukan disebabkan penyakit jangkitan kulit kepala. Rambut sebenarnya organ ringkas yang amat dihargai oleh wanita. Namun tidak kurangnya lelaki. Walaupun lelaki tidak menjaga rambut serapi wanita, namun apabila kepala mula membotak, lelaki juga risau tentang penampilan yang berambut nipis itu. Lalu lelaki membotakkan kepala untuk menutup rasa ... Read More »

Menghasilkan susu ibu untuk anak angkat?

Tradisi lama diamal semula Menyusukan bayi oleh seorang wanita yang bukan ibu kandung telah lama dipraktiskan. Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan amalan sebegitu bukan suatu amalan yang asing. Bagi ibu yang menyusukan bayi sendiri, sudah tentu tiada masalah untuk memberikan susunya kepada bayi yang bukan anaknya, sama ada anak yatim yang kematian ibu, atau mungkin ibunya sakit tenat. Namun sekarang ini ramai gadis yang tidak berkahwin (atau andartu) dan ibu yang tidak boleh hamil, mengambil anak angkat dan mengharapkan anak itu menjadi anak susuannya bagi membolehkan mereka menjadi mahram. Kaedah syarie untuk menjadikan anak itu anak susuan boleh dirujuk kepada mana-mana agamawan. Oleh kerana saya juga mengikuti pengajian tidak rasmi (bukan di universiti bidang syariah), dan saya diberitahu bahawa ianya dibolehkan. Sekali lagi harap rujuk pada ulama, saya ... Read More »

Bahaya Berurut pada Abdomen ketika Hamil

Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB “doctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi  yang songsang?” Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan. Menjawab soalan-soalan di FB adalah sebahagian kerja amal yang saya lakukan percuma, kadang kala terpaksa mengorbankan masa untuk berehat sebentar apabila tiada pesakit yang perlukan rawatan. Maka saya amat berbesar hati apabila rakan FB yang bertanyakan soalan, menghormati masa yang saya  korban itu dengan mengajukan soalan dengan penuh kesantunan. Songsang tidak bermakna situasi bahaya Selepas menulis perkataan salam, saya bertanya ”puan sudah hamil berapa bulan? Bagaimana puan tahu anak puan songsang?” Dengan cepat dia menerangkan bahawa bukan dirinya yang hamil sebab dia masih bujang ... Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit. Read More »

Post Pill Amenorrhea: Dari Kemandulan Sementara Kepada Kemandulan Kekal

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, namun atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka menggunakan ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran. Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP). Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka sudah tidak menentu. Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah ada yang menunggu sehingga setahun dua. Namun haids mereka tidak juga muncul. Bagi seorang wanita muda, tanpa kedatangan haids membuatkan mereka ”tidak seperti wanita lain”. Kehadiran darah haids memberikan satu ... Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella ... Read More »

Plantar Fascitis menyebabkan sakit tumit

Pesakit kerap datang berjumpa saya bertanyakan tentang kaki mereka yang bengkak dan sakit. Terlalu banyak sebab yang mungkin menyebabkan kedua-dua keadaan itu. Tidak adil bagi pesakit menyoal saya bertanyakan sebabnya tanpa membenarkan saya melakukan bebarapa ujian. Antara ujian yang biasa dilakukan ialah pemeriksaan darah, untuk mengesan diabetes mellitus, rheumatoid atau rheumatic disease (dua penyakit berbeza), gouty arhtritis dan beberapa masalah sendi dan sistemic yang baik. XRAY juga harus dilakukan untuk melihat kecacatan (deformity) struktur tulang atau lebihan serpihan tulang (spur) yang mungkin melekat pada mana-mana tulang kaki. Namun apa yang sering berlaku segala ujian-ujian yang dilakukan adalah negatif. Kemungkinan kerosakan berlaku pada ligament kaki yang dikenali sebagai ligament Plantar Fascia. Kerosakan ligament ini dinamakan Plantar Fascitis. Ianya adalah masalah yag biasa berlaku pada tumit kaki. Keadaan ini berlaku apabila ligament ... Read More »

