Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 34)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription
Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua

Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua

Bulan Ramadhan baru memasuki hari yang kedua. Di kebanyakan masjid penuh dengan jemaah yang mengimarahkannya. “Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..” “Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya. “Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..” Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya? Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya. Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Antara puncanya ialah : Berdiri terlalu lama Duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang Berat badan yang berlebihan Jika pernah berlaku ... Read More »

Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda

Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di sana menghadapi masalah ketidaksuburan. Di Malaysia, perangkaan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan sama dengan perangkaan di UK, walaupun tiada kajian yang dilakukan. Kesimpulannya, masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku di kalangan pasangan yang baru berkahwin. Mereka rasa malu dan terpencil, tetapi harus mendapatkan nasihat dan rawatan. Pada kebiasaannya 85% dari pasangan yang telah berkahwin dan melakukan jima’ secara kerap (selang 2 atau 3 hari) dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan akan hamil dalam masa setahun. Sementara 15% lagi hamil selepas dua ... Read More »

Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa

Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa

Sepanjang bulan Ramadan, ramai di kalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah yang berada di dalamnya dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil? Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya. Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudharatkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri. Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ada setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau ... Read More »

Apa Maknanya Jika Najis Terapung?

Apa Maknanya Jika Najis Terapung?

APA MAKNANYA NAJIS TERAPUNG? Saya tidak pernah memperdulikan najis saya sehingga satu hari di ruangan chatting Facebook, seorang rakan bertanyakan kepada saya, “salam…kalau najis tidak tenggelam dlm mangkuk jamban…apa penyakit dan sebab-sebabnya..?” Kembang tekak bila mengingati najis yang terapung di mangkuk najis. Namun begitu ada beberapa ‘clue’ yang memberikan gambaran tentang kesihatan seseorang berdasarkan najis yang dikeluarkannya. Najis manusia yang dikenali sebagai human faeces atau stool, dalam bahasa Inggeris, adalah bahan kumuh yang mengandungi kuman dikeluarkan melalui dubur. Oleh itu bentuk dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan diet yang diambil. Najis yang biasa selalunya berbentuk semisolid dan diselaputi oleh lendiran mucous. Sama ada najis itu terapung atau tenggelam, bergantung pada komposisi najis itu sendiri. Najis yang terapung mungkin disebabkan oleh perubahan cara pemakanan (diet), proses penghadaman yang ... Read More »

Adakah Pengambilan EPO Selamat Ketika Hamil?

“Doktor, benarkah EPO boleh memberikan manfaat kepada wanita hamil?” “Tak merbahaya ker?” tanya seorang wanita yang hamil 13 minggu dalam inbox fb saya. Ini adalah soalan yang amat sukar dijawab. Saya bertanyakan tentang manfaat evening primrose oil (EPO) kepada beberapa orang rakan yang menjadi pakar perbidanan dan mereka hanya mengangkat bahu dan tidak mahu memberikan komen. Kebanyakan pakar perbidanan mengambil jalan tengah. Oleh kerana tiada bukti yang menyokong bahawa EPO selamat digunakan ketika hamil, maka ada baiknya jika tidak mengambil EPO ketika hamil. Walaupun belum ada bukti bahawa EPO memberikan kemudharatan pada ibu dan bayi, kita juga tidak tahu kesan sampingannya dengan pasti. Ini kerana belum ada kajian yang sahih sama ada EPO selamat diambil oleh wanita hamil. Dalam pada masa yang sama belum ada lagi laporan yang menunjukkan EPO ... Read More »

Ibrar Pemakanan Rasulullah SAW: Banyakkan Serat dalam Diet

Ibrar Pemakanan Rasulullah SAW: Banyakkan Serat dalam Diet

Seorang rakan menghantar SMS menyatakan dia tidak dapat berjumpa saya dan kawan-kawan di sebuah café. Kebetulan petang itu memang beberapa orang teman berkumpul untuk berbual-bual dan berkongsi informasi baru. Rakan tadi memberitahu bahawa dia sedang berada di Jabatan Kecemasan di salah sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya lagi, kemungkinan besar dia akan ditahan di wad bagi menjalani beberapa pemeriksaan. “Apa ?? Berak darah??” … “Ini mesti perbuatan khianat. Aku tahu ini mesti santau sebab ramai orang dengkikannya. Bukankah dia tu peniaga di pasar malam?” “Tak baik menuduh. Kita tidak ada bukti dan tuduhan itu boleh jatuh pada sesiapa saja di antara kita.” Saya menggeleng-gelengkan kepala mendengar perbualan rakan-rakan. Banyak sangat melihat drama dan filem Melayu yang berkisar tentang kisah khianat, dengki dan sihir. “Apa pendapat you, doc?” Ini peluang ... Read More »

