Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 20)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Hamil perpanjangan melebihi 40 minggu

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh yang sepatutnya beliau melahirkan, atau dinamakan Expected Date for Delivery (EDD).   Semakin lama seorang wanita itu hamil (melebihi 40 minggu) semakin tinggi risiko pada wanita yang hamil dan ... Read More »

Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

  “Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula.   ALLAHU AKBAR !!.   Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya.   Berapa besar risiko ini bergantung kepada punca kerosakan buah pinggang, tahap kerosakan buahpinggang, tahap kawalan penyakit darah tinggi yang datang bersama penyakit buah pinggang itu, dan berapa banyak kuantiti protin dalam air kencing.   ... Read More »

Haid tidak menentu selepas melahirkan anak,

  “As salam mu alaikum. Dr, saya baru melahirkn anak bulan September 2013. Saya hanya datang haid pada Jan 2014 sekali saja. Sampai sekarang bulan April, saya belum kedtangan haid lagi. Ujian UPT saya negatif dan saya mengambil pil perancang keluarga. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih” Dr Zubaidi Hj Ahmad WA ALAIKUM MUS SALAM Untuk mendapat kitaran haids yang normal seperti kitaran haids sebelum hamil, akan mengambil masa yang lebih lama kerana wanita-wanita sedang mengalami perubahan hormone dan tubuh mereka sedang mengatur semula ketidakseimbangan ini. Namun ini semua bergantung pada individu. Jadi jika darah haids yang keluar sama ada terlalu sedikit, terlalu banyak, hanya beberapa hari atau berpanjangan sehingga melebihi 15 hari adalah menjadi kebiasaan pada beberapa bulan selepas keguguran atau melahirkan anak. Namun begitu jika keadaan ini berulang selama ... Read More »

Merancang tidak hamil tanpa pil dan suntikan

  Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur. Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 kitaran haid. Walaupun ada doktor yang mengatakan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur, namun ia lebih berisiko. Jika tidak mampu ‘berpuasa’ pada hari tersebut, masih boleh guna kaedah ... Read More »

Hari terbaik untuk melakukan hubungan intim

Telur ovum tidak hidup lama, hanya 1-2 hari sahaja. Dan ALLAh hanya mencipta satu telur ovum dalam setiap kitaran haid. Sementara sperma pula hidup lebih lama antara 3-5 hari dan ALLAh mencipta berjuta-juta apabila dilepaskan ke dalam faraj isteri. Apabila seorang suami melakukan hubungan intim bersama isteri, pada masa 3 hari sebelum hari subur, atau 2 hari selepas hari subur, maka seorang isteri mem[unyai peluang yang cerah untuk hamil. Saya menasihatkan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap selama 28 hari agar melakukan hubungan intim bersama suami pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 kitaran haid untuk meninggikan peluang untuk hamil. Melakukan hubungan intim haruslah dilakukan pada kitaran yang mendatang dan diteruskan sehingga hamil. Jangan mudah berputus asa dengan rahmat ALLAH. Kesuburan lelaki dapat ditingkatkan dengan suplemen ... Read More »

Kitaran Haid yang normal

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari. Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah: Hari 1-7 Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan. Hari 7-14 Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan menebal bagi persediaan untuk hamil. Ovum dalam ovari pula mematangkan diri untuk dikeluarkan ke saluran fallopian bagi tujuan persenyawaan. Hari 14 Pada masa ini proses ovulasi bermula di mana telur ... Read More »

Adakah makan buah-buahan akan menambahkan gula dalam darah wanita yang hamil

  “Assalamu alaikum doktor,  saya ada pertanyaan mengenai kadar gula yg terkandung dalam buah-buahan seperti mangga, ciku dsb.  Adakah dengan mengambil buah-buahan ini juga akan meningkatkan kadar gula dalam badan, sekaligus meningkatkan bacaan gula semasa ujian BSP bagi wanita hamil?  Mohon penjelasan, terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua wanita hamil perlu disaring untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil dengan mengambil kira sejarah perubatan wanita itu.   Setelah seorang wanita itu risiko mengalami penyakit  itu, ujian Ujian Toleransi Glukosa akan dilakukan dengan meneriksa  kandungan gula wanita itu sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan sebelum tidur. Ia juga dikenali sebagai BSP.   Kandungan gula yang normal antara  4-6 mmol/L.   Gula dalam buah-buahan termasuk gula dari tebu adalah gula yang kompleks iaitu sucrose iaitu ... Read More »

