Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 24)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Bagaimana cara untuk menghentikan pendarahan hidung?

    Kebanyakan pendarahan hidung bermula daripada pembuluh-pembuluh darah halus yang terletak di bahagian hadapan hidung anda. Ia agak mudah untuk berhenti. Pendarahan hidung yang bermula daripada bahagian belakang hidung pula datangnya daripada saluran-saluran yang lebih besar dan cenderung untuk lebih banyak dan lebih susah untuk berhenti.   Apabila hidung anda berdarah: Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut. Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit. Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual. Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan. Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik. Anda juga boleh menggunakan ... Read More »

Perlukah Mengambil suplemen dan vitamin

      “Saya ingin bertanyakan apakah kesan buruk kepada kesihatan tubuh melalui penggambilan dietary supplement cnth vitamin yang banyak dijual di farmasi?”   Wa alaikum mus salam Mengambil suplemen di saat tubuh memerlukan vitamin tambahan, tidak merosakkan tubuh, kecuali diambil dengan dos yang besar. Mengambil suplemen di saat tubuh sihat, mungkin merosakkan dompet dan menghabiskan wang.   Tetapi jika ada risiko kesihatan, insya ALLAH bermanfaat. Seperti seorang yang sering dan mudah dijangkiti kuman menyebabkan batuk dan selsema, mungkin suplemen membantu mereka.   Tidak ada larangan menggunakan suplemen asalkan tahu mengimbangi antara keperluan dan pembaziran . Read More »

Mahu cantik dengan pil hormon

      “Saya memiliki bentuk badan kurang menarik dan terlalu kurus. Saya teringin untuk memiliki bentuk badan yang cantik dan mengiurkan. Rakan saya mencadangkan penggunaan pil hormon estrogen untuk membentuk payu dara dan punggung yang lebih menawan. Adakah pengambilan pil hormon ini memberi kesan sampingan?”   Jawapan:   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan saudari. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Sekurang-kurangnya ia meningkatkan rasa “self-esteem” pada diri seorang wanita apabila berhadapan dengan suaminya.   Namun begitu tidak semua wanita diberikan bentuk badan yang mengiurkan seperti yang diidamkan.   Antaranya disebabkan oleh factor keturunan. Jika saudari dilahirkan dari keluarga yang bertubuh rendah, berkemungkinan saudari akan mempunyai bentuk tubuh yang sama. Namun saudari boleh mendapat tubuh yang menarik jika saudari menjaga pemakanan, mengamalkan senaman dan mengamalkan gaya hidup yang ... Read More »

Bayi yang mengalami masalah Pierre Robin Syndrome mudah tercekik

    Pierre Robin syndrome adalah keadaan di mana bayi dilahirkan dengan tulang rahang bawah yang kecil, menyebabkan lidah boleh menyekat tekak sehingga menyebabkan sukar bernafas.   Ia adalah masalah genetik, dan tidak perlu diubat. Ia bukan kecacatan seumur hidup. Selepas berumur setahun, selalunya tulang rahang bawah akan membesar dengan lebih cepat.   Oleh itu ibubapa yang mempunyai anak seperti ini harus memerhatikan anak mereka kerana bayi seperti ini mudah mengalami ‘choking’ dan sukar bernafas ketika berbaring.   Wa allahu a’lam. Read More »

Kencing sakit minum caffeine

  “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya sedang hadapi sehingga hari ini. Sejak bulan Julai 2013 lepas, saya mengalami masalah sakit ketika kencing dan kencing berbau.  Pada mulanya, saya beranggapan “stress induced” sahaja kerana ia berlaku dalam beberapa minggu sebelum final exam. Warnanya kekuningan emas dan saya juga merupakan pengambil caffeine yang tegar ia bagi membolehkan saya berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Jumlah maksimum caffeine yang saya ambil ada dua sachet setiap hari dan sekurang-kurangnya satu sachet. Tetapi saya masih mengabaikan symptom saya hadapi ini namun ia tetap membuatkan fikiran saya risau mengenai kebarangkalian penyakit yang saya hadapi.”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami.   Saya percaya saudari mengalami sakit ketika buang air kecil disebabkan oleh jumlah caffeine yang saudari ambil ... Read More »