Ovarian Cyst

Sekadar berkongsi pengalaman. Saya teringat kepada seorang wanita yang dimasukkan ke wad sakit puan akibat perutnya amat besar. Pelbagai perubatan alternatif telah dicuba. Pelbagai nama juga telah diberikan kepada penykit serupa ini. Ada yang kata ”busung”, dan ada yang menamakannya sebagai ”bunting keladi” kerana wanita itu dikatakan telah hamil melebihi setahun. Apabila perbincangan dilakukan bersama dengan suaminya, saya mendapati mereka adalah keluarga yg agak sederhana dan berpelajaran. Saya amat musykil apabila rawatan moden di hospital menjadi rawatan terakhir sedangkan penyakit wanita itu sudah memasuki tahun kedua. Terlalu lama untuk membuat keputusan. Perasaan wanita itu bercampur baur, antara sedih dan malu. Malah kelihatan tertekan. Mungkin melihat layanan suaminya yang semakin pudar. Saya dapat bayangkan bagaimana seorang suami mendekati isterinya di waktu malam dengan perut yang membusung besar namun tidak pula melahirkan ... Read More »

Pudendal Nerve Entrapment

Seorang wanita mengadu suaminya iaitu seorang lelaki berumur 40an telah mengadu sakit di bahagian perutnya. Kesakitannya menjadi bertambah buruk apabila dia duduk menjalankan tugasnya sebagai seorang pengurus di sebuah kilang. Bila ditanya bagaimana sakitnya, dia menggambarkan kesakitannya seperti dihiris-hiris dan ditusuk dengan pisau. Kadang kala terasa seperti terbakar di peha di sebelah dalam, punggung, bawah abdomen dan juga bahagian kemaluan. Kerandut zakar (scrotum) nya juga menjadi sensitif sehinggakan terkena kain yang dipakai pun dia merasa terlalu sakit seperti dihiris-hiris. Saya masih teringat satu kes beberapa tahun lalu di mana seorang wanita berumur 40an mempunyai anak 8 orang, semuanya dilahirkan secara normal, vaginal delivery mengadukan masalah seakan sama iaitu dia merasa sakit di bahagian “peranakan dan saluran najis”. Kesakitannya menyebabkan dia tidak menikmati hubungan kelamin bersama suaminya selama ini, walaupun dia ... Read More »

Lendir Degil di dalam Tekak

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)? Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak. Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna ... Read More »

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

Soya dan hormone Estrogen. Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones. Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser. Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ? Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya. Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah ... Read More »

Restless Legs Syndrome (RLS)

Apakah dia Restless Legs Syndrome? RLS adalah masalah saraf (neurological disorder) di mana terdapat suatu perasaan yang tidak dapat dibendung (irresistible urge) untuk menggerakkan kaki bagi menghentikan “perasaan tidak selesa atau pelik” pada bahagian itu. Perasaan pelik itu biasanya digambarkan seperti panas terakar, gatal yang teramat sangat, mencucuk-cucuk seperti dicucuk jarum dan kadang kala kebas (paresthesias). Ada juga yang mengadu seolah-olah otot kakinya berasa sangat sakit. Ada juga menggambarkannya sebagai “ada sesemut yang merayap di bawah kulit”. Ianya seolah-olah serupa dengan masalah ketagihan narkotik,namun pesakit biasanya tidak pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini. Pesakit akan mula merasakan “kedatangan” perasaan itu apabila dia berbaring atau cuba merehatkan kakinya. “Perasaan pelik” itu akan hilang sebentar apabila ianya digerakkan secara berterusan. Adakalanya pesakit terpaksa berjalan bermundar-mandir atau menggerakkan kakinya berterusan. Kadang kala ... Read More »

Bahaya Kanak-kanak/Bayi dalam Kapal Terbang

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih, ramai di antara kita berpeluang untuk menjelajah ke banyak negara dengan kemudahan pengangkutan kapalterbang. Malah penerbangan domestik di Malaysia telah melalui fasa yang begitu maju sehingga ramai kanak-kanak di bawah umur setahun dibawa naik ke kapalterbang bersama ibubapa mereka dengan pelbagai sebab dan alasan. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa setiap kali kita menaiki kapalterbang, kita mengalami perubahan fizik yang mungkin tidak kita sedari. Perubahan fizik ini kadang kala boleh menyebabkan penumpang kanak-kanak dan bayi yang mempunyai masalah paru-paru dan jantung semenjak kecil akan mengalami kesukaran bernafas. Kanak-kanak dan bayi biasanya tidak boleh mengadu kepada ibubapanya ketika mengalami masalah ini. Namun ibubapa mampu melihat kesukaran kanak-kanak atau bayi mereka. Kesukaran bernafas ini digambarkan dengan kadar pernafasan yang meningkat (kanak-kanak itu tercungap-cungap / tachypnoic) atau ... Read More »

