Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 3)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

sakit kepala selepas makan ubat gastrik panto

SAKIT KEPALA SELEPAS MAKAN UBAT GASTRIK PANTO. ¬†   Assalamualaikum Dr Zubaidi. Doc saya ingin bertanya, saya ada gastrik baru-baru ini. Saya buat scop, doc kata ada radang. Doc bagi ubat panto saya tapi tidak boleh makan kerana saya alami pening yg amat teruk. Ada kah ubat lain yang sesuai. Saya juga mempunyai penyakit hyperthyroidism dan makan ubat proponolol dengan carbimazol. Saya buntu doc sebab saya tak tahan dengan tindak balas ubat. Apa perlu saya buat? Harap doc dapat selesai masaalah saya. Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM   Puan ada masalah penyakit hyperthyroidism (masalah berlebihan hormone thyroid yang menyebabkan rasa berdebar, tangan menggigil, berpeluh kuat, emosi tidak menentu, cepat lapar dan beberapa gelaja lain).   Baru-baru ini puan mengalami rasa pedih ulu hati dan telah melakukan pemeriksaan skop OGDS bagi memeriksa ... Read More »

Pedih ulu hati, GERD atau gastritis?

GERD ATAU GASTRITIS?   Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pendapat dan nasihat Dr berkenaan dgn masalah perut saya meragam dan berangin.Bila waktu pagi apabila bangun tidur perut saya akan berasa pedih sangat bahagian atas antara pusat dan uluh hati. Setiap kali perut saya pedih saya akan minum air jarang tetapi jadi lagi pedih dan sejuk di perut. Setiap kali selepas saya makan saya akan berasa mulut saya pahit dan kelat. Sy cuma makan ubat Magnesium Trisilicate dan Ranitidine utk angin dan gastrik setiap hari hampir 1bulan. Boleh doc beri pendapat berkenaan dgn masalah saya. Terima kasihūüėä   WALAIKUMUSALAM.   Puan telah lama mengalami masalah di bahagian abdomen terutama di bahagian ulu hati. Berkemungkinan ia berkaitan dengan masalah perut puan berdasarkan aduan-aduan yang puan kemukakan.   Puan juga telah diberikan ... Read More »

hfmd boleh membawa maut jika..

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA..¬† ¬†   Inilah adalah intervieu saya dengan RADIO SALAM pada Khamis 11 Ogos 2018 730am.   Alhamdulillah, ¬†Kementerian Kesihatan Malaysia pada laporan berita 5 Ogos 2018 telah merekodkan penurunan kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Hal ini telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Sebanyak 770 kes jangkitan baharu dilaporkan, menurun 19.1 peratus berbanding 952 kes pada Khamis 2 Ogos 2018 yang lalu.   Walaupun terdapat penurunan laporan, bukan bermakna wabak ini telah tamat. Setiap hari ada laporan jangkitan baru. Cuma kadar jangkitan semakin menurun, seperti mana dilaporkan.     Apakah punca penyakit ini?   Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand, Mouth, Foot Disease, HFMD) disebabkan oleh sejenis virus dalam kumpulan ... Read More »

rawatan alternatif untuk senggugut

RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT   Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, adakah EPO boleh diambil oleh remaja berusia 13 tahun? Anak saya mengalami masalah senggugut yang kuat. Ada alternative tak, selain ambil ubat tahan sakit untuk hilangkan¬† rasa senggugut? Terima kasih.   WALAIKUMUSSALAM   Puan mempunyai anak gadis remaja yang mempunyai masalah senggugut yang teruk. Masalah senggugut di kalangan remaja biasa berlaku dan bukan disebabkan oleh masalah lain yang berbahaya. Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit. Jika berulang, elok juga dibawa untuk pemeriksaan doctor bagi memastikan ia bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius.   Saya juga tertarik dengan penggunaan EPO. Evening Primrose Oil adalah ekstrak minyak dari tumbuhan yang dikenali sebagai evening rose yang banyak ditanam di Amerika Utara dan Eropah dan beberapa negara ... Read More »