Rasa kerap mahu kencing walaupun bukan diabetik

  “Salam doctor, saya nak tanya berkaitan dengan masalah kencing kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya telah buat pemeriksaan air kencing dan ujian darah di hospital dan doktor mengesahkan buah pinggang saya normal dan pemeriksaan ultrasound pun normal. Doktor cuma menasihatkan supaya menjalani latihan pundi kencing saja. Saya belum berkahwin. Saya mohon penerangan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Pada kebiasaannya, apabila pundi kencing menjadi penuh, seorang itu akan merasa untuk membuang air kecil atau kencing.   Walau bagaimana pun, seseorang itu dikatakan mengalami masalah jika beliau mengalami rasa selalu mahu kencing walaupun pundi kencingnya belum penuh. Ini dapat dikesan apabila beliau kerap rasa mahu buang air kecil, atau terkencing sebelum sampai ke bilik air atau air kencing yang sedikit tetapi kerap. ... Read More »

Mengapa Isteri Suka Dipeluk

Mengapa Isteri Suka Dipeluk

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi ... Read More »

Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

“As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius. Antaranya ialah penyakit lymphoma. Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Selain dari merasakan tanda-tanda tadi, pesakit lymphoma juga mengalami bengkak pada kelenjar nodus limfa di leher, ketiak, dan celah kelengkang. Kelenjar nodus limfa ini membengkak kerana memerangkap kuman ketika berlaku jangkitan ... Read More »

Kecederaan saraf “Long Thoracic Nerve”

    Kecederaan pada saraf long thoracic nerve menyebabkan lumpuh atau lemah pada otot “serratus anterior”. Pesakit mungkin mengalami rasa sakit, atau tidak boleh mengangkat lengannya dan tulang belikat (scapula) akan kelihatan jelas menonjol bila melakukan pergerakan bahu. Kecederaan saraf ini boleh disebabkan oleh kecederaan trauma atau tanpa sebab yang jelas. Wallahu a’lam Read More »

Doktors di Brazil melakukan pembedahan Ceserean pada wanita yang tidak hamil

  Doktor di Brazil melakukan kecuaian? Ini suatu kecuaian yang besar dan luka akibat pembedahan bukanlah suatu yang kecil dan boleh diabaikan begitu saja.   Walaupun luka itu akan sembuh selepas beberapa minggu, tetapi jika wanita ini pesakit diabetes luka akibat pembedahan itu mungkin akan sembuh setelah beberapa bulan atau lebih.   Oleh itu doctor selalunya berhati-hati sebelum melakukan apa saja prosedur perubatan.   Wanita yang tiba-tiba muncul di Jabatan Kecemasan dan mengadu sakit perut itu mengaku beliau sedang hamil 41 minggu.   Setelah didesak oleh wanita itu, akhirnya doctor di sana terpedaya dan mempercayai bahawa itu itu sedang hamil dan sedang dalam proses melahirkan anak.   Doktor di sana tidak dapat memikirkan dengan baik dan terpadaya dengan tanda-tanda kehamilan yang ditunjukkan oleh wanita itu, seperti perut yang besar dan ... Read More »

Impetigo

    Impetigo adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria, yang menyebabkan terbentuknya lepuhan-lepuhan kecil yang berisi nanah.   Walaupun Impetigo biasanya berlaku pada muka, tetapi boleh di mana-mana bahagian kulit.   Impetigo sering menyebabkan jangkitan pada kanak-kanak.   Kuman yang biasa menyebabkan jangkitan itu ialah Staphylococcus aureus dan streptococci.   Ia mudah dijangkiti dengan menyentuh bahagian kulit atau barang-barang yang dijangkiti seperti pakaian, dan permainan.   Tanda jangkitan ini adalah bila ada lepuhan berisi nanah. Apabila pecah, ia menjadi luka dan akhirnya meninggalkan warna merah, dan kuping.   Wallahu a’lam. Read More »

