Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 21)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Bayi berdengkur ketika tidur

  “Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini. “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jawaban yang diberikan  seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam keadaan yang normal dan perlu pemeriksaan doktor.   Selalunya ia disebabkan lendir dalam saluran pernafasan.   Ia juga boleh disebabkan oleh bengkakan adenoid dan tonsil yang mengecilkan ruang ... Read More »

Mudharat dan bahaya tidak mengeluarkan IUCD dari rahem

    “Assalamu’alaikum Dr Zubaidi. Saya pernah masukkan IUD pada tahun 2008 tujuannya untuk family planning. Tapi sampai sekarang saya masih pakai IUD tu. Ada effect tak? Sebab Doktor tu kata boleh pakai cuma 3 tahun. Ni dah nak masuk 6 tahun. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doktor akan memberitahu jangka hayat IUCD yang digunakan.  Selalunya antara 3-5 tahun.   Saya mencadangkan puan mengeluarkannya bergantung kepada tempuh hayat IUCD yang digunakan.   Jika puan menyimpan terlalu lama, ia boleh mendatangkan mudharat.   IUCD yang lama tidak mencegah puan dari hamil. Ini bermakna puan boleh hamil dengan IUCD berada di dalam rahem puan. Puan boleh mengalami keguguran.   IUCD yang lama juga boleh mengundang jangkitan pada rahem.   IUCD yang lama juga mudah patah dan jika bahagian ... Read More »

Bolehkah guna ubat Clomid untuk saluran fallopian tersumbat

  “Salam doktor, saya memang memerlukan pendapat dari doktor tentang masaalah saya.saya ada anak berusia 7tahun. 2tahun lepas saya penah mengandung luar rahim.setelah tiub kiri dibuang hasil dari pemedahan itu doktor mengesahkan right tube of fallopian tube adheret  to pouch of douglas dan retroverted uterus. hampir 2tahun ni saya berusaha untuk mengandung semula tapi masih tidak berhasil. saya sudah mengambil clomid selama 5pusingan haid dengan kadar dos yg paling tinggi 150mg. hasil dari sperm count dan blood test saya semua normal. Adakah usaha lain yang boleh saya lakukan selain IVF?   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan  masalah puan. Masalah puan sekarang ialah   1. saluran fallopian sebelah kiri dipotong dan dibuang.   2. saluran sebelah kanan pula melekat pada peritoneum pouch of douglas.   3. retroverted uterus ... Read More »

Anak muntah selepas diberikan ubat.. Perlukah diberikan semula?

  “Salam doc, anak saya demam. Dia berumur 8 tahun. Saya baru saja memberikan dia makan ubat demam dan antibiotic. Tidak sampai 5 min dia muntah semula. Perlukah saya beri makan semula ubat tadi tu, atau kena tunggu lama sikit baru beri semula, ataupun tak perlu beri kena tunggu next schedule baru makan ubat semula? terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai kanak-kanak yang agak sukar mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic. Ada pula yang muntah setelah diberikan ubat.   Selalunya muntah begini disebabkan lendiran pada tekak dan saluran pernafasan, atau punperut mereka punuh dengan gas (angin)   Jangan risau, Jika anak kecil puan muntah dengan serta-merta selepas puan memberinya antibiotic,  atau selepas 15 minit ubat diberikan, puan boleh memberinya satu lagi dos penuh.   Wallahu a’lam. Read More »

Umur 17 belum datang haid

  “Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam   Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal.   Keadaan ini dinamakan amenorrhea primer.   Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula mengalami haid antara umur 9 dan 18 , dengan purata berusia kira-kira 12 tahun.   Banyak punca berlaku ... Read More »

Mengira Hari Subur

  “Salam. Doctor. Saya dan suami berumur 28 tahun. Kami tinggal berjauhan kerana urusan kerja. Saya tinggal bersama ibubapa saya. Kami akan berjumpa di hujung minggu atau hari kelepasan saja.   Kami telah berkahwin selama 3 tahun dan masih belum mempunyai zuriat. Saya mendapati kitaran haid seperti berikut:   14 Jun 2013      11 Julai 2013    7 Ogos 2013 3 September 2013 30 September 2013 28 Oktober 2013 23 November 2013 18 Disember 2013 14 Januari 2014 10 Februari 2014 8 Mac 2014   Bolehkah dokter memberikan nasihat. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mendapati kitaran haid puan adalah normal antara 26-29 hari.   Apa yang perlu puan lakukan ialah mengira HARI SUBUR puan pada setiap bulan.  Apabila puan tahu hari subur puan, maka bolehlah puan merancang ... Read More »

Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat

  “Akum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF.   Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan.   Jika kualiti sperma suami rendah, boleh gunakan suplemen Proxeed Plus untuk meningkatkan kualiti sperma suami.   Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku.   Untuk info Proxeed Plus di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   wallahu a’lam. Read More »

Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi

  “Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang.  Normal atau tidak? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi.   Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda.   Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan.   Jika puan merasa sakit selepas menyusukan anak puan, berkemungkinan susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu masih berkumpul di dalam saluran susu kerana tidak habis dihisap oleh bayi puan.   Puan boleh menuam payudara puan ... Read More »

Sperma yang berkualiti rendah

  “Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.   Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan  sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.   Secara amnya, isipadu  air mani seorang lelaki apabila berlakunya  ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan  jumlah sperma yang dipancutkan  adalah 40-100 juta per ml.   Sperma  matang masak mempunyai stuktur  :   1.  Kepala,  yang  mengandung pati  nukleus yang penuh  dengan kromosom dan ... Read More »

Bengkakan lemak pada kulit

  “Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya tidak memeriksa puan. Namun saya percaya doctor yang memeriksa puan telah pun memberikan penerangan dan rawatan yang terbaik berdasarkan pemeriksaan yang dilakukannya.   Jadi janganlah bimbang tentang ... Read More »

Punca tangan, kaki dan lidah menjadi bengkak dan kebas semasa hamil

    “Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Wanita yang hamil, biasa mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki  dan jari kaki, mulut dan lidah.   Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas  dan akan hilang sebaik saja anak yang dkandung dilahirkan. Jadi dalam kebanyakan kes, tiada rawatan yang diperlukan.   Punca-punca kebas semasa hamil berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian ... Read More »

Ujian darah untuk mencari punca alahan

    “Salam docter, saya mahu membuat pertanyaan. Saya mengalami kegatalan sejak bulan Feb yang lalu. Saya tidak tahu apa punca kegatalan itu. Saya memang ada alahan tetapi sebelum itu saya tidak ada makan makanan seafood dan telur. Sampai sekarang gatal bertambah teruk sehingga menjadi sampai dekat kedua-dua siku dan lutut saya. Mula-mula kegatalan itu hanya dekat celah peha saja, yang mana telah menjadi kurap. Apa sebab kegatalan ini berlaku ya dokter? Saya sudah tidak tahan setiap mlm asyik menggaru sampai menjadi luka. Apa yang bagus diamalkan untuk kurangkan rasa gatal ini ya doc? Mohon bantuan dr doc. Terima kasih.”   WALAIKUM MUS SALAM   Ramai di antara kita yang mempunyai alahan yang menyebabkan kita bersin atau rasa gatal pada kulit. Malangnya kita tidak pasti apa punca alahan yang kita ... Read More »

Dimarahi kerana kehamilan kembar

  “Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal.   Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan.   Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan melayan puan sebagai pekerja, dengan tidak membenarkan puan menjalani pemeriksaan prenatal terutama ketika puan sedang hamil kembar.   Ini kerana semua kehamilan kembar adalah kehamilan yang berisiko ... Read More »

Rahim tidak kuat

  “Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula.   Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya.   Seorang wanita didiagnosakan sebagai ‘cervical incompetence’ apabila beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada trimester kedua atau kelahiran pramatang tanpa sebab yang diketahui.   Masalah ‘cervical incompetence’ selalunya berlaku pada trimester kedua atau ... Read More »

Rasa jantung berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit.   Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’.   Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan ... Read More »

Memotong kuku semasa hadas besar

      “Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?”   Dijawab oleh  Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad,   Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.   Dalam surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu ... Read More »