upt tidak jelas

UPT TIDAK JELAS ¬† Salam Dr. Zubaidi. Maaf mengganggu. Boleh ke saya nak kepastian. (Rujuk gambar). Kalau line mcm ni.. adakah maksud saya hamil? Sbb dia agak samar tak jelas dan tak terang. Terima kasih. ¬† WALAIKUMSALAM . ¬† Antara punca keputusan UPT tidak terang ialah: ¬† 1. Alat UPT yang digunakan tidak sensitif pada kepekatan hCGH yang rendah. ¬† 2. Terlalu awal melakukan ujian UPT. Saya cadangkan 6 minggu dari tarikh haid sebelumnya atau 2 minggu dari tarikh sepatutnya haid. ¬† 3. Tidak hamil. ¬† Jadi saya cadangkan: ¬† 1. Gunakan alat UPT yang lebih sensitif dan lebih baik yang boleh dibeli di klinik atau farmasi. ¬† 2. Tunggu pada tarikh yang saya sebutkan tadi. ¬† 3. Buat pemeriksaan ultrasound bagi mengesahkan kehamilan. ¬† ¬† Semoga bermanfaat. ¬† Bagi ... Read More »

essential oil bagus memberikan ketenangan

PENGGUNAAN ESSENTIAL OIL (EO) SANGAT BAGUS UNTUK MENENANGKAN ANAK   Kita tidak sedar anak kita mungkin mengalami kerisauan. Ramai di antara anak-anak yang mengalami masalah kerisauan yang kadang kala kita tidak perasaan. Pergaulan bersama dengan rakan-rakan, komunikasi dengan orang dewasa, pengaruh TV dan video, pengalaman yang dilalui ketka bermain atau dalam perjalanan ke sekolah dan banyak lagi perkara yang mereka lalui sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran mereka.   Bayangkan pagi tadi dia dimarahi oleh seorang dewasa di perkarangan sekolah, atau seorang guru memberi amaran agar menyiapkan kerja sekolah yang belum lagi disiapkan atau terbayang imej yang menakutkan di layar TV.   Kita sudah pasti tidak menyedari anak kita mungkin dalam kebimbangan atau trauma.   Pengalaman sendiri ketika kanak-kanak tentu memberikan gambaran tentang perasaan kita sewaktu itu. Saya masih ingat ketika remaja. ... Read More »

ambil paracetamol ketika menyusukan anak

BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK?     ‚ÄúAssalamualaikum doktor.Saya ingin bertanya adakah ibu demam yang menyusu anak boleh mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doctor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan. Terima kasih‚ÄĚ   WALAIKUMUSALAM   Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.   Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama ada hamil, menyusukan anak atau tidak ialah satu atau dua biji tablet 500mg, setiap 4-6 jam. Dos maksima yang dibenarkan untuk orang dewasa adalah 8 ... Read More »

durian antara sihat dan nikmat

DURIAN ANTARA SIHAT DAN NIKMAT¬†   Berikut adalah temuramah saya dengan wartawan Harian Metro pada 30 Julai 2018¬†   1 . Boleh Dr jelaskan bahan-bahan¬† nutrisi atau zat yg terdapat dalam durian dan apakah kepentingan nutrisi ini? ¬† Durian (Durio zibethinus) adalah buah tempatan yang enak dan bernutrisi. Ramai yang memakan durian kerana rasanya yang manis dan berlemak. Oleh itu kita selalunya mengambil isi durian dalam kadar yang berlebihan, tanpa mengetahui manfaat dan keburukannya.   Secara amnya. isi durian mengandungi 65% air, 27% karbohidrat termasuk 4% adalah serat, 5% lemak dan 1% protein.   Satu cawan (250gram) isi durian mempunyai 360 kCal yang kebanyakannya dari lemak dan karbohidrat. Berdasarkan keperluan tenaga seorang dewasa, pengambilan secawan isi durian (atau 2-3 ulas durian) hampir memenuhi keperluan kalori yang diperlukan oleh seseorang untuk ... Read More »

kenapa saya mengantuk walau minum kopi sebelum tidur?