Urutan mengurangkan rasa lenguh dan kebas

Mengalami kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh pada bahagian badan yang berlaku dalam tempoh yang sekejap mahupun berlarutan sehingga beberapa hari, sudah cukup menimbulkan perasaan kurang senang pada diri kita. Rasa kebas perlu dberikan perhatian dengan segera. Rasa sakit akibat kebas merupakan petanda seseorang mempunyai penyakit saraf atau pergerakan darah yang perlahan. Urutan yang baik dapat melancarkan kembali pergerakan darah dan menhidupkan semula sel dalam badan supaya kembali cergas dan sihat bertenaga.   Insya ALLAH. Read More »

Apa punca hormon FSH saya tinggi?

  “Assalamulaikum doctor, saya wanita berusia 36 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Saya belum pernah hamil dan pemeriksaan kesuburan baru-baru ini mendapati bahawa saya mengalami tahap hormone FSH yang tinggi. Doktor memberitahu bahawa ia adalah punca masalah saya tidak dapat hamil. Mohon penjelasan doctor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Semoga puan bersabar dan terus berusaha.   Bagi wanita yang berusia melebihi 35 tahun, saya memang menasihatkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan sekiranya telah berkahwin 6 bulan tetapi masih belum hamil dan suami pula tinggal sekali bersama.   Rawatan kesuburan haruslah dilakukan oleh sepasang suami dan isteri agar masalah kesuburan yang sebenar dapat dikenalpastikan dan dirawat.   Dalam hal ini, saya percaya bahawa suami puan juga telah melakukan pemeriksaan. ... Read More »

Tangan putus akan disambungkan

    Seorang lelaki yang putus tangan kanan ketika berlaku kemalangan di tempat kerja, berjaya disambung semula.   Sebelum itu doktor menyambung tangan kanan yang putus pada pergelangan kaki selama sebulan .   Pesakit itu, Xiao Wei menjalani pembedahan mikro di Changsha, di wilayah Hunan, China.   Mulanya doctor memberitahu bahawa tangannya yang putus tidak lagi dapat disambungkan. Beliau kemudiannya dirujukkan ke sebuah hospital yang lebih besar.       Tujuan penyambungan itu untuk memastikan sel-sel pada tangan kanannya yang putus terus hidup, sementara menunggu lengan di mana tangan kanannya yang putus itu dirawat. Dengan teknologi dan kemahiran yang baru, isnya ALLAH tangan dapat disambungkan dan digunakan semula.   Wallahu a’lam.     Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN     “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh.   Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami.   Untuk menentukan peringkat endometriosis ini dialami, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan laparoscopy pada wanita itu.   Peringkat I endometriosis: Terdapat beberapa tisu endometriosis kelihatan, ... Read More »

Tidak datang haid selepas melahirkan anak, amalkan majun dan ubat turun darah

  As salam mu alaikum doctor, Untuk pengetahuan doktor sebelum ini kitaran haid saya normal. Selepas kelahiran anak pertama saya mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga. Pada bulan Julai yang lepas saya tidak lagi mengambil makjun kerana merancang untuk hamil semula. Pada bulan Ogos saya tidak mengalami haid dan pemeriksaan doctor mengesahkan saya tidak hamil, saya diberikan ubat turun haid. Pada pertengahan September, haid saya turun setelah memakan ubat itu.   Sebulan lepas itu pada 30/10 haid saya datang walaupun agak lewat. Selepas habis haid saya amalkan EKF dan haid saya pada bulan December masih belum datang. Sudah lewat 2 minggu.   Saya juga mengalami keputihan, rasa sakit pinggang dan sakit badan. Perut saya terasa buncit dan keras. Pemeriksaan UPT pada hari ke-5 miss period adalah  negative. Hari ... Read More »