Banyakkan amalan dengan menunjukkan amalan yang baik

Saya percaya amalan-amalan kecil yang kita lakukan memberikan kepuasan pada diri seperti membayar harga kopi kepada orang yang minum di hujung kedai dan kita tidak kenali, memegang pintu untuk orang asing, memberikan senyum kepada penjaga tol atau cashier, membantu mengambilkan barang ayng terjatuh dan pelbagai amalan kecil kepada orang asing yang kita tidak kenali. Tanpa keita sedari atau kita hendaki, orang yang kita bantu itu selalunya akan mengingati perbuatan baik kita dan mungkin untuk mendoa kita semula. Saya pernah berjumpa seorang doctor siswazah di sebuah konvensyen perubatan. Ketika sedang menghirup expresso bersendirian, seorang anak muda yang baru saja menjalani latihan di hospital awam menegur saya. “Doktor tak ingat saya? Ibu saya doctor pernah rawat mak saya di wad. Masa itu semua jururawat dan doctor sibuk. Doktor datang membantu nurse di ... Read More »

Pendarahan haid yang lama menyebabkan mudah letih

  “Assalammualaikum dokter. Saya mempunyai isteri yg sering mengalami pendarahan haid yg byk setiap bulan semenjak remaja. Masalahnya dia akan keletihan sepanjang hari sehingga mc setiap kali period. Apakah supplement atau makanan yg dapat membantu mengatasi keletihan ini. Bulan 1 yg lepas dia baru menjalani laparskopi utk membuang normal cyst sebesar 4cm. Harap dokter dpt membantu. Terima kasih.”       WA ALAIKUM MUS SALAM     Pendarahan haid yang banyak boleh menyebabkan kekurangan sel darah merah (anemia) sehingga puan mengalami rasa penat dan mudah letih.     Saya percaya tentu isteri tuan telah menjalani pemeriksaan darah untuk menentukan tahap kekurangan darah merah puan. Doktor pasti telah memberikan ubat untuk mengatasi masalah itu.     Ovarian Cyst yang beliau telah buang dengan pembedahan boleh berulang, dan harus dipantau dengan pemeriksaan ... Read More »

Makan tapai ketika hamil

  “As salamu alaikum  doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.   Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar mengambil makanan yang mempunyai alkohol walaupun sedikit semasa hamil sekurang-kurangnya untuk tiga bulan pertama kehamilan puan.   Ini kerana tapai mengandungi sedikit alkohol yang dibenarkan, dan sangat cepat sampai bayi dalam rahem melalui plasenta.   ... Read More »

Cider Epal dan Kurma ada alkohol, boleh digunakan?

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya amat keliru apabila membaca satu artikel yang mengatakan bahawa cider epal dan kurma mengandungi alcohol. Adakah ia boleh digunakan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai umat Islam di Malaysia keliru dan berfikir bahawa apa-apa dengan kandungan alkohol adalah “haram ” mengikut syariat Islam.   Tidak semua makanan yang mengandungi alcohol tidak dibenarkan.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi, cider buah-buahan termasuk epal. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.   Namun jika proses penapaian dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan makanan atau minuman yang memabukkan dan ... Read More »

Produk kosmetik dari bahan plasenta haiwan

  “Assalamu alaikum, doctor. Betul ke placenta yang digunakan di dalam kosmetik diharamkan dalam Islam, walaupun ia menggunakan placenta (uri) dari lembu atau biri-biri? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia, penggunaan uri atau plasenta yang berasal dari haiwan yang halal dimakan dan disembelih untuk bahan kosmetik luaran dan ubat sapuan hukumnya mubah (dibenarkan).   Namun, jika penggunaan plasenta berasal dari bangkai hewan halal (binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih dengan cara yang tidak sesuai dengan ketentuan syar’i) hukumnya haram.   Hukumnya sama seperti penggunaan soft gel yang diperbuat dari gelatin haiwan.   Jika uri atau plasenta itu diambil dari haiwan yang hidup setelah melahirkan anaknya, ia dianggap najis kerana ia telah berpisah dari tubuh haiwan tersebut. Maksudnya ia harus ... Read More »

Apakah itu Perubatan Islam?

  Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin   Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, saya ada saudara yang menganggap bahawa kita tidak patut mengambil berubat dengan ubat-ubat yang lain dari yang Nabi s.a.w dah ajar. Dia kata perubatan Islam seperti ubat-ubat nabi sudah sempurna. Ubat-ubat hospital atau orang putih itu tidak sesuai dengan orang Islam. Orang Islam patut pegang ubat Islam, bukan ubat kafir. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?   Maslina, Jerantut.   Jawapan Dr MAZA: Maslina, sikap saudara puan/cik yang ingin menghayati ajaran Nabi s.a.w itu amatlah baik. Namun, beliau memerlukan kefahaman terhadap Islam yang lebih jelas dalam masalah ini. Perkataan perubatan Islam itu sendiri memerlukan penjelasan berdasarkan nas-nas Islam itu sendiri. Untuk itu maka saya ingin menyentuh beberapa perkara berikut;   1. Tiada ... Read More »

Bolehkah wanita hamil makan sushi?

“Assalamualaikum dr, saya ingin bertanya tentang wanita hamil yg suka makan sushi. sy diberitahu, bahawa wanita hamil tidak boleh makan ikan mentah. sejak kebelakangan ini saya yg hamil 6 bulan suka makan sushi. adakah ia akan memberi kesan kepada bayi dan kesihatan? saya terfikir bagaimana pula dgn org jepun, adakah wanita mereka tidak makan sushi ketika hamil? selalunya saya akan ke restaurant jepun yg halal atau ke ISETAN utk membeli sushi dimana sy rasa mereka menyediakan makanan yg bersih dan halal. Harap doc dapt memberi pencerahan dan informasi. terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Susah saya hendak menyatakan sama ada makanan Jepun Sushi itu berbahaya atau tidak. Ini bergantung kepada bagaimana makanan ini disediakan.   Jika sushi ini disediakan dari ikan yang disejukbekukan, mungkin ia tidak mendatangkan bahaya. ... Read More »

Payudara tidak mengeluarkan susu setelah pembedahan Ceserean

  “Salam. Doktor, saya baru melahirkan anak dua hari lepas secara pembedahn Ceserean. Saya mendapati bahawa payudara saya tidak mengeluarkan susu yang banyak. Hanya sedikit saja itu pun agak pekat. Kemudian tidak keluar langsung. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang puan berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.   Kolostrum juga kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi.   Susu ibu yang sebenarnya akan keluar kira-kira tiga hari selepas anda melahirkan, apabila tahap prolaktin telah stabil.   Jika puan telah melahirkan anak sebelum ini, susu ibu yang sebenar akan keluar dengan lebih cepat.   Tubuh akan ... Read More »

Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?

  “Salam doctor. Saya seorang ibu yang menyusukan anak kembar saya berumur 6 bulan. Masalah saya ialah saya mengalami kekeringan susu dan saya merasakan bahawa saya tidak cukup untuk memberikan susu kepada kedua orang anak kembar saya.   Saya bertubuh kecil 150cm dan mempunyai payudara yang bersaiz C saja. Adakah saiz payudara saya mempengaruhi susu yang dihasilkan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana puan mempunyai dua orang anak kembar. Itlah rahmat ALLAH.   Namun setiap rahmat dan rezeki yang ALLAH berikan, ada juga ujian yang disertakan, bagi melihat siapakah di antara kita yang baik amalannya.   Payudara yang kecil tidak bermakna puan tidak boleh menyusukan anak puan dengan baik. Apa yang penting ialah bagaimana kelenjar susu puan berindakbalas dengan hormone Prolaktin dan bagaimana puan menjaga pemakanan ... Read More »

