Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 29)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Tongkat Ali Herba Lelaki Melayu

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumia dalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.   Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.   Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.   Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak(penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap,disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.   Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol(quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh ... Read More »

Madu untuk Bayi ?

  Salam Dr. Saya nak mintak pendapat doctor dari segi perubatan moden. Bolehkah kita bagi bayi yg baru lahir (bawah 1 tahun) makan madu? Saya cuba mencari jawaban dalam internet, ada yang kata boleh dan ada yang kata memudaratkan. Mintak pendapat doctor. Terima kasih doctor.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya menerima banayk pertanyaan yang sama mengenai sama ada madu boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah.   Seperti yang mana kita ketahui bahawa terdapat banyak kebaikan dalam madu.   Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia juga bertindak sebagai anti oxidant dan mengandungi pelbagai vitamin dan seperti manganese dan zat besi yang sangat penting bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak.   Bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke ... Read More »

Lama tidak datang haid

  As salam mu alaikum Dr Zubaidi. Saya selalu baca penulisan Dr tentng kehamilan dan saya ingin bertanya. Saya mengalami haid pada 13.12.12, masalahnya sehingga sekarang haid saya belum dating. Saya selalu sakit perut dan kadang rasa berdenyut, kadang di sebelah kiri, kadang belah kanan. Saya telah melakukan ujian UPT dan negatif. Saya pernah ke klinik, dan saya diberi pil hormone, tetapi masih juga belum dating haid. Saya risau kalau ada pnyakit lain yg saya tak tahu dan akan terlambat.  Doktor pernah membuat pemeriksaan ultrasound dan mengatakan bahawa rahim saya elok n cantik. Mohon nasihat.   Dr Zubaidi Hj Ahmad :  Wa alaikum mus salam. Saya boleh simpulkan bahawa: 1. Puan tidak datang haid hampir 14 minggu. 2.Ujian UPT telah dilakukan dan keputusannya negatif. 3.Doktor telah memberikan ubat hormon tetapi ... Read More »

Merawat Jerawat dengan Pil Perancang

  Sebagai  seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang. Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil perancang akan menyebabkan saya mandul nanti. Apakah nasihat doktor?     JAWAPAN   Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka dan tubuh badan kita. Sebum ini akan menyekat liang roma. Liang roma yang tersumbat amat senang untuk dijangkiti bakteria. Ini menyebabkan proses keradangan dan seterusnya menjadi jerawat.   Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga kebersihan kulit dan menggunakan krim antijerawat untuk menyembuhkan masalah ini.   Pil perancang jenama Yasmin dan Yaz  sesuai untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah ... Read More »

Pendarahan haid yang banyak

  SAYA amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim?   Dr Zubaidi: saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan memang membimbangkan wanita Islam apabila tidak dapat bersolat dengan sempurna.   Darah yang keluar melebihi tempuh 15 hari, dinamakan sebagai darah istihadah di mana puan harus soalat dan berpuasa, jika berada di bulan Ramadhan.   Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan. Keadaan puan dinamakan menoragia dan terdapat pelbagai punca.   Di hospital selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan darah bagi menguji tahap kandungan haemoglobin, ujian fungsi kelenjar thyroid dan tahap hormone termasuk tahap hormon prolaktin.   Doktor juga akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat ... Read More »

Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

    As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya.  Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH  ganjaran yang terbaik.     Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak pertama. Ini bermakna puan menjalani dua pembedahan dalam sekali bius.     Pembedahan pembuangan ovari ini perlu dilakukan segera kerana saiznya agak besar iaitu 10X20 cm. Jika pembedahan tidak dibuat puan ... Read More »