Faedah Asid Folik kepada Kesuburan dan Kehamilan

Faedah Asid Folik kepada Kesuburan dan Kehamilan

Ramai yang bertanya mengenai satu produk kesuburan yang hangat di pasaran. Produk ajaib itu ibarat cahaya yang memberikan sinar kepada pasangan-pasangan yang mengalami masalah kesuburan dan telah berkahwin bertahun-tahun lamanya. Dengan mengamalkan beberapa kotak produk kesuburan itu, banyak testimonial yang mengatakan ramai telah pun hamil dan menjadi ibu dan bapa pada anak masing-masing. Namun testimonial yang tidak diberitahu adalah rungutan pasangan yang telah mencuba beberapa kali produk kesuburan itu namun masih berada di jalan yang tidak berpenghujung. Nasihat yang saya boleh berikan ialah masalah kesuburan bukanlah masalah seperti demam dan batuk, yang hanya boleh dibelikan ubat di farmasi dan mencubanya. Banyak sebab bagi masalah kesuburan ini. Oleh itu, jika masalah kesuburan tidak serius, tentunya mengambil beberapa jenis vitamin juga mampu menyelesaikan masalah ini, dengan izin Allah. Jadi saya tidak dapat ... Read More »

Berusaha Yang Betul Tanpa Melawan Takdir

“Doktor tahu ke kalau anak saya akan cacat?” Saya terkedu dengan serangan itu. Umpama satu letupan akibat bedilan peluru berpandu ketika perang Iraq dulu. Saya baru sahaja meng’update’kan status di wall, memberitahu akan menulis kebaikan folic acid kepada bayi yang berada dalam rahem. Serangan dalam ruangan chatting FB amat mengganggu perasaan saya. “Maaf puan, saya tidak mengetahui. Semuanya dalam pengetahuan ALLAH” “Haa..tahu pun. Jadi kenapa doktor pandai-pandai bagi nasihat tentang anak yang belum lahir?’ Saya menggeleng-gelengkankan kepala. Ini pemikiran puak mana? Saya mengurut-ngurut dada. Saya percaya ini adalah wakil golongan Jabariyyah Melayu atau pembaca yang tiada asas pengetahuan agama, tetapi hanya menceduk ilmu dari sumber rambang sahaja. ‘Rezeki secupak tidak boleh menjadi segantang’ adalah antara contoh bagaimana masyarakat kita telah sekian lama diterapkan dengan pemikiran Jabariyyah. Pemikiran Jabariyyah adalah sejenis ... Read More »

Ubat ‘Sakit Gastrik’ untuk Wanita Hamil

Ubat ‘Sakit Gastrik’ untuk Wanita Hamil

“Doktor, saya tak tahan dengan pedih perut dan rasa mahu muntah.. Teruk sangat pembawakan budak kali ini. Ada tak, ubat untuk hilangkan rasa pedih perut, loya dan muntah? ” “Untuk hilangkan rasa loya dan muntah memang tidak ada, tapi kalau untuk kurangkan rasa loya dan muntah, saya boleh berikan ubatnya. Selagi berada di peringkat awal kehamilan, selagi itulah akan rasa loya dan muntah” (Pening kepala dan tidak faham dengan dialog di atas? Cubalah bezakan perkataan “hilangkan” dan “kurangkan”.) Rasa loya dan muntah disebabkan oleh peningkatan hormon hCG yang dikeluarkan oleh uri (placenta). Keadaan ini biasanya akan berlaku pada usia kehamilan di antara 5 hingga 18 minggu. Kebanyakan wanita akan mengalaminya, cuma tahap rasa loya dan muntah itu berlainan pada setiap individu. Inilah ujian yang ditempuhi oleh wanita yang hamil. Sudah tentu ... Read More »