KENAPA SAYA MENGANTUK WALAU MINUM KOPI SEBELUM TIDUR?     Setiap cawan kopi yg kita minum mempunyai kandungan kafein yg berbeza. Lebih penting lagi setiap individu mempunyai kedan kafein yg berbeza. Ramai yg minum kopi kerana untuk mendapat rasa segar kerana merangsang otak dan menyebabkan jantung berdegup laju.   Tetapi tidak semua org mendapat kesan yg sama. Sebagai contoh ada orang yg minum secawan kecil kopi pd waktu maghrib lalu tidak dapat tidur sepanjang malam, tetapi ada juga yg tiada masalah untuk tidur fgn nyenyak.   Ini kerana terdapat satu gene PDSS2 yg mempengaruhi bagaimana kafein diproses dalam tubuh. Mereka yg ada gene ini akan memproses kafein dengan lebih perlahan dan lambat dicernakan sehingga menyebabkan tahap kafein dalam tubuh kekal dalam kadar yg tinggi.   Ini menyebabkan kesan kafein berlaku ... Read More »

makan durian dengan selamat

MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya. ¬† ¬† PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja. ¬† MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil. ¬† Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi. ¬† Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih. ¬† Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka durian itu. ¬† Baka berkualiti tinggi seperti D24 dan Musang King lebih sedap, rasa berlemak dan kandungan karbohidratnya juga tinggi. ¬† ‚ÄúDurian mengandungi vitamin C dan B serta mineral potassium. ... Read More »

suntikan vaksin thyphoid ketika hamil

SUNTIKAN VAKSIN TYPHOID KETIKA HAMIL ¬†   Assalammualaikum Dr, saya mahu¬† tanya. Saya baru saja ambil suntikan Typhoid untuk berniaga kedai makan, selepas suntikan¬† baru saya tahu yang hamil tidak boleh terima suntikan ni.¬† Jadi¬† mcm mana ya doc. Saya bimbang kehamilan saya. Apa patut sy buat ya? Saya hamil hampir 3 bulan. Terima kasih.   Wa‚Äôalaikum mussalam   Di Malaysia suntikan vaksin thypoid diwajibkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tukang masak, penghidang makanan atau pencuci pinggan. Tegasnya semua pekerja yang mengendalikan makanan di restoren.   Vaksin ini juga biasa diberikan pelancong ke negara yang mempunyai masalah endemic penyakit thypoid. Apa maknanya endemic? Ia bermakna negara itu mempunyai risiko kebarangkalian untuk menghadapi epidemic (wabak) penyakit berjangkit kerana sebilangan penduduknya adalah pembawa penyakit ini. Pelancong ... Read More »

Mahu Hamil dengan Ekstrak Kacip Fatimah

MAHU HAMIL DENGAN EKSTRAK KACIP FATIMAH Salam Dr Zubaidi, nahu bertanya. Dr masih jual lagi ke produk Kacip Fatimah? sudah 5 tahun berkahwin, tapi masih belum ada rezeki untuk hamil.¬†ini kakak saya ada cuba produk ni, alhamdulillah dia hamil selepas 1 botol makan. Jadi saya ingat nak cuba. Terima kasih.     Walaikumusalam. Alhamdulillah. Gembira saya mendapat tahu kakak puan hamil setelah mencuba mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah yang menjadi asbab menyelesaikan masalah beliau. Bagi masalah kesuburan, saya mencadangkan puan dan suami menjalankan pemeriksaan doktor dulu bagi mengetahui punca masalah yang dialami. Masalah kesuburan ini boleh disebabkan oleh pihak lelaki dan juga oleh pihak perempuan.   Namun bagi mereka yang belum bersedia berjumpa untuk berjumpa dengan pakar kesuburan, mungkin atas faktor kewangan atau kesibukan kerja, boleh mencuba Ekstak Kacip Fatimah bersama ... Read More »