Merancang Anak Lelaki

  “ASSALAMU ALAIKUM. Saya sudah mempunyai 3 orang anak perempuan. Suami saya mahukan anak lelaki pula. Orang kata pemakanan yang diamalkan oleh ibu ketika merancang kehamilan boleh mempengaruhi apa jantina anak dalam kandungannya. Saya menerima pelbagai nasihat dari orang tua saya.Mohon pencerahan dan tip untuk mendapat anak lelaki.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pertamanya saya mengucapkan tahniah pada puan kerana ALLAH telah menganugerahkan 3 orang anak perempuan sebagai suatu tanggungjawab untuk puan menjaganya.   Puan harus rasa bertuah kerana ramai lagi wanita yang tidak mendapat anugerah seperti mana yang puan perolehi, ramai yang hanya mempunyai seorang anak dan ada yang tiada anak langsung.   Dalam memenuhi keinginan puan untuk mengambil lebih tanggungjawab dengan mendapat seorang lagi anak, saya berharap puan dapat menyatakan kesyukuran dengan lebih banyak. Puan boleh berusaha, ... Read More »

Tekanan darah yang tidak stabil

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung  dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala  di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor.   Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit kepala yang kerap berlaku dan tekanan darah yang tidak stabil (turun dan naik).   Pada kebiasaannya tekanan darah boleh menjadi turun dan naik tetapi tidak terlalu besar perbezaannya. ... Read More »

  Seorang rakan ingin minta saya promosikan “gula tebu hitam” yang cukup hanya setitik dalam minuman atau masakan.   Saya mencubanya.   “Ini gula tiruan aspartame. Bukan gula tebu hitam..”   Ya kah doctor?   “Saya pasti. Pertama rasanya macam pahit sikit (metallic taste) dan keduanya aspartame memang sangat manis, iaitu 200 kali lebih manis dari gula tebu. Sebab itu setitik pun sudah cukup. Yang ketiga semua gula tebu sama, Cuma sepsis yang berlainan, tidak mengubah rasa dengan ketara. Keempat menggunakan setitik aspartame memang tiada kalori. Sebab itu ramai pesakit diabetic gunakan sebagai pengganti gula..”   Jadi tidak boleh gunalah…?   “Boleh, tapi jangan menipu cakap benda ni asal dari gula tebu hitam. Kedua kalau sebotol kecil harga RM50, elok beli je jenama EQUAL tu sebab lebih murah..”   Wallahu ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk memberikan lebih banyak buah, serat dan jus buah-buahan.   Kanak-kanak yang makan banyak makanan ringan, dan makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, boleh mengalami masalah sembelit yang kronik. ... Read More »

Air Mani Cair

  “Salam doctor, saya ingin bertanya. Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum mempunyai zuriat. Baru-baru ini suami saya telah melakukan pemeriksaan air mani di sebuah klinik dan doctor memberitahu air mani beliau cair. Pada hal setahun yang lalu pemeriksaan air mani beliau normal. Walau bagaimana pun saya perasan bahawa air mani suami saya mudah keluar dari faraj selepas persetubuhan. Pertanyaan saya ialah jika air mani suami saya cair, ada ubat tak bagi menyembuhkan beliau? Mohon pencerahan. Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Mungkin terma yang sesuai digunakan oleh doctor itu ialah “oligozoospermia”, iaitu  merujuk kepada kepekatan air mani dengan kepekatan yang rendah. Dalam bahasa mudahnya mungkin disebut sebagai air mani yang cair.   Ologosperma akan menyebabkan seorang suami akan mengalami masalah  kesuburan, selalunya mengambil masa yang ... Read More »

Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?