Kegemukan Suami dan Kesuburannya

Kegemukan Suami dan Kesuburannya

Saya masih teringat peristiwa seorang kanak-kanak yang agak montel, menjerit-jerit ketika dikhatankan. Saya dan pembantu bersusah payah dalam usaha melakukannya. Apa tidaknya, tidak ubah seperti mahu menyembelih seekor kambing. Pembantu saya memegang tangan. Bapanya memegang peha agar punggungnya tetap di atas katil, sementara seorang rakan bapanya menekan dada budak itu agar tidak bergerak. Lima orang sedang ‘bergelut’ di bilik yang kecil, menyebabkan kesemua kami berpeluh. Lolongan dan teriakan budak tadi akhirnya berakhir setelah saya menyempurnakan tugas itu dengan kepayahan dan mengambil masa sejam. Bapanya berjabat tangan dan mengucapkan terima kasih. “Sebelum ini dah lima kali saya ke klinik, semua doktor menolaknya. Terima kasihlah doktor kerana mengkhatankan anak saya. Lepas tanggungjawab saya sekarang…” Saya juga menarik nafas lega. Kemudian saya menelefon seorang rakan doktor menceritakan peristiwa itu. Dia ketawa terbahak-bahak. “Biar gemuk selepas kahwin, jangan gemuk ... Read More »

Selamatkah MSG untuk Bayi dan Wanita Hamil?

Selamatkah MSG untuk Bayi dan Wanita Hamil?

Tahun lepas saya dan isteri singgah di sebuah gerai di bandar Kota Baru. Oleh kerana waktu tengah hari sudah tiba, saya memesan sup tulang bersama dengan nasi putih. “Emm..sedapnya sup tulang ni. Boleh minta resepi untuk kita cuba di JB..” Saya menghirup baki sup di mangkuk. Ketika membayar, saya memanggil isteri saya dan memintanya mengenalpasti bahan-bahan masakan di dalam mangkuk-mangkuk yang tersedia sebelum ia ditambahkan dengan sup panas. “Padanlah sedap, dia sudah sediakan sesudu MSG bagi setiap mangkuk..” Cerita MSG tidak berhenti di situ saja. Baru-baru ini saya ditemui seorang wanita hamil di pusat kesihatan. “Saya amat bimbang dengan makanan yang dijual di kantin tempat saya bertugas. Semuanya berminyak. Agaknya penuh dengan MSG. Saya takut nak makan.” Beliau yang bekerja di pejabat kerajaan negeri di Johor Bahru, mengadu kepada saya ... Read More »

Komplikasi Rawatan Gigitan Lintah

Komplikasi Rawatan Gigitan Lintah

“Doktor, saya nak marah ini. Kenapa leher anak saya berdarah tak berhenti-henti. Saya nak samanlah..” Saya terpaku apabila mendengar perkataan saman. “Masa buat rawatan, sudah diberitahu tentang risiko?” “Manalah diberitahu. Dia cuma kata boleh keluarkan darah kotor. Ini darah bersih pun keluar. Sudah tiga hari tidak berhenti…” Sama ada percaya atau tidak, saya pernah merawat seorang gadis yang datang ke pusat kesihatan di tempat saya bertugas kerana dia mahu menghentikan pendarahannya di leher. Ia bermula tiga hari sebelum itu apabila gadis ini bersama ibunya cuba mendapatkan rawatan alternatif lintah kerana selalu menghidap sakit kepala. Perawat yang hanya berkelulusan SPM itu, dan gagal dalam mata pelajaran Sains Paduan itu mengatakan lintah boleh menyedut darah kotor yang menyebabkan sakit kepala. Sakit kepala pun tidak sembuh, ditambah pula pendarahan yang tidak berhenti berlaku ... Read More »

Mengapa Selalu  Mengantuk Di Siang Hari

Mengapa Selalu Mengantuk Di Siang Hari

Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya. “Dalam satu hari berapa cawan minum nes ?” “Saya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk” “Teruk sangat ke rasa mengantuk?” “Mana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je kelopak mata ini. Tak boleh buka mata langsung. Pernah sekali hampir berlaku kemalangan jalan raya kerana terlalu mengantuk. Satu ketika pula, saya tertidur bila berhenti di simpang lampu isyarat. Saya terjaga bila terdengar bunyi hon kuat dari kereta di belakang” Saya mengangguk-angguk kepala. Saya percaya bahawa keadaan rakan saya ini memang teruk. Keadaannya dinamakan sebagai “hypersomnia”. Mengikut penulisan bertajuk “Hypersomnia — causes, adults, drug, person, people, used, effect, Definition, Description, Causes and symptoms, Demographics, Diagnosis, Treatments, Prognosis”, oleh laman web Minddisorders.com ... Read More »

Mengapa Rawatan Kesuburan Sering Gagal?