vitamin E membantu kerosakan pada tulang rawan sendi lutut

VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT     Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera.   Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut.   Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.   Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. Lipid peroxidation, glutathione, vitamin E, and antioxidant enzymes in synovial fluid from patients with osteoarthritis. Int J Rheum ... Read More »

hamil selepas terlanjur dan guna postinor

HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR   Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini.     Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid.     Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6.     Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan dan saya betul2 menyesalinya). Pihak lelaki mengesa saya untuk menggambil postinor 2. Saya mengambil pil yang pertama 24jam selepas melakukan hubungan dan pil yg ... Read More »

bacaan sel darah putih tinggi

BACAAN SEL DARAH MERAH TINGGI ¬† Assalamualaikum doc yang dihormati. Saya skrg ditahan di hospital kerana sel darah putih mencecah 100 yang asal normalnya 8-10. Skrg untuk langkah seterusnya saya dinasihati untuk menjalani mengambil sumsum tulang untuk pastikan adakah saya menghidap kanser darah. Perasaan Saya sekarang buntu sedih kosong. Saya baru bersalin lapan bulan yang dan anak saya full bf.Tolong nasihatkan saya. ¬† WALAIKUMUSALAM. ¬† 1. Saya percaya puan akan dirawat dengan baik di hospital. ¬† ¬† 2. Bacaan sel darah merah mencecah 100 ribu adalah bacaan yang agak tinggi. Sementara bacaan 100 sahaja adalah bacaan yang rendah. ¬† 3. Untuk pengesahan seseorang itu menghidap penyakit berkaitan darah (contohnya leukemia), doktor memerlukan beberapa bukti dari laporan makmal. ¬† 4. Namun cara terbaik ialah dengan memeriksa darah dalam tulang sum-sum itu ... Read More »

ditinggal suami tetapi hamil

DITINGGALKAN SUAMI TAPI HAMIL ¬† SALAM DOKTOR, saya mau tanya, kalau sorang perempuan ditinggal suami selama 5 bulan wajar ke kalau sekarang dia hamil 1 bulan. Terima kasih. ¬† ¬† SALAM. ¬† Kehamilan berlaku akibat persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dengan benih perempuan (ovum) akibat persetubuhan. ¬† Jadi walaupun tinggal berjauhan, jika berlakunya persetubuhan, kemungkinan seorang wanita akan hamil. ¬† Namun begitu, jangan cepat menuduh seorang wanita itu hamil tanpa ada bukti yang kukuh. ¬† Tidak datang haid, tidak bermakna seorang wanita itu sedang hamil. ¬† Buatlah pemeriksaan doktor. ¬† Semoga bermanfaat. Mohon mengunjungi : –>¬†FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL.¬†KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD Read More »

makan antibiotik ceferoxime ketika hamil

MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL       Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM   1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus.   2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan.   3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil.   4. Namun ia seharusnya dielakkan jika ia tidak perlu digunakan.   5. Jika ada kekeliruan, saya manasihatkan puan berbincang dengan doktor yang merawat puan.   Semoga bermanfaat. Mohon mengunjungi : –>¬†FACEBOOK NEEDS VENUE ... Read More »

umur muda tapi kitaran haid tidak menentu

UMUR MUDA TAPI KITARAN HAID TIDAK MENENTU     Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya. ¬† Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin. ¬† Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang keadaan saya. Mereka hanya scan dan memberi saya pil perancang. Selalunya bekalan diberi untuk 3 bulan dan selama 3 bulan itu ... Read More »

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis. ¬†Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal minyak kelapa dara untuk sapu di kulit dan minum air reneh rumput beijing seperti yg di sarankan dalam bacaan di FB. Saya cuma tak tahu sejauh mana keberkesanannya pada diri ... Read More »