Keputihan (Vaginal Discharge)

APA ITU KEPUTIHAN (VAGINAL DISCHARGE) Keputihan (Vaginal discharge ) adalah satu istilah untuk cecair atau lendir yg kental yg keluar dari vagina. Ianya adalah normal kecuali jika ianya gatal, rasa seperti terbakar atau berbau. Ia dipengaruhi oleh hormone estrogen, maka apabila seseorang wanita yg menopause, keputihan akan menjadi kurang, malah berasa kekeringan. Keputihan bertambah ketika mengandung, semasa subur (ovulation), sebelum haids atau keghairahan sebelum melakukan sex. BILA KEPUTIHAN ITU TIDAK NORMAL Perlu berjumpa dgn doktor jika : Gatal pada kemaluan (vulva atau labia) Pada kulit vulva kelihatan merah, rasa terbakar, pedih. Keputihan itu menjadi lebih pekat dan berwarna kekuningan Berbau busuk Bercampur dgn darah Sakit ketika kencing atau bersetubuh Sakit perut terutama di bahagian ari2. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Keputihan bisanya berlaku pada wanita yang melakukan douching, menggunakan feminine wash secara keterlaluan, ... Read More »

Nasib Pelajar Jururawat Kolej Swasta

1000am 150310 Semasa berjumpa dengan teman-teman yang mempunyai anak gadis, saya menerima banyak rungutan dari mereka (ibubapa) tentang anak-anak perempuan mereka yang telah tamat mengikuti nursing course dari Kolej Swasta, masih lagi menganggur tanpa pekerjaan. Mungkin ada di antara mereka yang bernasib baik dapat bekerja di klinik swasta, namun tangga gaji ditawarkan hanya RM450, iaitu gaji bagi lulusan SPM bukan tangga gaji bagi lulusan diploma nursing. Ibubapa menjadi tidak puas hati kerana ketika ditawarkan kursus oleh kolej jururawat swasta ini (bukan pelajar yg memohon), mereka dijanjikan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Kononnya Hospital Kerajaan akan mengambil mereka sbg Staff Nurse (Jururawat Terlatih), namun itu semua hanyalah suatu janji manis. Ramai yang masih menganggur walaupun telah lama tamat pengajian. Semasa di tahun akhir pengajian, mereka hanya dibenarkan membuat praktikal di hospital ... Read More »

Tubuh Berangin Atau REFLUX?

1000am 240310 Saya terpinga-pinga bila seorang tua memberitahu bahawa tubuhnya penuh dgn “angin”. Mulanya saya ingatkan dia bergurau. Katanya bila diurut tubuhnya, dia akan sendawa. Banyak angin yg dikeluarkan. Menurut logiknya tentulah angin akan keluar dari dalam otot/daging apabila dipicit. Agaknya dia membayangkan tubuhnya ibarat buah limau, apabila diperah jusnya akan keluar. Namun sepanjang pengajian dahulu, dan pengalaman saya melakukan dissection pada cadaver/mayat, melakukan post mortem pada mayat yg baru meninggal dan melakukan pembedahan pada manusia yg masih hidup, tak ada pula angin yg keluar bila kulit di toreh atau otot di potong. Ini semua adalah salah faham, apabila orang yg memberi nasihat dan pendapat itu bukan org yg berilmu dan ahlinya. Pelbagai tanggapan dibuat mengenai penyakit itu mengikut logik yg mampu difikirkan. Saya percaya “angin” yang keluar ketika sendawa ... Read More »

Bilakah sakit dada merbahaya?

Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang ringgi (hypercholestrole) dan obesiti , serangan sakit jantung adalah punca utama. Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius.  Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung. Bila ianya merbahaya ? Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat. Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika sakit dada menjadi lebih kuat sakit dada tidak berkurang dengan berehat sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress. ... Read More »

Duromine Ubat Kurus

DUROMINE adalah pil diet dan merupakan ubatan yang memerlukan preskripsi. Ia adalah ubat yg digunakan untuk mengurangkan nafsu makan. Selalunya diberikan kepada mereka yg mempunyai risiko perubatan (medical risk) jika pesakit itu terus gemuk. Duromine mengandungi phentermine (synthetic stimulant) yang bertindak di otak (Central Nervous System). Oleh kerana duromine mengandungi resine, phentamine akan keluar perlahan2 ke dalam darah. Oleh itu ianya bertindak sepanjang hari. DUROMINE  harus diberikan kepada mereka yg BMInya >  30kg/m² dengan nasihat agar berat badan dikurangkan bukan saja dgn ubat, tetapi juga dgn senaman, diet yang betul (kurangkan makan berkalori tinggi).  Jika berat badan tidak dapat dikurangkan sebanyak 5% selepas memakan ubat selama 2 minggu, ianya haruslah dihentikan kerana tidak berkesan. Pesakit yg tidak boleh memakan Duromine :  tekanan darah tinggi mengalami penyakit berkaitan dengan injap jantung. ... Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya berlaku apabila pundi penuh. Selalunya apa yang dirasa ialah rasa hendak kencing (rasa pundi kencing penuh) tetapi bukanlah sakit yang teruk. Kemudian puan melepaskan kencing dan merasa lega. ... Read More »

Kesan Sampingan Ponstan

KESAN PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal) Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.   Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease. KESAN PADA KULIT   PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative ... Read More »

Actifed

Apa itu Actifed dan kegunaannya? Actifed mengandungi dua unsur iaitu chlorpheniramine dan phenylephrine. Chlorpheniramine adalah antihistamin yang mengurangkan pengeluaran natural histamnie dari mast cell di dalam badan. Histamine yg dikeluarkan akan menyebabkan bersin, gatal, selesema dan mata/hidung berair. Phenylephrine pula adalah decongestant yang akan mengecilkan saluran darah dalam hidung. Saluran darah yg mengembang akan menyebabkan hidung tersumbat (nasal congestion/stuffy nose). Actifed diberikan bagi melegakan selesema (common cold) dan seasonal allergi, mengurangkan simptom seperti bersin, gatal, selesema dan mata/hidung berair. Bagaimana menggunakan Actifed? Di Malaysia, Actifed dijual secara over the counter di farmasi, jadi bagus juga kalau saya beritahu cara penggunaannya. Dosage untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: Satu tablet setiap enam atau lapan jam.Jangan mengambil lebih dari 6 tablet dalam masa 24 jam. Setelah ubat ditelan, haruslah ... Read More »

Ketagihan Caffeine?

Di Malaysia, Caffeine bukanlah dikategorikan sebagai sejenis ubat yg terkawal, walaupun sesetengah pakar perubatan menganggap ianya adalah bahan perangsang psychotropic. Apa masalah yang biasa dihadapi oleh mereka yang biasa minum caffeine dan cuba menghentikan pengamalan itu secara mendadak? Bagi mereka yang biasa mengamalkan caffeine, peminum/pengamal biasanya akan mengalami beberapa masalah (seolah-olah ketagihan) apabila cuba meninggalkan habit pengambilannya. Tanda-tanda ini dinamakan “caffeine withdrawal”. Ramai telah mengakui apabila seseorang yang telah biasa mengamalkannya (minum caffeine setiap pagi), meninggalkan habit itu akan menjadikan diri tidak bertenaga, kekurangan inspirasi dan kadang-kala seperti ayam berak kapur apabila menunggu idea yang tidak muncul datang. (sama kesannya seperti nicotine dalam rokok). Bagaimana seseorang boleh menjadi “ketagihan” tanpa dia menyedarinya? Ramai yang tidak suka kepada istilah penagihan caffeine, namun tanda-tanda withdrawal itu sekurang-kurangnya telah menyebabkan golongan ini termasuk ... Read More »