Perubahan payudara ketika hamil

  “Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya hamil 32 minggu dan saya mendapati bahawa payudara agak tegang dan kawasan sekitar nipple saya berwrana lebih gelap dan terdapat banyak bintik-bintik kecil disekitarnya. Adakah ini bahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan jangan risau atas perubahan payudara yang puan alami. Ia adalah perubahan yang normal dan semulajadi.   Sebaik sahaja puan hamil, payudara puan akan mula mengalami perubahan bagi menyiapkan payudara puan mengeluarkan susu.   Oleh itu tanda seorang wanita sedang hamil adalah payudara mereka menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan wanita itu. Walau bagaimana pun ia bukanlah tanda yang pasti bagi suatu kehamilan.   Pemeriksaan air kencing (UPT) dan pemeriksaan ultrasound dapat membantu seorang wanita mengesahkan kehamilannya.   Berbalik kepada perubahan pada payudara seorang ... Read More »

Tidak semua pesakit perlukan ubat

        Saya pernah bertanya kepada seorang doktor junior semasa buat ‘round’ pada awal pagi di ward bedah.       Beliau adalah doctor Cina yang baru graduasi dari Australia. Cantik. Dan lulus dengan cemerlang.       “How do you define ‘patient’?, Dr Choo”       “Person who come to hospital with disease?” jawabnya ringkas, tetapi berupa pertanyaan semula.       Dia amat menghormati saya walaupun saya hanya graduasi dari India. Mungkin cara beliau dididik dalam keluarga. Atau mungkin dia melihat saya banyak membantu beliau melakukan kerja-kerja wad.       “Do you know, few of them actually no need to give any medicine?”       Dr Choo agak tergamam. Mungkin dia menyangka setiap orang yang sakit harus diberi ubat untuk menyembuhkan mereka.   ... Read More »

Ubat Imodium mengandungi Kapsule Gelatin Babi ditarik balik

        Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat pemegang pendaftaran ubat cirit-birit Imodium Capsule yang disahkan mengandungi unsur babi supaya menarik balik produk itu dari pasaran.       Arahan tersebut dibuat selepas siasatan syarikat itu sendiri mendapati terdapat perubahan pada sumber gelatin yang digunakan oleh pembekal daripada bovine only source (lembu) kepada campuran lembu dan porcine (babi).       Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, pihak pembekal bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pengilang dan pemegang pendaftaran ubat berkenaan mengenai perubahan dalam ramuan ubat tersebut.       “Kami sudah meminta mereka tarik balik kesemua bekalan ubat itu dari pasaran dan mengemaskinikan label agar ia menepati ramuan yang digunakan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam.       Kenyataan beliau ... Read More »

Jangan terlalu ego dengan ilmu di dada

  Seorang doktor pakar terpaksa menaiki sebuah bot melintasi sebuah sungai yang panjang untuk pergi ke sebuah rumah pesakit. Dalam perjalanan yang agak lama, dia bercerita kejayaannya merawat pelbagai jenis penyakit kepada orang-orang di sekeliling. Ada yang hampir mati, berjaya sihat dengan rawatan diberi. Ada yang hampir buta dibantu dengan pelbagai pembedahan. Pakcik pemandu bot bertanya, “bolehkah doktor memberitahu pakcik mengapa mata pakcik kuning ni..” Doktor itu memeriksa mata pakcik dan tersebut, dan memberitahu “Ini jaundice. Pakcik tahu apa jaundice..?” Pakcik itu menjawab “Saya tidak tahu..” “Oh bahaya pakcik. Penyakit ini jika disebabkan oleh hepatitis B, pakcik akan mati dalam masa 10 tahun” Tiba-tiba ada orang menjerit dari hujung bot.. “Bot bocor..bot bocor…” Pakcik itu segera berpaling kepada doktor pakar itu. “Doktor tahu berenang? ” Doktor pakar itu menggelengkan kepala.. ... Read More »

Pesakit penagih dadah saya yang berubah ..