rasa sakit pada jahitan episiotomy

RASA SAKIT PADA JAHITAN EPISIOTOMY       ‚ÄúAssalamualaikum Dr Zubaidi, saya ¬†ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak saya pada 31hb yg lalu. Pada hari ke 4, terasa sakit yang amat ketika duduk dan berjalan. Rupa-rupanya, ada benang jahitan yang dimatikan terlalu panjang hingga menyucuk tisu faraj saya dan ianya amat menyakitkan. Boleh saya meminta doctor di klinik untuk memotong lebihan benang tersebut? Terima kasih‚ÄĚ   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Jika ketidakselesaan atau rasa sakit disebabkan oleh tusukan benang yang berlebihan, maka cara yang terbaik ialah meminta doktor yang merawat puan memotong pendek benang yang berlebihan.   Jangan risau jahitan akan terlerai. Apabila sudah memasuki dua minggu, proses penyembuhan sudah mula berlaku.   Lagi pun memotong pendek bukan bermakna membuka jahitan yang telah dibuat.   Saya menasihatkan puan agar menjaga kebersihan di ... Read More »

sakit sendi lutut berulang akibat bersukan

SAKIT SENDI LUTUT YANG BERULANG AKIBAT BERSUKAN     Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkenaan sakit adik lelaki saya ini. Dulu dia kerap bersukan seperti bermain bola, futsal dan takraw. Sekarang dia kerap sakit lutut sebelah kanan dan sampai tak boleh jalan. Gerak sikit je sakit dan kami sudah ke hospital, sudah lakukan pemeriksaan xray dan keputusannya ¬†baik. Doktor bagi dia suntikan. Dan sakit itu datang lagi. Boleh agaknya doctor terangkan apa masalah yang dialami oleh adik saya? Sakit otot ke doktor?   WALAIKUMUSALAM   Kesakitan pada lutut boleh disebabkan pelbagai punca. Antaranya adalah disebabkan kecederaan tulang pada sendi lutut, kecederaan pada otot di sekitar sendi, atau kecederaan sendi lutut yang (melibatkan ligamen di dalam sendi (cruciate ligements), kecederaan tulang rawan atau cecair di dalam sendi lutut itu) atau ... Read More »

slipped disc setelah jatuh dari motorsikal

SLIPPED DISC SETELAH JATUH DARI MOTORSIKAL         ‚ÄúAssalamua‚Äôalaikum¬† Dr Zubaidi. Saya pernah jatuh motor. Pinggang saya sakit, tak boleh tunduk, bongkok, duduk atau berdiri lama. Tak boleh pusingkan badan ke kiri atau kanan. Baring pon terasa sakit. Pernah urut. Katanya tulang pinggang saya sudah lari dari kedudukan asal. Lepas urut rasa makin teruk sakitnya. Pernah pegi buat pemeriksaan dgn doktor. Dah x ray, ujian darah semua. Doktor pon cakap hal yg sama. Sy tak boleh buat kerja berat. Duduk lama pon sakit sgt pinggang sy. Adakah ini di namakan slipped disc? Terima kasih‚ÄĚ     WAA‚ÄôLAIKUMUSALAM   Kecederaan tulang belakang adalah suatu kecederaan yang serius. Ia bukan saja menyebabkan pesakit tidak mampu bergerak dengan sempurna, tetapi ia juga boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk sehingga lumpuh apabila ... Read More »

bolehkah menghentikan ubat thyroid

BOLEHKAH MENGHENTIKAN UBAT HORMON THYROID?   Gambar Hiasan   Assalamualaikum Dr Zubaidi.¬† Anak perempuan saya berusia 4 tahun disahkan sebagai pesakit hypothyroidism sejak lahir. Dia diberikan ubat oleh pihak hospital. Setakat ini tahap tumbesarannya baik. Tetapi dia terpaksa mengambil ubat tersebut sepanjang hayat untuk menampung hormone yang tidak cukup dikeluarkan oleh tubuhnya. Sekarang saya ingin beralih pada perubatan alternative kerana pengambilan ubat hospital menjadikan anak saya bergantung dengan ubat itu seumur hidup. 1) Apakah dia boleh berhenti selepas perkembangan tumbesarannya sempurna/lengkap semasa remaja? 2) Apakah yang perlu diambil sebagai pengganti hormon tersebut.? 3) Adakah ubat hormon yang diberikan mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid dia?   WA‚ÄôALAIKUMMUSSALAM   Masalah yang dialami oleh anak tuan bermula sejak dilahirkan. Masalah ini dinamakan sebagai congenital hypothyroidism. Ini bermakna kelenjar thyroid anak tidak dapat ... Read More »