Pendarahan selepas Pap smear

As salam Dr…saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 15 tahun. Saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di ‘os ‘apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan ‘burn’di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus sambung kerja pada hari yang sama.malam itu pula terjadi pendarahan sehingga la sekarang apa tandatu dr …adakah kanser takut la saya ..tolong saya dr…Minta dijauhkan nauzubillah.. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ia belum ditakdirkan. Ia akan menyebabkan puan berasa susah hati. Banyaklah berdoa semua apa yang puan fikirkan itu tidak akan menjadi kenyataan. Saya tidak menafikan bahawa pendarahan selepas melakukan Pap smear bukanlah suatu yang biasa berlaku. Apatah lagi ... Read More »

Kesan Ketoconazole pada Wanita Hamil dan Menyusukan Anak

  As salam mu alaikum doktor, saya mengalami penyakit gatal dan telah mendapatkan rawatan dari doktor. Saya diberi ubat fungazol (ketoconazole 200mg).Masalahnya saya tidak sedar yang saya telah hamil 7 miggu kerana sering mengalami period yang tidak teratur. Adakah pengambilan ubat ini memberi kesan kepada kandungan saya.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Namun apa yang telah berlaku (puan mengambil ubat ketoconazole) tanpa menyedarinya  adalah suatu takdir, yang tidak dapat puan lakukan apa-apa lagi. Cuma saya mengharapkan puan banyak berdoa agar ia tidak memeberikan apa-apa kemudaratan pada anak yang puan hamilkan.   Ketoconazole sebenarnya dikategorikan dalam kategori C untuk wanita hamil. Ini bermakna, kajian yang dilakukan ke atas haiwan-haiwan dalam makmal menunjukkan kemudaratan pada janin-janin haiwan ini (embryotoxicity) dan menyebabkan kecacatan (teratogenicity).     Walau bagaimana ... Read More »

Pendarahan di awal kehamilan dan Keguguran

  As salam dr…. sy ada sedikit masalah. bln ini sy lewat haid seminggu dan telah berjumpa doktor skit puan. doktor telah buat utp dan ultrascan. hasilnya utp ade 2 line tp ultrasound msih xnmpk mgkin krn msih awal. esoknye, darah sprt haid keluar pula.. selepas habis haid, sye buat utp dan masih wujud 2 line itu. skrg sye selalu alami sakit ngilu pada rahim bila sye bergerak bnyk n bile angkat brg. boleh doktor bntu sye dlm hal ini? minta tlog sgt ye. terina kasih   Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Mengikut kefahaman saya, puan telah disahkan hamil apabila ujian UPT puan positif, walaupun ujian pemeriksaan ultrasound masih tidak menunjukkan apa-apa kerana mungkin masih awal.   Kemudian puan mengalami pendarahan. Ia berlaku  berkemungkinan disebabkan fenomena “implantation bleeding”, bermakna ... Read More »

Amalan syirik, khurafat, tahyul dalam perubatan

  Soalan: Saya ingin mengutarakan satu soalan di mana soalan ini adalah berkaitan budaya biasa masyarakat setempat. Saya rujuk kepada kaedah perubatan di mana insan itu apabila diduga oleh Allah SWT dengan kesakitan, amalan masyarakat setempat adalah di antara hukum syirik, khurafat, tahayul dan bid’ah. Di antara empat perkara ini, ada atau tidak ruang yang boleh membawa kepada niat doa dan usaha serta ikhtiar manusia. Mohon penjelasan ustaz.   Jawapan:   Berkenaan dengan sikap masyarakat setempat yang seringkali mengamalkan kaedah rawatan yang dirujuk sebagai rawatan alternatif; seperti bertemu dengan bomoh, dukun, dan terlibat dengan perkara-perkara syirik, khurafat, tahyul, sihir, dan hal-hal yang seumpama dengannya.   Kita kena tahu bahawasanya rawatan di dalam Islam terbahagi kepada dua jenis. Pertama, rawatan hasil daripada kajian saintifik seperti yang diamalkan doktor-doktor pakar dan sebagainya. ... Read More »