  “Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan”     Wa alaikum mus salam.   Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka.   Ini boleh membawa kepada masalah sembelit.   Menurut Akademi Pediatrik Amerika, di dalam Panduan mereka untuk “Pemakanan Anak Anda”, mencadangkan “pengambilan harian serat untuk seseorang ... Read More »

Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur

  “Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya  yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur.   Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik.   Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami kerosakan gigi. Membiarkan bayi puan minum dalam botol ketika berbaring juga boleh meningkatkan risiko bayi puan mengalami tercekik dan jangkitan kuman pada telinga .   ... Read More »

Punca payudara sakit

  Terdapat beberapa punca tidak berbahaya yang menyebabkan sakit payudara, yang berkaitan dengan perubahan hormon. Ini boleh termasuk: 1. Awal waktu baligh pada kanak-kanak perempuan 2. Kedatangan haid dan sindrom prahaid (PMS) 3. Kehamilan – terutama di awal kehamilan Jika sakit payudara berlaku selepas beberapa melahirkan anak, ia mungkin disebabkan oleh Mastitis, iaitu jangkitan kuman pada saluran kelenjar susu. EKF sangat baik untuk wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada payudara. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah   Wallahu a’lam.   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia Bagi individu yang mengalami ... Read More »

Ubat Penahan Sakit untuk Wargatua boleh menyebabkan AF dan MI

    Nonsteroidal ubat anti-radang (NSAID), termasuk NSAID nonselective dan cyclooxygenase-2 (COX-2) inhibitor, sering diberikan bagi mengurangkan rasa kesakitan pada sendi dan tubuh, serta akibat kecederaan, dan keradangan .   Dalam satu kajian meta-analisis yang diambil dari 31 kajian yang melibatkan 116,429 pesakit, memeriksa risiko berlakukan masalah kardiovaskular yang berkaitan dengan NSAIDs.   Berbanding dengan placebo, terdapat peningkatan yang ketara terhadap risiko serangan sakit jantung, strok, dan kematian akibat masalah kardiovaskular terhadap penggunaan NSAID (terutama wargatua).   Rujuk: Trelle S, Reichenbach S, Wandel S, et al. Cardiovascular safety of non-steroidal anti-inflammatory drugs: network meta-analysis. BMJ. 2011;342:c7086.   Antara punca wargatua mempunyai risiko yang tinggi ialah apabila NSAID boleh menyebabkan AF (degupan jantung di bahagian atrium yang laju) terutama pada wargatua yang mempunyai masalah tekanan darah yang tinggi atau lemah jantung. ... Read More »

Makanan yang menghasilkan angin dalam abdomen

    Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.   * Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.   * Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.   * Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.   * Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.   * Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.   Beras ... Read More »

Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup

  “Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor”   Wa alaikum mus salam.   Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka.   Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi hanyalah berdsarkan logik dan pengalaman yang mereka timba sepanjang perjalanan hidup.   Saya menasihatkan puan agar memeriksa setiap nasihat yang diterima dengan doktor yang merawat anak ... Read More »

Bengkakan Payudara

  Assalamualaikum doktor… Saya hendak bertanya mengenai permasalahan breast lump yg telah saya alami selama 1@2 tahun.Saya perasan timbulnya biji sebesar guli selepas saya memakan “thanyaporn breast enlargement” pada tahun 2012.Saya amat takut untuk bertemu dengan doktor di Brunei. Adakah dengan memakan EKF lumps tersebut akan mengecut? Untuk pengetauhan doktor,saya telah memakan EKF selama 10 hari secara teratur. Saya ingin mengambil suplement ini secara berterusan tanpa perlu membuat sebarang pembedahan.Adakah doktor ada saranan lain? Terima kasih di atas maklum balas yang doktor beri.   Wa alaikum mus salam. Berdasarkan pada cerita puan, saya yakin ia bukanlah ketumbuhan yang disebabkan oleh kanser payudara kerana puan telah mengalaminya sejak 1-2 tahun lepas.   Namun begitu elok puan membuangnya jika ia terlalu sakit  atau mengganggu rutin kehidupan puan.   Selain itu, puan juga ... Read More »

Membantu pesakit dalam penerbangan

  Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan.   Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini.   Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya menjadi biru. Alhamdulillah saya membantunya menggunakan kemahiran pertolongan cemas yang saya ada.   Dalam masa 15 minit, beliau telah sedar semula. Sejam kemudian, ketika bas berhenti, beliau telah turun dan menikmati minuman panas di sebuah R&R.   Bagaimana pula jika ia berlaku dalam sebuah penerbangan?   Secara purata dalam dunia penerbangan kormesial, kecemasan yang melibatkan perubatan berlaku di atas kapalterbang, berlaku kira-kira 15 kali sehari.   Apabila berlaku kecemasan dalam penerbangan, kebanyakan doctor agak keberatan untuk membantu ... Read More »

Sukar Hamil akibat Azoospremia?