Nifas Wanita yang Melahirkan secara Cesarean

  “Assalamu’alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan cesarean.   1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal.   2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah dan air tuban yang keluar, adakah ia dikira nifas?   Mohon dengan pencerahan doctor.   Wa ‘alaikum mus salam.   Dalam pembedahan caesarean, selalunya tidak banyak darah ayang akan keluar melalui faraj. Kebanyakan darah keluar terus dari rahim dan disedut terus menggunakan pam. Malah ada wanita yang tidak mengalami pendarahan dari faraj langsung.   Untuk memahami keadaan ini, kita bincang semula pendarahan yang dialami oleh wanita.   Pertama  Darah Haid: Darah yang keluar dalam kitaran haid yang normal. Ia berasal ... Read More »

Pesakit Diabetic Menderita sakit saraf

    “Assalamu alaikum, saya ingin bertanya. Bapa saya adalah pesakit diabetes dan sekarang menggunakan suntikan insulin. Saya ingin bertanya tentang masalah yang dihadapi beliau. Beliau selalu mengadu bahawa tangan dan kakinya sesekali berasa sakit seolah-olah dicucuk dengan jarum. Ada kalanya beliau tidak mampu menggenggam gelas yang dipegang dan melepaskan gelas itu lalu pecah. Jika kesakitan itu datang, beliau tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. Mohon pendapat doctor”     Wa alaikum mus salam.   Masalah yang dialami oleh bapa puan adalah disebabkan oleh kesan jangka panjang penyakit diabetes.   Selalunya pesakit yang mengalami penyakit diabetes melebihi 15 tahun dan tidak dikawal dengan baik akan mengalami masalah ini.   Malangnya ramai pesakit diabetes yang mengalami sakit saraf dan mereka menderita tanpa diberikan rawatan kerana doctor yang memeriksa tidak dapat mencari ... Read More »

Haemoglobin rendah dan sakit kepala akibat terhentak

  “Assalamualaikum doctor. Saya mempunyai masalah selalu berasa pening, penglihatan kabur dan gelap mata, rasa gelisah dan kadangkala daya ingatan berkurang jika saya melakukan banyak kerja ataupun banyak berfikir. Saya menghadapi masalah ini sejak dua tahun lepas.   Untuk makluman doctor, sebelum ini saya pernah terjatuh dalam bilik air dan belakang kepala terhentak. Pemeriksaan doctor hanya ada kesan bengkak sedikit akibat jatuh.   Saya ingin bertanyakan doktor apakah kaedah pemeriksaan yang perlu saya lakukan. Saya rasa tidak sanggup berterusan menahan kesakitan ini. Doktor di klinik dan hospital hanya memberitahu saya  hanya sakit kepala biasa.   Saya pernah membuat pemeriksaan keseluruhan dan keputusan darah menunjukkan tahap haemoglobin saya kurang iaitu 10mg%.   Terima kasih doktor kerana sudi menjawab soalan saya.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah ... Read More »

Makan sup ikan jerung tidak dapat mengelakkan kanser

  Para saintis telah maklum bahawa ikan jerung juga boleh mendapat ketumbuhan, malah kanser.   Pengkaji di Australia baru-baru ini dapat merakam dan mengkaji satu ketumbuhan besar pada mulut seekor ikan jerung. Kajian ini diterbitkan dalam  Journal of Fish Diseases pada Nov 2013.   Malangnya ramai yang mendakwa bahawa sup ikan jerung dapat mengelakkan seseorang yang memakannya dari penyakit kanser.   Salah faham ini dikelirukan oleh dakwaan penjual suplemen dan makanan kesihatan yang mendakwa tulang rawan ikan jerung dapat merawat penyakit kanser.   Sehinggakan di beberapa buah negara berjuta-juta ekor ikan jerung yang dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan tulangnya.   Wallahu a’lam. Read More »

ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.