Benjolan di Payudara Bayi

    Assalam mu alaikum. Doktor, anak saya baru berusia 7 bulan dan saya baru perasan dalam 2 hari lepas. terdapat benjolan di puting payudara sebelah kiri anak saya. Adakah keadaan ini normal atau membahayakan. terima kasih   Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam.   Ia adalah sesuatu yang normal bagi sesetengah bayi sama ada lelaki atau perempuan mengalami bengkakan atau benjolan pada putting atau tisu di bawah puting mereka.   Bengkakan atau benjolan ini tidak bahaya kerana ia terbentuk apabila bayi itu terdedah kepada hormone ibu mereka ketika berada dalam rahem. Hormon yang menyebabkan payudara seorang ibu mengalami bengkakan untuk membekalkan susu, hormone yang sama menyebabkan bengkakan pada payudara atau puting bayi mereka.   Bengkakan ini adakalanya dapat diperhatikan semenjak lahir lagi. Ia boleh semakin membesar selepas lahir untuk ... Read More »

Hukum Menghisap Shisha adalah Haram

Oleh : Mufti Brunei   Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda.   Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.   Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau ... Read More »

Hamilkah saya bila ‘Ultrasound Kosong’ ?

Assalam mu alaikum Dr Zubaidi Ahmad, saya ingin bertanya mengenai masalah saya. Saya mengalami rasa sakit di  bahagian ari-ari seperti kedatangan haid, pada hal haid saya lambat lagi. Ini menyebabkan saya tidak selesa untuk meneruskan kerja untuk beberapa hari.   Saya telah berkahwin pada pertengahan tahun lepas dan mengalami keguguran dua bulan selepas itu. Kitaran haid saya normal. Buat masa ini sayamengamalkan acid folic dan habatuus saud.   Untuk pengetahuan doktor, saya setiap kali kedatangan haid, saya akan mengalami masalah senggut yang agak teruk. Doktor pakar yang memeriksa saya mengatakan saya normal.     Pada akhir tahun lepas saya mengalami sedikit pendarahan untuk beberapa hari. Pendarahan ini berulang semula pada akhir Jan 2013.   Saya menjalan ujian UPT di rumah dan mendapatinya positif. Saya terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, ... Read More »

Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal

    As salam mu alaikum doktor, saya baru melakukan proses D&C yang pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu. Namun begitu setelah 2 minggu darah masih keluar dan doctor telah melakukan D&C untuk kali ke 2 kerana doktor beritahu ada darah beku tidak keluar. Seminggu selepas itu saya datang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound tapi doktor memberitahu bahawa rahem saya masih tebal. Apakah risiko yang akan saya hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim?     Wa alaikum mus salam..   Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan.   Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang normal setebal 6.7 millimeter. Selepas darah haid berhenti, proses penebalan berlaku secara perlaha-lahan dan mencapai ketebalan maksima semasa ovulasi.  Ketika ini lapisan endometrium akan menjadi tebal, bagi tujuan ... Read More »

Merokok Jejas Kualiti Sperma

SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah. Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur sekitar jam 12 tengah malam kerana melakukan kerja pejabat di rumah. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan kelamin juga ... Read More »

Apakah punca demam?

”Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya pendapat doctor. Pada masa saya berumur 14 tahun saya ada masalah kesihatn,saya selalu muntah darah, (sikit saja dalam setengah cawan sekali muntah), doktor kata  saya ada masalah saluran darah yang lemah pada hati. Pemeriksaan OGDS telah dilakukan doctor kata tiada masalah. Sekarang saya berumur 24 tahun dan selalu mengalami demam. Adakah disebabkan pengambilan ubat-ubat yang saya ambil sebelum ini? “ Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email saudari dan mendapat sedikit gambaran mengenai yang berlaku pada saudari. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan saudari berusaha mendapat kesembuhan.   Terlalu banyak sebab-sebab terjadinya demam. Malah demam sendiri didefinasikan oleh pelbagai orang dengan pelbagai ukuran. Adakalanya seorang merasa badannya panas, dan ia mengatakan dirinya demam. Ada yang mengatakan dirinya berasa sejuk, pada hal tubuhnya hangat dan tidak ... Read More »