  “Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan”     Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula.   Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk.   Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti sperma yang kurang baik.   Setakat ini belum ada lagi ubat untuk memperbaiki sperma, kecuali hanya suplemen.   Saya mencadangkan puan menggunakan suplemen ProxeedPlus untuk meningkatkan ... Read More »

Steroid dalam ubat herba.

  “Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi.   Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi untuk melegakan kesakitan.   Padahal banyak kesan sampingan yang boleh didapati dari ubat-ubat tiruan yang mengandungi steroid. Antaranya ialah peningkatan berat badan secara tiba-tiba.   Tanpa disedari, ginjal mereka ... Read More »

Haid tak datang selepas gunakan Postinor

  “Assalammualaikum doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Minggu lepas saya ada melakukan hubungan intim bersama suami saya, dan disebabkan kami berada jarak jauh, saya merancang menggunakan postinor 2 tuk mngelakkan hamil. Masalah saya kenapa saya masih belum dating hai, sedangkn saya dah mengambil kedua2 biji seperti yang di sarankan. Seseblum ini saya tiadak ada masalah apabila ambil postinor. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Semua ubat-ubatan pencegah kehamilan mempunyai kesan sampingan. Paling biasa kesan sampingan adalah kecil, namun ada beberapa kesan sampingan yang boleh menjadi lebih serius.   Saya harap puan mengambil Postinor atas saranan doctor dan bukan membelinya sendiri dari farmasi. Ini kerana pil perancang keluarga memerlukan pemantau doctor terhadap kesan-kesan sampingan sebelum dan selepas mengambil Postinor..   Antara kesan ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi.   Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air suam, karena air sejuk boleh menyebabkan bayi mengalami hipotermia. Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun ... Read More »

Simpan susu formula dalam peti sejuk

    “Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan. Memandangkan susu itu agak mahal, bolehkah saya menyimpan dalam peti sejuk, dan berapa lama ia boleh disimpan?”   Wa alaikum mus salam.   Setelah puan membancuh susu formula, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari sejam.   Ini kerana dibimbangi susu itu akan membiakkan bakteria di dalamnya.   Jadi jika bayi puan tidak mahukan lagi sus botol, buangkan saja bakinya jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik.   Oleh itu, saya mencadangkan puan membancuh susu formula setiap kali waktu penyusuan dan bukannya membancuh susu formula dan disimpan.   Walaupun menyimpannya didalam petisejuk, bakteria boleh membiak dalam susu dalam tempoh masa empat jam. Jadi jangan simpan susu formula di dalam peti sejuk selama lebih 4 ... Read More »

Penagih Expresso

    Baru-baru ini saya menikmati expresso di kedai kopi Costa di UK. Secangkir kopi espresso menjadi minuman harian bagi kebanyakan warga Britain setiap pagi hari. Oleh itu kedai kopi dipenuhi dengan pelannggan yang  menunggu kopi espresso kesukaan mereka.   Setelah diminum, mereka terus pergi meneruskan destinasi ke tempat kerja dan tidak berlama-lama di kedai kopi. Sebab itu ia dinamakan expresso.   Tidak semua kopi hitam disebut espresso. Hanya kopi hitam dengan buih di bahagian atasnya, harus disebut sebagai espresso.   Espresso adalah hasil ekstrak biji kopi hitam dengan mesin khas.   Espresso harus dinikmati dalam cawan ukuran kecil, sekitar 30 ml saja. Untuk menikmatinya pun tidak boleh lebih dari 20 saat.  Ia diminum secara perlahan-lahan dan terus habiskan.   Cara terbaik menikmati kopi ini adalah tanpa ditambah gula. Bagi ... Read More »

Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?

  “Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.”   Wa alaikum mus salam.   Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul.   Ia tidak memudaratkan.   Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan.   Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan menetapkan waktu selalunya waktu pagi atau sebelum tengah hari.   Secara tradisinya masa yang di dicadangkan oleh kebanyakan orang-orang tua, adalah pada waktu pertengahan pagi, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!