Mengapa Rawatan Kesuburan Sering Gagal?

Ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan kecewa dengan rawatan kesuburan yang mereka jalani. Mereka kecewa kerana rawatan itu terlalu panjang waktunya, sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini bermakna mereka terpaksa mengambil cuti bagi setiap hari temujanji, selain ‘letih’ memakan ubat atau disuntik dengan suntikan hormon setiap hari. Rawatan kesuburan memang mengambil masa yang panjang di samping memerlukan wang yang banyak dan kesungguhan diri. Ia benar-benar menguji hati kita, sama ada ‘kita betul-betul berusaha semaksima yang mungkin’ sebelum menyerahkannya kepada takdir Allah atau kita berpuas hati dengan apa saja ketentuan yang Allah berikan tanpa berusaha. Rawatan kesuburan bukan seperti rawatan untuk ‘demam dan selsema’ yang mudah dirawat dan cepat menampakkan kesembuhannya. Saya sendiri melihat ramai pasangan yang berputus asa, terutama di pihak lelaki. Padahal pihak lelaki tidak perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan ... Read More »

Perlukah Ubat Cacing untuk Anak?

Penulisan saya kali ini akan memberitahu kepentingan memberikan ubat cacing pada kanak-kanak.   Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.   Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai.   Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.   Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga ... Read More »

Kehamilan dan Fibroid

  Ramai ibu-ibu yang hamil tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahem. Fibroid biasanya dijumpai secara ‘tidak sengaja’ semasa pemeriksaan ultrasound ketika doktor sedang memeriksa fizikal bayi dalam rahem. Soalan yang sering ditanya adalah, adakah fibroid itu merbahaya pada pada ibu dan bayi dalam rahem? Kedudukan dan saiz fibroid Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin. Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor tentang kedudukan, saiz dan bilangan fibroid semasa menjalani pemeriksaan ultrasound kerana ini akan membuatkan seseorang wanita hamil itu lebih berhati-hati. Walaupun fibroids selalunya akan membesar saiznya ketika hamil, namun ... Read More »

Bahayakah Puting Getah Pada Anak?

Bahayakah Puting Getah Pada Anak?

Memberikan puting getah (pacifier) pada bayi dianggap sebagai satu amalan yang tidak sihat. Apatah lagi kebersihannya tidak dijaga. Saya pernah melihat bagaimana pacifier yang jatuh di atas lantai hanya dikesat atau disapu pada baju ibunya dan kemudian diberikan semula kepada bayi. Pacifier juga dikatakan sebagai penyebab pada pembentukan gigi yang tidak cantik. Keadaan jonggang biasa dikaitkan dengan pengamalan menghisap puting getah atau menghisap ibu jari di kalangan kanak-kanak. Atas alasan itu saya tidak memberikannya pada anak-anak saya. Namun beberapa penulisan perubatan baru-baru ini telah mengubah pendirian saya. Akademi Perubatan Kanak-kanak Amerika, American Academy of Paediatric (AAP) telah memberikan ’lampu hijau’ pada penggunaannya. Ini bermakna penggunaan puting getah tidak merbahaya pada bayi. Terserahlah pada ibubapa untuk mengimbangkan kebaikan dan keburukannya.   Sejarah penggunaannya yang lama Puting getah, dalam bahasa Inggeris disebut sebagai dummy, pacifier ... Read More »

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana mereka yang beribadat mengerjakan umrah dan berpuasa di Mekah dan menghidupkan malamnya di sana, walaupun di sebalik keterbatasan syari’e yang kita hadapi. Pandangan ulama Sebelum saya memberikan pandangan dari sisi ... Read More »