Keguguran dan Kitaran Haid Tidak Teratur

    As salam mu alaikum doctor, saya berumur 28 tahun, berat 45kg,tinggi 150cm. Saya baru lepas keguguran pada bulan December 2012. Bila discan jantung bayi tidak dapat dikesan, dan tidak membesar. Doktor beritahu bayi saya telah meninggal dunia dalam rahem. Ketika itu usia kehamilan baru 13 mnggu dan saya dinasihatkan supaya melakukan prosedur D&C. saya keliru mengapa boleh terjadi sebegitu.   Sekarang saya ingin merancang kehamilan semula, tetapi saya tidak pasti kitaran haid saya selepas keguguran. Bagaimana mahu tahu hari subur saya. Terima kasih.     Dr Zubaidi Hj Ahmad:   WA ALAIKUM MUS SALAM..   Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar  ALLAH memudahkan usaha puan untuk mendapat zuriat seperti yang puan harapkan.   Banyak punca yang menyebabkan keguguran di ... Read More »

Peluang hamil selepas Tubectomy

    “Assalammualaikum doctor, 6 tahun yang lalu saya telah melahirkan 3 cahaya mata hasil perkongsian saya bersama dengan bekas suami melalui pembedahan cesaerean, iaitu pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Selepas itu doktor telah mengikat tali rahim (saluran fallopian) saya supaya tidak hamil lagi. Apakah saya mempunyai harapan untuk hamil semula? Ini kerana umur saya masih muda dalam lingkungan 30. Saya berhasrat untuk hamil dua orang cahaya mata lagi untuk bakal suami baru saya, biarpun saya tahu risikonya tinggi. Terima kasih.”   http://drzubaidi.com/blog/?p=597   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang puan hadapi.   Satu perkara yang agak saya tidak bersetuju dengan doctor yang merawat puan ialah beliau mengikat saluran fallopian (tubectomy) pada wanita yang masih muda seperti ... Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana perubahan hormone yang menyebabkan penghasilan lebih banyak lendiran (mucous) terutama di saluran pernafasan, terutama hidung dan tekak.   Saya tidak menggalakkan pengambilan ubat ketika hamil, ... Read More »

Masalah Keputihan : Normal atau Tidak ?

  Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (veneral disease) seperti Syphils  dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan, terutama kanser servik.   Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak. Peranan lendir di dalam faraj Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.   Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding ... Read More »

BENGKAKAN PAYUDARA KETIKA HAMIL

(mengandungi gambar yang agak menjolok mata)   “Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai masalah ketulan di sebelah kiri paydara saya.Untuk pengetahuan doctor saya menyusukan bayi saya sepenuhnya. Pada mulanya saya ingat bengkak susu tetapi seminggu kemudian masih ada ketulan tu. Saya telah pergi ke klinik swasta dan diberi surat untuk dirujukkan ke doctor pakar. Saya telah pergi mendapat tarikh temujanji di hospital kerajaan pada 14hb Feb nanti nanti. Saya sangat risau dan tidak tahu apa harus saya lakukan. Saya mohon pendapat doctor. Jasa baik doctor amatlah dihargai. Terima kasih”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar puan diberikan ketabahan menghadapi ujian ALLAH dan dipermudahkan untuk mendapatkan rawatan.   Bagi wanita yang menyusukan anak, masalah yang biasa berlaku ialah disebabkan oleh saluran susu ... Read More »

Bagaimana berlaku Alahan atau Allergy?