penghawa dingin dan bayi

PENGHAWA DINGIN DAN BAYI Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan, Dr Zubaidi.¬†Saya ingin bertanya beberapa soalan. 1.adakah bayi yang berumur setahun kebawah boleh untuk berada dalam air-conditioning yg bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas. ¬† 2.Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air-cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung Dan paru-paru bayi? ¬† 3.Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi? ¬† ¬† Sekian, terima kasih.. ¬† ¬† WALAIKUMMUSALAM . ¬† 1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius. ¬† 2. Suhu yang terlalu sejuk dalam bilik, sudah pasti akan menjejaskan kesihatan bayi terutama bayi berusia bawah setahun. Jika tidur pastikan bayi memakai baju yang ... Read More »

paraben dalam produk kosmetik dan penjagaan diri

PARABEN DALAM PRODUK PENJAGAAN DIRI   Parabens adalah sebatian kimia yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam industri penjagaan diri dan keluarga. Ia adalah dari sumber sintetik. ¬†Ia lebih murah dan menjadikan produk itu tahan lebih lama.   Paraben yang natural boleh diperolehi dari makanan terutama dari buah-buahan berry.   Antara jenis-jenis parabens adalah:   methylparaben ethylparaben propylparaben butylparaben isobutylparaben isopropylparaben   Mengapa pengawet dimasukkan ke dalam produk-produk ini? Pengawet digunakan untuk menghalang kulat dan bakteria membiak dalam produk yang disediakan. Ia akan mengekalkan kestabilan formulasi produk tersebut. Tanpa pengawet, produk-produk ini harus diletakkan di dalam peti sejuk.   Mengapa ada sesetengah produk mengandungi lebih dari satu jenis paraben? Ini kerana setiap jenis paraben bertindak aktif menghentikan pembiakan kulat dan bakteria tertentu. Dengan mencampurkan beberapa jenis paraben, ia melindungi produk itu ... Read More »

selamatkah BHA dalam produk kecantikan digunakan semasa hamil?

SELAMATKAH BHA DALAM PRODUK KECANTIKAN DIGUNAKAN SEMASA HAMIL?   ¬†   Assalamualaikum doktor, Saya ingin tanya. Produk penjagaan kulit (skincare) yang mengandungi BHA adakah ia selamat digunakan oleh ibu hamil? Saya baru menggunakan produk tersebut selama¬† 5 hari tanpa menyedari produk itu mengandungi BHA. Terima kasih. ¬†   WALAIKUMUSALAM.   Terima kasih bertanya. Beta hydroxy acid (BHA) adalah salah satu komponen dalam hydroxy acid. Satu lagi komponen hydroxy acid adalah and alpha hydroxy acid (AHA).   Kedua-dua bahan ini banyak terdapat dalam produk kecantikan dan ubat kulit untuk menghilangkan masalah jerawat dan masalah ruam. Ia banyak dalam produk kecantikan seperti pembersih (cleanser), toner, dan exfoliant yang digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan.   Salicylic acid adalah sebahagian dari BHA yang biasa terdapat dalam senarai bahan-bahan dalam pembuatan produk pembersih kulit.   ... Read More »

bell’s palsy atau stroke

BELL’S PALSY ATAU STROKE ? Gambar Hiasan Assalammualaikum w.b.t¬†¬†Dr Zubaidi, Maaf menganggu doktor. Tp sy tidak tahu kepada siapa sy perlu bertanya soalan.¬† 1. Ayah saya disahkan mengalami ‘bell palsy’ pagi¬† tadi apabila sejak semalam¬†dan lemah2¬† dan mulut senget. 3 hari lepas, doktor ada memberi ubat berkaitan jantung kerana dikatakan jantung ayah sy bengkak. Untuk pengetahuan, ayah sy penghidap diabetes & darah tinggi. Adakah ubat jantung tu berkaitan dgn bell palsy? ¬† 2. Sebagai seorang doktor yg mengamalkan Aafiyat Olive House, apakah cara rawatan yang boleh diamalkan dan bagaimana caranya? Kerjasama dari pihak doktor amat diharapkan oleh sy sebagai anak yg ingin membantu kedua orang tua sy. ¬† Terima kasih doktor. ¬† ¬† Waalaikumussalam. ¬† 1. Masalah bapa puan agak kompleks. Berapa umur beliau? Berapa lama sudah menghadapi masalah penyakit ... Read More »