Bahan Merkuri dalam Produk Kosmetik

Ramai wanita di Malaysia masih tidak menyedari tentang kehadiran merkuri dalam produk kosmetik mereka. Malah ramai yang tidak mengetahui kesan merkuri pada kesihatan mereka pada jangka masa yang panjang. Pada tahun ini sahaja banyak negara telah mengharamkan penggunaan merkuri dalam kosmetik. Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik mencerahkan kulit muka. Ia dijual dalam bentuk krim, losyen atau sabun. Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan produk ini mengandungi antara 2-10% merkuri bagi setiap berat produk itu. Produk kosmetik ini telah dijual di negara Afrika, Asia dan Amerika Latin di mana ia mengandungi kandungan merkuri yang lebih banyak, antara 660-57 000 bahagian dalam sejuta (ppm). (1) Namun apakah yang menyebabkan ramai wanita di dunia ketiga mengguna produk kosmetik yang merbahaya ini? Mengikut satu kajian seramai 60% pengguna di Asia menggunakan produk ini kerana mereka mahukan ... Read More »

Melatih Anak Hindari Tabiat Kencing Malam

Melatih Anak Hindari Tabiat Kencing Malam

Tabiat kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing yang tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil bagi kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun. Oleh itu jika kanak-kanak itu berumur kurang dari 5 tahun, tabiat kencing malam masih boleh diterima. Ini adalah kerana apabila pundi kencing mereka mengumpulkan air kencing di waktu malam, otak mereka belum dilatih untuk memproses rangsangan itu bagi mengejutkan kanak-kanak itu untuk bangun dan membuangnya di bilik air. Malah ada kanak-kanak yang berjaya melatih diri mereka pada umur yang lebih awal. Ia adalah sebahagian dari proses pembesaran kanak-kanak itu, maka janganlah disalahkan kanak-kanak itu. Apabila kanak-kanak itu telah berumur 5 tahun ke atas dan mula memasuki sekolah tadika, pada kebiasaannya mereka telah dapat mengawal tabiat kencingnya pada waktu malam. Tetapi jika masih lagi kencing malam di ... Read More »

Diabetic Neuropathy: Kerosakan Saraf di Kalangan Pesakit Diabetis

Bagi pesakit diabetis, pernahkah kulit kaki anda berasa sakit apabila menyentuh sarung tilam di katil? Atau tiba-tiba jantung berdegup laju ketika anda rehat? Atau jika anda seorang lelaki, anda tidak mampu lagi menunaikan tanggungjawab sebagai suami bersama isteri kerana ‘mati pucuk’? Semua masalah ini biasa diceritakan oleh pesakit diabetis akibat kerosakan saraf yang dikenali sebagai diabetic neuropathy. Hampir  separuh pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf akibat beberpa faktor yang akan disebutkan nanti. Sebelum itu elok juga jika saya sebutkan bahawa dalam tubuh kita terdapat beberapa jenis saraf. Diabetes akan merosakkan saraf-saraf ini bergantung kepada jenisnya, iaitu: Peripheral Neuropathy, iaitu kerosakan saraf yang menjaga deria rasa dan pergerakan otot di bahagian tangan, jari, kaki dan jari kaki; Autonomic Neuropathy, iaitu kerosakan saraf yang menjaga organ yang kita tidak dapat mengawal pergerakan organ ... Read More »

Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah

Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga. Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah. Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer. Beberapa jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan: Fasting blood sugar (FBS) atau pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam. 2-hour postprandial blood sugar (2HPP) atau pemeriksaan ... Read More »

Nyanyuk di Usia Muda

Nyanyuk di Usia Muda

Selalunya seseorang dikatakan mengalami penyakit nyanyuk apabila dia mula mencapai umur 65-70 tahun. Namun apa yang terjadi kepada rakan saya, seorang agen unit amanah yang berjaya, dia mengalami beberapa kelupaan yang merisaukan. “Doc, satu malam saya balik ke rumah. Oleh kerana kepenatan dan terasa mahu minum teh panas, jadi saya memasak air di atas dapur. Saya buatlah air teh dengan mencurahkan air dari atas dapur.” Saya menanti dengan penuh minat. “Pada pukul 4.30 pagi isteri saya menjerit. Dia memarahi saya kerana lupa menutup tombol dapur gas sepanjang malam. Mujur isteri saya bangun untuk membuatkan susu pada anak kami..” Saya mendiamkan diri. Mungkin dia lupa kerana terlalu penat. “Beberapa hari lalu I marahkan kerani I sebab terdapat satu aliran keluar dalam akaun syarikat. Penyata bank menunjukkan ada aliran keluar sebanyak RM5000 ... Read More »