    Allergic Hypersensitivity secara mudah diterangkan sebagai ‘tindakbalas daya tahan(immune reaction) yang memudaratkan terhadap protein pada allergen (penyebab alahan) dalam persekitaran kita, yang biasanya tidak memberikan mudaratan kepada orang biasa yang tidak mempunyai alahan.   “Maknanya orang yang alergik ini mempunyai daya tahan atau antibody yang lemah kah?”   Sebenarnya orang yang alergik akan mempunyai daya tahan yang sensitif. Maknanya jika pada orang biasa, ‘sepuluh kekuatan’ allergen akan menyebabkan tindakbalas alahan(alergik), tetapi bagi orang yang alergik, hanya ‘satu kekuatan alergen’ boleh menyebabkan tindak balas alahan ini.   Sebab itu bagi orang biasa, keadaan berhabuk dan makan makanan laut tidak memudaratkan mereka, tetapi bagi orang yang mengalami alergik, habuk dan makanan laut boleh menyebabkan mereka mengalami alahan.   Tindakbalas alahan ini yang biasanya dialami ialah bersin yang melampau, rasa gatal ... Read More »

MENGENAL TANDA MASALAH AUTISM

  Saya pernah mendapat email dari seorang bapa yang keliru dengan keadaan anaknya. Anaknya memasuki  usia 2 tahun, namun belum dapat bertutur/bercakap  dengan baik seperti kanak-kanak seusianya. Jika berada dalam suasana orang ramai anak beliau tidak begitu mesra dan lebih suka bermain sendirian.   Beliau tidak pasti sama ada anak beliau mengalami masalah autism dan mahukan kepastian. Saya bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi. Saya kagum dengan kesabaran beliau menghadapi ujian yang ALLAH berikan ini. Semua ujian yang diberikan adalah sebagai ujian keimanan kita, siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.   Agak terlalu sukar untuk mendiagnosa kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah, sama ada kanak-kanak itu mengalami Autism atau tidak. Diagnosa yang dibuat hanyalah bergantung kepada pemerhatian yang dibuat ke atas kanak-kanak itu sepanjang hari dan ini hanya dapat ... Read More »

Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak

Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila  saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa “demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik”.   Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria.   Saya sangat mengharapkan agar penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan seperti berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.   Di Amerika Syarikat, bilangan preskripsi untuk menggunakan antibiotik yang dikeluarkan untuk merawat bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan, sebanyak 14% pada tahun 2010berbanding dengan tahun 2002 .   Walau bagaimana pun preskripsi untuk antibiotic yang dikeluarkan untuk bayi dan kanak-kanak masih lagi tinggi. Hampir 25% preskripsi yang dikeluarkan untuk mereka adalah antibiotic dan ubat antibiotic amoxicillin adalah ... Read More »

Punca Sakit Belakang Semasa Haid

  As salam mu alaikum.. saya seorang gadis berumur 25 tahun dan belum berkahwin. Saya kurang pasti kenapa haid saya datang lambat, biasanya haid saya datang pada awal setiap bulan tapi semenjak 2 bulan lepas haid saya jadi lambat sehingga akhir bulan baru datang dan bulan lepas haid saya masih tidak datang sehingga sekarang. Saya kurang pasti samada ia disebabkan stress atau ada tanda pnyakit lain.Selain itu juga saya akan sakit belakang dan pinggang, terutama ketika bangun tidur dan jika terlalu lama duduk. Adakah masalah haid saya berkait dengan sakit di bahagian belakang dan pinggang. Adakah masalah haid saya ini serius atau ada tanda-tanda penyakit yang berbahaya?     Dr Zubaidi: Saya telah membaca email saudari dan bersimpati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya harap saudari bersabar dengan dugaan yang ... Read More »

Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik atas Isu CampurPalsu

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius. Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.   Tahun 2012 Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan 1 Daily Protecting Cream – Joie et Beaute NOT100778850K / NOT100602230K Mercury 2 Bio-Clear Intensive Renewal Complex NOT120503338K Tretinoin Tahun 2011 Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan 1 Sensual Whitening Cream NOT100751321K Mercury 2 Derma-Rx Arbutin-R Cream ... Read More »

Kacip Fatimah Tidak Sesuai untuk Wanita Hamil dan Menyusukan Anak?