    “Salam. Saya berusia 35 tahun dari Melaka, wanita yang belum berkahwin. Saya disahkan  menghidap penyakit artritis lebih sepuluh tahun semenjak saya berada di universiti. Semua sendi jari saya mengeras dan membengkak dan rasa sakit. Buat masa ini, pihak hospital membekalkan saya ubat tahan sakit dan vitamin. Mohon pendapat doctor.”   Wa alaikumsalam.   Saya mengucapkan tahniah kerana saudari telah bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Saya percaya banyak ganjaran yang menanti saudari.   Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:153 “Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat.  Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.”   Saya percaya dan yakin, hanya ALLAH SWT yang dapat menyembuhkan penyakit saudari dan ubat-ubat yang diberi hanya sebagai perantara untuk menyembuhkan saudari.   Berdasarkan cerita dan umur saudari, saya percaya puan mengalami penyakit radang ... Read More »

Cutaneous horn vukan tanda dajjal akhir zaman

    Cutaneous horn ( cornu cutaneum ) selalu disalahanggap oleh kebanyakan orang terutama masyarakat Melayu kita yang keterlaluan menuduh.   Walaupun ia berbentuk seperti tanduk pada kepala pesakit, ia sebenarnya berasal dari ketuat pada kulit kepala yang tidak dirawat dengan baik, sehingga ia bertambah besar.   Ia selalunya mengambil masa yang lama untuk menyebabkan ketuat seperti ini berbentuk panjang, keras dan menjulur seperti tanduk.   Cara terbaik ialah dengan memotong ketuat ini sehingga ke peringkat  ‘akar’nya ialah ke lapisan dermis kulit. Ia boleh dilakukan di mana-mana hospital.   Wallahu a’lam.   Read More »

Pendarahan haid yang banyak di kalangan wanita muda

  “Salam doktor. Saya berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami senggugut yang kuat dan selalunya disertai dengan pendarahan haid yang banyak dan panjang semenjak belajar di universiti. Ini menyebabkan kitaran haid saya tidak terartur. Saya menukarkan sekurang-kurangnya 10 tuala wanita sehari dalam hari pertama.    Baru-baru ini saya mengalami rasa mudah letih, cepat penat dan semput apabila menaiki tangga di tempat kerja. Rakan-rakan saya mengatakan mungkin ada gangguan jin kerana kitaran haid saya tidak teratur. Mohon penenrangan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami. Malangnya saya tidak dapat memberikan komen mengenai gangguan jin kerana saya bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai jin.   Mengenai kitaran haid puan yang banyak dan panjang, selalunya lebih disebabkan oleh masalah hormone yang tidak seimbang. Jika ... Read More »

ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN

ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN     Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui.   Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis.   Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil.   Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini.   Namun apabila mereka berkahwin dan belum lagi hamil setelah memasuki 2 tahun perkahwinan, maka mereka berjumpa doctor dan ... Read More »

Serangan Sakit Jantung boleh berlaku pada Wanita Muda

    Dua tahun lepas seorang wanita berusia 40an berjumpa saya kerana mengalami sakit dada. Wanita ini mempunyai sejarah keluarga di mana bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung.   Abangnya juga mengalami masalah yang sama, dan telah menjalani pembedahan pintasan saluran darah di jantung awal tahun lepas.   Sebelum ini doctor memberitahunya dia mungkin mengalami gastrik. Namun pemeriksaan OGDS telah dilakukan dan tiada luka pada permukaan dalam perutnya.   “Doktor, mungkinkah saya mengalami sakit jantung?”   Saya diam dan kemudian menjawab, “mungkin”. Saya tidak mahu merisaukan beliau tetapi harus berterus terang agar beliau lebih berjaga-jaga.   “Bolehkah usia macam saya ada penyakit itu? Lagi pun ada doktor beritahu bahawa jarang wanita mengalami serangan sakit jantung”   Ternyata jawaban saya telah merisaukan beliau.   “Puan, saya beritahu puan bahawa puan mungkin ... Read More »