Penerangan Umum Mengenai Ketagihan Seksual

Rakan FB saya, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil meluahkan kebimbangannya terhadap email yang baru diterima. Saya menyalin luahan dari wall FB beliau. “Berpuluh-puluh emel saya terima dengan kes yang sama. Anak muda yang soleh, tak pernah tinggal solat semenjak aqil baligh, tetapi ketagihan pornografi, merutin diri dengan masturbasi, dan aktif naik ke pentas memberi tazkirah dakwah. Meminta tolong daripada saya, Wallahi saya tak tahu nak nasihat apa, malah derita jiwa memikirkan anak-anak saya pula!” Begitu juga keluhan Ustaz Zaharudin Abd Rahman dalam blognya. “salam ustaz, ustaz macamana hendak berhenti dari masturbasi dan menonton filem lucah, padahal saya sembahyang cukup. Adakah selama ini Allah tidak terima ibadat saya?” Malah ada yang cuba beralasan kononnya bermasturbasi untuk mengelakkan zina, padahal masturbasi sebenarnya mendekatkan diri dengan zina. Pelbagai alasan lagi yang diberikan. “Assalamu alaikum ... Read More »

Obesiti Pelajar Direkod dalam Kad Laporan

Obesiti Pelajar Direkod dalam Kad Laporan

Saya amat mengalu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah obesiti atau kegemukan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. KKM mencadangkan agar indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Pada saya ini akan menarik perhatian ibubapa tentang ‘masalah kesihatan’ anak mereka. Ramai ibubapa tidak menyedari anak-anak mereka mula mengalami obesiti. Tidak dapat dinafikan juga penjualan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan di kantin sekolah, juga menyumbang kepada masalah kesihatan pada kanak-kanak. Ia perlu dihentikan segera. Kadangkala saya gelihati melihat telatah ibubapa. Apabila saya memberitahu ibubapa bahawa anak mereka harus mengurangkan ‘ayam goreng’ dalam menu hidangan kerana berat badan yang berlebihan, ibubapa akan berpaling ke arah anak mereka dan menyalahkan mereka pula. “Dengar ... Read More »

Punca Keguguran Rambut di kalangan Wanita

Ramai wanita yang mengalami masalah keguguran rambut yang menyebabkan rambut mereka semakin menipis. Kebanyakan wanita hanya membeli ubat dari sengseh atau farmasi tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada dirinya. Adakah mereka hanya mengalami masalah keguguran rambut sahaja atau keguguran rambut itu tanda bagi ‘penyakit yang lebih serius’? Ada wanita tidak menyangka keguguran rambut mereka sebenarnya disebabkan oleh masalah yang serius sehinggalah tanda-tanda lain penyakit itu muncul. Jadi buatlah pemeriksaan sebelum masalah keguguran rambut ini menjadi kronik dan sukar dirawati. Jika awal berjumpa doktor, keadaan ini dapat dirawat dengan lebih baik. Masalah keguguran rambut ini melibatkan 5% wanita yang berumur kurang dari 30 tahun dan hampir 60% wanita berumur 70 tahun. Keguguran rambut yang dihadapi oleh wanita amat berlainan dengan botak yang dihadapi oleh kaum lelaki. Ia dikenali sebagai androgenetic ... Read More »

Wajibkah Uri Bayi Ditanam?

Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahem. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Oleh itu uri adalah ‘sebahagian dari organ’ dalam proses pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan, uri akan keluar bersama-sama bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. Selepas itu uri tidak ada lagi peranan. Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya najis. Ia sama hukumnya seperti kaki yang terputus dari tubuh badah. Hukumnya najis. Ia harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak berlebih-lebihan. Uri ditanam ke dalam tanah  dan tidak boleh dibakar. Maka kewajiban bagi ibubapa untuk menuntut uri dari jururawat bertugas apabila anak mereka dilahirkan. Pihak ... Read More »

Merawat Luka Pembedahan

Merawat Luka Pembedahan

Saya mempunyai banyak pengalaman bersama pesakit yang telah menjalani pembedahan. Sepanjang lima tahun saya bekerja di wad pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, banyak teknik dipelajari yang kadangkalanya dikutip dari pengalaman. ”Entah apa-apa nurse kat pusat kesihatan tu. Cuci luka bapa saya cincai je. Lambat baik. Geram saya. Kalau dia orang tak nak kerja, baik balik saja” Baru-baru ini seorang lelaki yang berjawatan tinggi di sektor swasta mengeluh kepada saya. Melepas geram. Saya mengangguk-angguk kepala saja. Perlahan-lahan saya membaringkan bapanya yang berumur 62 tahun di atas katil pesakit. ”Sudah dua bulan. Luka masih macam ni !” Saya membuka balutan luka dan mendapati luka pembedahan laparotomy nya ’ternganga’ besar. Bagaikan kawah letupan gunung berapi. Nanah, lendir dan darah bercampur di dasar ’kawah’ itu. ”Awak yang menjaga dan membawa bapa setiap hari ... Read More »

Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri

Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima’ suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (Sexual Health), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja. Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja teringin mencubanya. Saya amat bimbang, terutama remaja lelaki. Namun setelah saya ditanya oleh beberapa soalan yang luar biasa dari beberapa orang sahabat FB, yang mendakwa hubungan suami-isteri menjadi tegang, maka saya hanya berserah kepada Allah agar penulisan saya tidak disalahtafsirkan atau memberikan kesan buruk kepada masyarakat. “Doktor, setiap malam saya amat fobia untuk masuk ke bilik tidur. Saya bimbang akan menghampakan permintaan isteri. Ini kerana saya mengalami premature ejaculation” “Doktor, isteri saya mulai melayan lelaki lain. Ramai lelaki yang menggodanya ... Read More »

Cara Mengurang Kesakitan & Bengkak pada Payudara

”Doktor, saya mengalami penyakit yang pelik. Saya merasa sakit pada ke dua-dua belah payu dara saya. Seolah-olah seperti ditekan, direntap dan bengkak. Ia berlaku pada bulan mengambang dan berulang-ulang untuk 2-3 bulan. Banyak tempat saya telah pergi untuk rawatan. Doktor di semua klinik mengatakan saya tidak mengalami apa-apa sakit. Hanya mainan perasaan” “Kemudian suami saya membawa saya kepada satu rawatan tradisonal Melayu. Bomoh yang merawat mengatakan kemungkinan saya didengki seorang perempuan kerana payu dara saya lebih besar darinya. Mengikut kata bomoh itu lagi, perempuan ini menghantar ’santau bulan’, jadi apabila bulan mengambang, saya akan berasa sakit pada payudara saya.” Saya menggeleng-geleng kepala membaca mesej di inbox facebook saya. Tidak habis-habis percayakan bomoh. Namun saya tidak boleh menyalahkan pesakit itu kerana ‘doktor yang memeriksa’ mengatakan dia tidak mengalami apa-apa penyakit. Entah ... Read More »

Apa yang Perlu Ada dalam ‘Air Mineral’?

Apa yang Perlu Ada dalam ‘Air Mineral’?

Ramai yang keliru dengan pelbagai jenama air mineral yang ada di pasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu yang mana yang harus saya pilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa di hujung lidah saya. Air mineral yang ‘sedap’ diminum, itulah jenama pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mempunyai kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Apatah lagi jika air yang berisipadu 500ml dibayar dengan nilai 1 ringgit. Bayangkan kalau ada pengilang yang hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang dikeluarkan tidak berbaloi. Perbincangan ini menjurus kepada kandungan mineral yang sepatutnya ada dalam air mineral.   Apa sebenarnya air mineral? Di Malaysia semua pengilang yang mempunyai lesen membotolkan air ... Read More »

Kesan Kaffein Kepada Kesuburan Wanita

Kesan Kaffein Kepada Kesuburan Wanita

Saya ditanya tentang kaitan kesuburan dengan pengambilan kaffein. Dalam penulisan kali ini saya memfokuskan kesan kaffein terhadap kesuburan wanita dan risiko keguguran. Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, tentunya kaffein tidak memberikan apa-apa kesan. Bagaimana pula dengan pasangan yang telah lama berkahwin dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata? Nasihat saya, amalan meminum kaffein harus dihentikan bagi lelaki dan wanita. Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus. Kajian itu dijalankan pada tahun 1999 terhadap 100 orang wanita yang tidak mengamalkan minum kopi berbanding dengan wanita yang minum kopi. Mereka mendapati wanita yang tidak minum kopi mempunyai kebarangkalian untuk hamil seanyak 26.9 dalam 100 kitaran haids, sementara peminum kopi pula sebanyak 10.5 kehamilan dalam ... Read More »

Mengapa Bulu Mata Selalu Gugur?