Saya mendapat pertanyaan, adakah ekstrak Kacip Fatimah boleh digunakan untuk wanita hamil dan menyusukan anak? Ini kerana terdapat  isu yang ditanyakan oleh seorang wanita yang keliru dengan artikel yang terdapat dalam sebuah blog, yang mengatakan bahawa Kacip Fatimah memberikan ‘cleansing effect’ dan tidak sesuai untuk wanita hamil dan menusukan anak. Mengikut kata penulis blog itu, “Bagaimana pun perlu diketahui juga bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak. Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan” Sebenarnya “detoxification”bermakna  mengeluarkan bahan bahaya (toxic) dalam tubuh, jika dibiarkan berkumpul dalam akan menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan. (Detoxification is an alternative medicine ... Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

  Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku.   Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama.   “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam”   Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar.   Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu.   Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema.   Sebenarnya menggunakan antibiotic bukanlah rawatan yang berkesan untuk merawat demam, selsema dan batuk akibat serangan virus. Ini kerana virus tidak dapat dikawal dan ... Read More »

Jangkitan ketuat pada kemaluan (Genital Wart)

Assalamu alaikum, saya dijangkiti genital wart ketika hamil 30minggu dan kini saya sudah pun 3 bulan melahirkan anak. Saya ingin bertanyakan tentang cara membuang dan merawat, dimana dan bagaimana. Ketuat ini tumbuh di bibir faraj.. saya berasa sangat risau. Harap doc sudi membantu saya. Terima kasih.   Wa alaikum mus salam. Saya doakan agar ALLAH membantu puan mencari kesembuhan. Jangan mudah berputus harap. Genital Warts (GW) sebenarnya dikategorikan sebagai penyakit kelamin (venereal disease). Ia juga  disebut sebagai Condylomata acuminata, venereal warts, anal warts dan anogenital warts. Ia disebabkan oleh beberapa jenis human papillomavirus (HPV), terutamanya jenis 6 dan 11. Sementara HPV jenis yang lain menyebabkan kanser pangkal rahem (cervical cancer) dan kanser dubur (anal cancer). Ia sangat mudah disebarkan melalui sentuhan kulit semasa melakukan oral sex, vaginal sex atau anal ... Read More »

Diabetes ketika hamil

SAYA berusia 36 tahun dan kini sedang mengandung anak ketiga dengan usia kandungan sudah tujuh bulan. Masalahnya, saya kini berasa sakit dan pedih di sekitar kemaluan dan kedua-dua belah paha apabila berjalan, berdiri terlalu lama dan apabila bangun jika duduk dalam tempoh yang lama. Perlukah saya berurut untuk mengurangkan kesakitan itu? Selain itu, saya baru mengambil ujian glukosa darah yang disebut OGTT oleh doktor pada minggu lepas dan keputusannya adalah 9.0 mmol/L (berpuasa) dan 11 mmol/L selepas dua jam minum glukosa. Adakah keadaan ini akan berterusan sehingga saya bersalin dan apakah keburukannya pada bayi saya? * Mas, Subang, Selangor. Jawapan: Terima kasih Puan Mas. Soalan yang ditanya agak biasa dialami oleh wanita yang sedang hamil. Elok sangatlah soalan ini dikongsi bersama. Kesakitan yang dialami boleh merupakan masalah biasa sewaktu kehamilan akibat ... Read More »

Kehamilan Blighted Ovum..

Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita.   Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik.   Kebanyakan punca keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ‘blighted ovum’. Ia  berlaku apabila ovum yang disenyawakan dengan sperma, membentuk embryo,yang kemudiannya melekat pada dinding rahem, tetapi gagal berkembang menjadi janin.   Embryo ini atau lebih sesuai dipanggil ‘tisu’ ini hanya membentuk kantung kehamilan (gestational sac), uri dan cecair ketuban dan kantung itu, tetapi tidak berjaya membentuk janin yang sebenar.   ‘Blighted ovum’ selalunya berlaku pada usia awal kehamilan, apabila ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti doktor lain sebelum ini. Dr kerajaan meminta saya datang lagi untuk pemeriksaan scan pada 07.12.2012. Persoalan saya ialah mengapa ianya terjadi? Adakah saya masih di kira hamil walaupun hanya kantung ... Read More »