air kelapa muda bagus untuk wanita hamil

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.   Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk.   Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.   Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah karbohidrat, dan 1% adalah protein dan lemak. ¬†Air kelapa muda mengandungi sejumlah¬† kecil (10% dari keperluan seharian) vitamins dan mineral.   AIR KELAPA MUDA ... Read More »

manfaat mengambil tembikai ketika berbuka (iftar)

MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)       Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.   Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.   Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.   Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga ... Read More »

suplemen vitamin C dan E membantu pesakit endometriosis

SUPLEMEN VITAMIN E DAN C MEMBANTU PESAKIT ENDOMETRIOSIS     Endometriosis adalah penyakit yang dihadapai oleh 10% dari wanita muda. Penyakit ini menyebabkan masalah kesuburan (sukar hamil) dan hampir 25% wanita yang mengalami rasa sakit di bahagian pelvis ketia kedatangan haid disebabkan oleh masalah ini.   Tidak banyak diketahui tentang punca penyakit ini. Pakar perubtan dan saintis masih lagi berteka-teki jika ditanya tentang punca penyakit ini.   Ada teori yang mengatakan bahawa penyakit ini berpunca dari darah haid (yang mengandungi sel-sel endometrium) yang naik ke atas masuk ke dalam kawasan pelvis. Sepatutnya darah haid keluar melalui faraj. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini.   Selalunya, sel-sel endometrium ini akan mati, mengecut dan diserap semula ke lapisan peritoneum. Akhirnya hilang. ¬†Tetapi pada sesetengah wanita, sel-sel ini terus hidup dan membesar dalam ... Read More »

masalah tiroid ketika hamil

MASALAH KELENJAR THYROID KETIKA HAMIL “Salam, Dr Zubaidi. Saya mengalami masalah kelenjar thyroid. Adakah ia menjejaskan kehamilan saya? Terima kasih, doktor” ¬† ¬† Walaikumusalam. ¬† Masalah kelenjar thyroid yang tidak dirawat dengan baik sudah pasti akan menjejaskan proses kehamilan dan mungkin akan kemudaratan pada bayi dalam rahem. ¬† ¬† Oleh itu sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil agar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Ini kerana beberapa sebab. ¬† ¬† Pertama rawatan semasa hamil lebih sukar berbandingkan rawatan sebelum hamil. ¬† ¬† Kedua masalah kelenjar thyroid ini (sama ada kekurangan hormon atau berlebihan hormon) akan menjejaskan kehamilan. Ini bermakna kesihatan ibu dan kesihatan bayi akan terganggu. Malah mereka mungkin mengalami masalah yang serius sehingga menyebabkan kematian. ¬† ¬† Kelenjar thyroid adalah kelenjar yang berada pada leher kita yang berfungsi ... Read More »

pengambilan vitamin E dan C ketika hamil

PENGAMBILAN VITAMIN C DAN E KETIKA HAMIL.   ¬† Saya menasihati kepada wanita, sama ada wanita yang ingin hamil, sedang hamil atau baru melahirkan anak agar lebih memberikan perhatian kepada pemakanan yang mereka makan. Ini kerana setiap apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan kesihatan kita.   Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya banyak berkongsi tentang aspek nutrisi dalam pemakanan. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.     Bagi wanita hamil yang ingin menambah pengambilan vitamin kerana ada masalah kesihatan atau percaya mereka tidak dapat mendapat vitamin yang secukupnya dari makanan yang mereka ambil, boleh mengamalkan beberapa vitamin.   ... Read More »