Kemudaratan Penyakit Kelamin ketika hamil

    Baru-baru ini saya ditemui oleh seorang wanita muda berusia awal 20an yang mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang bakal menjadi tunangnya.   Beliau tidak membuat laporan polis kerana mereka juga dijangka akan dinikahkan tidak lama lagi.   Malangnya ketika pemeriksaan antenatal di pusat kesihatan, doktor yang bertugas disana beliau menghidap penyakit kelamin yang belum ditentukan lagi jenisnya.   Walau bagaimana pun beliau bernasib baik kerana tidak dijangkiti oleh HIV.   Apa yang dirisaukan oleh beliau ialah  kesan penyakit kelamin kepada diri beliau sebagai wanita hamil, dan dan anak yang di dalam rahim.   Soalan yang beliau tanyakan ialah “apakah kesan penyakit kelamin terhadap kehamilan dan bayi?” Kebanyakan kesan penyakit kelamin terhadap wanita hamil adalah sama dengan  wanita yang tidak hamil.   Kebanyakan penyakit kelamin ini menyebabkan penyakit yang ... Read More »

Livedo Reticularis

  Keadaan ini dikenali sebagai Livedo reticularis di mana kulit menjadi seperti corak mosaic berwarna ungu apabila saluran darah  kapilari tersumbat oleh darah beku.   (rujuk: Rapini, Ronald P.; Bolognia, Jean L.; Jorizzo, Joseph L. (2007). Dermatology: 2-Volume Set. St. Louis: Mosby)   Sebenarnya yang lebih penting ialah corak kulit seperti ini menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami penyakit yang lebih serius dan tersembunyi.   Pesakit kulit seperti ini harus melakukan pemeriksaan yang lebih teliti bagi emngetahui punca sebanr penyakitnya.   Corak mosaic pada kulit ini menjadi lebih jelas apabila di musim sejuk atau hujan.   Ubat sapuan selalunya tidak memberikan kesan positif yang berpanjangan.   Antara punca penyakit yang tersembunyi itu ialah Penyakit yang berkaitan dengan darah, penyakit autoimmune (terutamanya rheumatic), penyakit yang berkaitan jantung, kanser atau penyakit yang berkaitan ... Read More »

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

  Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.   Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.   Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.   Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih   Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.   Virus HSV-1 merebak melalui sentuhan pada cecair dalam lepuhan itu. Jangkitan juga boleh berlaku melalui oral seks.   Nasihat saya agar jagalah kebersihan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana ianya dapat ... Read More »

Bagaimana Mengenali Istihadah

  Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah: 1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam. 2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari. 3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun. 4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.   http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=263:apa-itu-istihadah&catid=42:artikal&Itemid=367   Wa allahu a’lam. Read More »

PENGALAMAN PESAKIT ENDOMETRIOSIS YANG HAMPIR KEHILANGAN NYAWA

PENGALAMAN PESAKIT ENDOMETRIOSIS YANG HAMPIR KEHILANGAN NYAWA     JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid.  Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid.   Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa berlaku. Segala-galanya normal.   Pada Oktober tahun yang sama sekali lagi saya berasa sakit dan melakukan beberapa ujian termasuk ultrabunyi pelvis tetapi jawapan yang sama saya terima. ‘Normal’.   Setahun selepas itu, saya melakukan sekali ultrabunyi pelvis. Selepas mendengar ceramah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita, saya mula sedar- ada sesuatu yang saya alami.   Tahun berikutnya saya sering sakit kepala setiap kali datang haid. Kitaran haid saya ketika ... Read More »