Kehamilan anggur

Assalamu alaikum, doktor. Saya telah berkahwin pada akhir tahun lepas. Pada awal tahun Januari 2012, isteri saya disahkan hamil tetapi isteri saya perlu membuat prosedur D&C kerana pakar sakit puan berkenaan memberitahu isteri saya hamil tetapi janin dalam rahem telah hancur. Keputusan makmal mengesahkan bahawa isteri saya telah mengalami ‘kehamilan anggur’. Apakah faktor-faktor perkara ini terjadi doktor? Terima kasih.       Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan takdir yang menimpa sudara dan isteri. Ini semua ujian ALLAH bagi menguji keimanan kita dan bagi mereka yang bersabar akan dibalas dengan kebaikan di akhirat sana. Saya juga  mengucapkan tahniah atas kesabaran yang saudara dan isteri tunjukkan.     Kehamilan anggur atau juga dikenali sebagai ‘molar pregnancy’ atau disebut dalam dunia perubatan sebagai  ‘gestational trophoblastic disease’ berlaku ketika dalam proses ... Read More »

Dusphaton dan Keguguran

  “As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai ”threatened abortion” dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya tidak kuat ? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati terhadap takdir yang dialami oleh puan, dan saya berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk puan.     Saya ada menulis mengenai keguguran ini dan mengharapkan puan dapat membacanya di http://drzubaidi.com/blog/?p=1083.       Sebenarnya banyak punca keguguran di awal kehamilan dan selalunya disebabkan oleh janin yang dikandung itu sendiri ’tidak berapa kuat’ secara genetiknya.     Ini bermakna jika janin itu membesar ... Read More »

Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia

  Seorang rakan bertanya kepada saya, “Apakah ada kesan sampingan kepada kesihatan semasa gerhana bulan?”  Saya menjawab bergantung soalan itu ditanyakan kepada siapa.   Jika ditanyakan pada orang yang kuat berfahaman tahayul yang datangnya dari unsur Hindu dan peramal bintang, sudah tentu pelbagai kesannya kepada kesihatan, kekayaan dan perjalanan hidup.   Jika ditanyakan pada peminat pseudo-science, pelbagai hypothesis yang pelik2 dikeluarkan. Kalau nerdasarkan pembacaan saya terhadap journal perubatan, sesungguhnya tiada kesan sampingan kepada kesihatan secara nyata.   Saya percaya gerhana bulan lebih kepada tanda kekuasaan ALLAH yang mempunyai hikmah tersendiri agar kita menjadi manusia yang lebih taat.   Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana ... Read More »

Makanan yang boleh menyebabkan alahan

Hampir kesemua makanan mengandungi histamine. Histamine inilah yang akan menyebabkan seseorang pesakit asthma diserang asthma, pesakit yang mempunyai kulit yang sensitive akan mengalami dermatitis, urticaria, eczema dan psoriasis.   Jadi berhati-hatilah ketika memakan sesuatu makanan. Selalunya makanan yang sering menyebabkan alahan dan alergik pada seseorang ialah makanan laut, telur, kekacang dan coklat.   Tetapi ada beberapa makanan yang sering kita makanan juga mengandungi histamine, tetapi kadarnya terlalu sedikit.   Adakalanya seseorang yang memakan sesuatu makanan akan mengalami alahan walaupun dia telah biasa memakanan makanan itu sebelum ini.   Bagaimana ia boleh terjadi?   Sebenarnya kadar histamine dalam sesuatu makanan boleh meningkat apabila sesuatu makanan apabila ia disimpan lama di dalam stor atau peti sejuk.   Sebagai contoh, buah-buahan yang belum masak disimpan didalam stor untuk menantikan ia masak, akan mengalami ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!