Guillain-Barre Syndrome

  Pengenalan   Guillain-Barré Syndrome (GBS) adalah penyakit yang amat jarang berlaku, dianggarkan berlaku 1 atau 2 dalam 100 000 orang. Ianya adalah penyakit yang datang secara tiba-tiba (acute) radang (inflammatory) yang melibatkan kerosakan selaput saraf (demyelinating) yang banyak (bukan satu saraf saja). Ia adalah penyakit autoimmune yang merosakkan saraf-saraf lain selain daripada saraf tunjang (peripheral nervous system) selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman virus. GBS selalunya menyerang saraf dan selalunya corak penyakit ini disebut ascending paralysis dimana anggota yang lemah bermula di kaki dan merebak ke bahagian atas, iaitu tangan dan muka. Ianya juga melibatkan kehilangan respon reflex tendon ( deep tendon reflexes) Tanda-tanda Penyakit ini selalunya digambarkan lemah pada badan secara symmetrical ( melibatkan kedua-dua belah badan, sebelah kanan dan kiri). Ianya bermula dari kaki dahulu kemudiannya naik ke ... Read More »

Hirsutism

  Apakah hirsutism? Hirsutism adalah symptom (tanda), bukannya penyakit. Ia menyebabkan penumbuhan bulu (hair growth) secara berlebihan pada wanita di mana ianya tumbuh di kawasan yg sepatutnya tidak tumbuh seperti di muka dan di dada. Ini bermakna wanita itu berjanggut dan bermisai atau berbulu dada. Ianya menyebabkan kerisauan pada wanita dari segi kosmetik dan psikologi. Ia menandakan (symptom) bagi penyakit lain yg lebih serius. Ianya berlaku disebabkan pengeluaran hormone androgen yg berlebihan atau akar rerambut sensitif pada hormon androgen. Tanda lain ialah jerawat (acne), penambahan otot pada badan dan suara yang garau. Penyakit2 yg menyebabkan hirsutism adalah • Polycystic ovary syndrome • Cushing’s disease • Tumors pada ovari atau kelenjar adrenal • Congenital adrenal hyperplasia • HyperInsulinemia • Obesity Read More »

Selamat Datang!

Assalamualaikum.. Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi info dan pengalaman. Info ini boleh dijadikan panduan untuk berdiskusi dengan doktor yang merawat. Terserahlah pada doktor yang merawat untuk mencadangkan rawatan terbaik untuk anda sebagai pesakitnya. Saya tidak memberikan diagnosis atau mencadangkan nama ubat dalam masalah yang ditanyakan. Segala perkongsian info tidak boleh menggantikan pemeriksaan dan rawatan yang diberikan oleh doktor di klinik. Saya amat menggalakkan pertanyaaan dan saya akan menulisnya semula sebagai info kepada pembaca yang lain. Namun suka saya ingatkan bahawa saya tidak berkewajiban untuk menjawab semua soalan yang dihantar. Jika saya diberikan kelapangan masa, insya Allah saya akan menjawabnya. Tapi jika anda inginkan saya menjawab soalan anda dalam kadar segera, anda boleh ke pautan ini. ... Read More »

Nasihat : Belajarlah dengan TAWADHU’

1000am 190310  Saya diminta oleh seorang rakan FB untuk menasihatinya yang sedang belajar di tahun pertama fakulti perubatan di sebuah univerisiti di Indonesia.  Memandangkan saya telah lama meninggalkan alam pembelajaran di fakulti perubatan saya merasakan tentu banyak perubahan sistem pembelajaran sekarang. Namun ada satu yang saya pasti masih tidak berubah iatu tentang nilai. Maka saya meminta kepada adik-adik yang sedang belajar medic di mana pun jua, fahamilah tanggungjawab yang bakal anda pikul. Nilai kemanusiaan harus diterapkan ke dalam hati masing-masing. Jangan belajar medic dgn hati yg takabur. Rendahkan hati dgn mengharapkan agar Allah mengurniakan ilmu yg terbaik agar kita nanti berpeluang berkhidmat kpd masyarakat. Soal ganjaran dunia berupa wang ringgit, pengiktirafan dan jawatan, hendaklah diletakkan di luar hati, kerana bimbang ianya akan mengubah NIAT kita. Akhir sekali, nasihat org alim, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!