Bayi kepada ibu diabetes perlu lahir lebih awal

    Semakin ramai wanita hamil yang menghidap kencing manis. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya pemakanan, genetic keturunan, persekitaran dan stress.   Dalam keadaan kehamilan yang normal, lebih banyak hormone insulin yang akan dikeluarkan oleh tubuh untuk menampung keperluan ibu dan bayi dalam rahim.   Apabila tubuh wanita hamil tidak mampu mengeluarkan insulin tambahan, akan menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibat diabetes ketika hamil.   Diabetes sebegini akan sembuh dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Namun wanita itu mempunyai risiko untuk mendapat semula diabetes apabila hamil semula.   Bagi wanita yang tidak hamil, risiko wanita ini mengalami diabetes akan meningkat apabila berusia 35 tahun ke atas.   Doktor akan melakukan ujian untuk mendiagnosis seorang wanita yang hamil mengalami diabetes pada usia kehamilan selepas 20 minggu, dengan menggunakan ... Read More »

Manfaat Epal Hijau

  Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.   Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A , vitamin B dan serat yang mudah larut.   Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.   Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.   Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.   Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti:   ... Read More »

Makanan segera tidak sesuai untuk anak-anak.

    Sebut saja makanan segera, semua orang pasti tahu jenis makanan yang dimaksudkan. Ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej, piza dan mi segera, antara makanan segera yang popular.   Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak berbahaya kepada kesihatan.   Ini kerana makanan segera mempunyai kandungan zat makanan yang tidak seimbang, dan mempunyai berlebihan garam dan bahan kimia dalam serbuk perasa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.   Kadar kolesterol dalam badan juga boleh bertambah dan menyebabkan masalah obesiti serta darah tinggi jika tidak dikawal.   Makanan segera juga menyebabkan masalah penambahan berat badan atau obesiti kerana mempunyai saiz hidangannya yang besar dan tinggi kalori. Makanan segera mengandungi banyak lemak tepu, natrium, dan tinggi kolesterol manakala vitamin pula lebih rendah daripada makanan lain.   Kita seharusnya mengelak memberikan ... Read More »

Makanan untuk minda anak-anak

Otak adalah organ terpenting dalam tubuh. Otak  terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih  fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik. Pada usia lima hingga enam tahun anak-anak  sedang berada pada  usia pra sekolah. Kebiasaannya,  besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka ... Read More »

Punca saluran fallopian tersumbat

  Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.   Pertama,  ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.   Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.   Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.   Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.   Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid yang masuk semula ke dalam rahem dan melalui saluran fallopian pergi ke belakang rahim.   Darah haid yang mengandungi darah tisu endometrium, toksin dan kuman2 menyebabkan reaksi radangan yang teruk ... Read More »

Kos rawatan IVF in Malaysia

      Dalam satu laporan pada 2010, kaedah rawatan IVF di Malaysia telah berjaya menghasilkan lebih daripada 60 bayi semenjak diperkenalkan pada 2005.   Ini membuktikan bahawa sungguh pun pada mulanya terdapat beberapa pihak yang sangsi dengan keupayaan dan prosedur IVF, ternyata masih ramai lagi pasangan yang bersedia untuk mencuba pelbagai cara dan teknik baru bagi membantu proses kehamilan.   Sehingga tahun 2009, terdapat lebih daripada 30 pusat kesuburan di seluruh negara dengan kebanyakannya bertumpu di pusat perubatan swasta.   Kos IVF adalah mahal dan kebanyakannya dikendalikan di klinik swasta dengan anggaran sekitar RM12,000 hingga RM18,000 mengikut usia anda (ini kerana keperluan dos ubat mengikut keupayaan individu berdasarkan umur).   Di klinik kerajaan pula, kosnya sekitar RM 5,000 hingga RM10,000.   Rawatan IVF bukanlah rawatan yang pasti berjaya. Rawatan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!