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang pesakit wanita mengenai bulu matanya yang sering gugur. Walaupun kehilangan bulu mata tidak begitu jelas, namun saya memahami perasaan seorang wanita. Kehilangan sehelai bulu mata sudah cukup membuatkannya aneh dan runsing. Mungkin sebagai lelaki, saya menganggap keguguran itu remeh, tetapi amat dirasakan oleh seorang wanita. Kecantikan adalah senjata utama bagi memikat hati suami. Bulu mata (eyelashes) adalah sebahagian dari bulu yang tumbuh pada badan seseorang. Ia berfungsi sebagai struktur yang menghalang habuk daripada memasuki mata di samping menambahkan kecantikan seseorang. Seperti rambut, bulu mata akan gugur setiap hari. Ia adalah perkara yang normal. Tidak ada yang pelik tentang itu. Ia juga bukan suatu penyakit. Bulu mata yang gugur akan tumbuh semula. Keadaan ini dinamakan madarosis. Namun begitu jika keguguran bulu mata berkaitan dengan penyakit ... Read More »

Kimia Toksik dalam Permainan dan Peralatan Bayi

Tanpa kita sedari banyak pencemaran toksik merbahaya berada di dalam rumah kita. Paling membimbangkan ialah bayi-bayi kita terdedah secara langsung kepada pencemaran ini. Sebelum ini saya ada menulis tentang bahaya pencemaran sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai BPA yang terdapat pada botol susu plastik. Kini saya cuba membawa beberapa kerisauan badan-badan bukan kerajaan tentang beberapa bahan-bahan kimia merbahaya lain yang ‘dekat’ dengan bayi kita. Belum banyak kajian saintifik mengenai kesan buruk pencemaran bahan kimia ini jika terdedah pada jangkamasa yang panjang. Malah bahan-bahan kimia ini menyebabkan banyak ‘penyakit-penyakit misteri’, telah dikategorikan sebagai “penyakit yang tidak diketahui sebabnya” atau unknown caused disease. Para doktor sibuk mencari ‘apakah bakteria dan virus’ yang menjadi punca penyakit bayi di wad, hingga terlupa akan punca penyakit sebenarnya adalah pencemaran kimia berbahaya. Lalu akhirnya bayi itu ... Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh itu lakukanlah pembersihan gigi dan pemeriksaan dental setiap tahun walaupun sedang hamil. Ia selamat, malah digalakkan. Ada beberapa kajian yang mengaitkan jangkitan di dalam mulut dan gusi pada wanita hamil ... Read More »

Harapan untuk Dapatkan ‘Muka’ Semula

Saya amat kagum dengan kepakaran yang dimiliki oleh satu pasukan pakar pembedahan di Hospital Brigham dan Wanita di Boston. Saya percaya ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh Allah kepada Dr Bohdan Pomahac yang mengetuai pasukan ini adalah satu rahmat dari-NYA. Masakan tidak beberapa kes kerosakan muka yang teruk telah berjaya dipuilihkan dengan izin Allah. Sebelum ini James Maki telah berjaya dibedah pada 9 April 2009 di hospital yang sama. Walaupun James Maki memerlukan beberapa pembedahan plastik seterusnya, namun wajah barunya tetap lebih baik dari ‘muka tanpa wajah’ sebelum ini. Kali ini seorang pekerja pembinaan,  Dallas Wiens, berumur 25, telah menjalani pembedahan untuk pemindahan hidung, bibir, kulit, otot muka dan saraf dari seorang penderma tisu yang baru meninggal dunia. Dallas mengalami musibah yang amat ngeri dan dahsyat apabila dia terlanggar wayar ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!