lendir di belakang tekak dan bau badan kuat

LENDIR DI BELAKANG TEKAK DAN BADAN BERBAU     Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya menghidap penyakit allergic rhinitis. Saya mengalami masalah post nasal drip yang sangat busuk dan mengalir dari tekak ke dalam mulut sehingga menyebabkan mulut saya berbau. Saya juga ada masalah bau badan yang kuat. Ia bukan hanya di kawasan ketiak tetapi seluruh badan saya berbau. Peluh saya yang berbau dan kalau tidak berpeluh, ia OK saja. Adakah dengan makan supplement probiotik dapat membantu masalah diatas.¬† Dan apakah supplement yang terbaik untuk rawat masalah saya? Terima kasih.   Walaikumussalam.   Tuan mengalami dua masalah kesihatan yang mungkin saling kait mengait atau mungkin ia berbeza antara sat sama lain.   Pertama masalah allergic rhinitis dan kedua masalah badan berbau kuat.   Bagi masalah allergic rhinitis, ia sebenarnya sebahagian dari masalah ... Read More »

rasa sakit selepas pembedahan

RASA SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN APPENDICECTOMY     Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya telah menjalani pembedahan laparoscopy appendictis kira-kira 4 bulan yang lepas. Namun sehingga ke hari ini, bermula sebulan selepas pembedahan tersebut, sakit yang sama di bahagian bawah kanan perut seperti appendiks kerap berulang. Dan score sakit kekadang mencecah 7, dan range sakit 5-7. Ultra sound serta ct scan telah dibuat pada bulan lepas dan result hanya mendapati terdapat kumpulan najis di bahagian kanan usus, dan ubat telah di ambil untuk itu. Adakah normal untuk rasa sakit yang sama berulang ulang untuk tempoh yang lama dan sangat kerap. Terima kasih atas pencerahan.     Walaikumussalam.     Pembedahan appendicectomy adalah pembedahan yang membuang appendix yang bengkak akibat jangkitan kuman. Ia dilakukan dengan dua¬† teknik berbeza. Satu dengan cara membelah lapisan lapisan ... Read More »

rawatan sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

RAWATAN SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK   ¬† Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan anak saya berusia 3 tahun, mengalami masalah najis yang keras. Mohon cara mengatasinya. Terima kasih.         Walaikumusalam.   Sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi adalah suatu yang biasa berlaku. Mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali lepas makan, atau membuang air dua atau tiga hari sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia mungkin lagi dalam keadaan normal.     Ini semua bergantung kepada apa yang mereka makan atau minum, bagaimana aktif pergerakan fizikal mereka dan bagaimana mereka dapat menghadamkan makanan mereka.     Bagi kanak-kanak yang telah mula memakan makanan yang pejal (solid food) dan minum air secukupnya (buah-buahan dan air kosong), mereka mungkin tiada masalah sembeli. Mereka membuang air besar ... Read More »

pendarahan panjang selepas D&C

PENDARAHAN PANJANG SELEPAS D&C ¬† Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya telah melakukan prosedur D&C pada 1st Ramadhan. Banyak darah yang keluar pada hari pertama dan kedua selepas itu. Kemudian ia keluar sedikit-sedikit sehingga dua minggu. Adakah ini normal? Terima kasih. ¬† Walaikumusalam. ¬† Prosedur D&C bukanlah prosedur yang ringkas dan mudah. Ia bertujuan untuk mengeluarkan janin yang sudah tidak bernyawa. ¬† Oleh kerana ia dilakukan tanpa panduan seperti ultrasound, ia mungkin menyebabkan komplikasi (tetapi jarang berlaku). Antara komplikasi yang biasa berlaku ialah kecederaan besar pada permukaan dalam rahem sehingga boleh menyebabkan kebocoran, janin tidak habis dikeluarkan (ada yang masih tertinggal) dan mungkin ada jangkita kuman semasa prosedur itu. ¬† Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan doctor semula. Paling baik berjumpa semula dengan doctor yang merawat dan melakukan D&C tempoh hari. ¬† Antara ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!