Seorang doktor siswazah bertanyakan saya, bagaimana memberikan dakwah kepada pesakit. Saya agak terperanjat kerana saya bukannya ustad yang mendalami usul dakwah. Saya diam dan memberitahu “Tunjukkan akhlak yang baik”. Orang yang sakit selalunya mempunyai pelbagai perasaan dalam minda mereka. Mereka mahu dibantu secara fizikal, mental dan spiritual. Semasa saya bekerja sebagai doktor siswazah dulu di Hospital Sultanah Aminah, saya pernah membantu seorang pesakit saya berusia 20an yang terbakar akibat kejutan eletrik kerana cuba mencuri pendawaian elektrik dalam bangunan terbengkalai. Beliau terkial-kial mencapai sudu di atas meja di sebelah beliau. Saya membantu beliau dan dapat menyuapkan beberapa sudu bubur ke mulut beliau. Mukanya masam. Tidak mengucapkan terima kasih pun. Dalam hati, bengang juga, tetapi saya betulkan niat saya balik. Saya membantu kerana ALLAH, jadi buat apa saya mahukan ucapan terima kasih ... Read More »

Perlukah Mengepam Susu di Tempat Kerja?

        “Salam doctor. Saya menyusukan anak dan masalah saya payudara cepat penuh dengan susu. Kalau di tempat kerja saya, adakalanya sampai baju saya basah. Ia memalukan. Perlukah saya mengepam susu saya? Bolehkah ia diberikan kepada anak saya nanti bila pulang di rumah? ”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi wanita yang menyusukan anak seperti puan, mengepam susu badan di tempat kerja ada kalanya tidak menyenangkan kerana ada kalanya puan tidak mendapat tempat yang lebih privasi.   Walau bagimanapun, ia banyak memberikan faedah kerana susu itu boleh puan simpan untuk diberikan kepada anak puan apabila pulang nanti.   Cuma pastikan anak puan tidak diberikan susu sekurang-kurangnya SEJAM sebelum puan pulang untuk memberikan anak puan susu.   Jika anak puan telah diberikan susu oleh penjaga di TASKA, berkemungkinan ... Read More »

Mudharatkan bayi dalam rahem jika ibu hamil muntah keterlaluan beberapa hari?

  Loya dan muntah ketika hamil tidak akan mengancam bayi anda jika ia tidak serius dan puan masih lagi dapat menyimpan sedikit makanan dan minuman yang dimakan dalam perut.   Jika puan tidak mampu menelan makanan yang seimbang kerana tidak berselera dan amat loya, puan boleh makan apa saja yang puan mampu.   Insha ALLAH bayi puan akan mendapat manfaat dari makanan yang puan makan.   Jangan terlalu risau kerana kebanyakan nutrient sebelum hamil disimpan sebagai stok dalam organ hati, dan akan dikeluarkan ketika puan mengalami masalah tidak ada selera dan tidak dapat makan dengan sempurna.   Jadi insha ALLAH bayi puan akan selamat dan tidak menjadi kemudaratan pada bayi puan.   Selain itu saya mencadangkan agar puan menambahkan vitamin folik asid kerana bagi membantu tulang belakang dan sistem saraf ... Read More »

Loya dan muntah ketika hamil sehingga berat badan turun

      “Assalammualaikum dokter. Saya berumur 30 tahun dan hamil anak ke 4 dan usia kehamilan saya minggu. Saya mengalami kehilangan berat badan sebanyak 3.7kg. (dari 67.7kg turun kpd 64.7kg) ..   Saya mudah letih dan kerap susah untuk bernafas dan mengganggu saya menyiapkan kerja-kerja rumah.   Saya juga tidak ada selera untuk makan, sehinggakan hanya makan nasi putih, ikan dan sedikit buah-buahan. Saya mengalami masalah untuk tidur.   Dokter, saya sangat risau dan mohon nasihat doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya menasihatkan puan agar berbincang tentang masalah kehilangan berat yang agak ketara dengan doctor yang merawat puan sepanjang kehamilan.   Agak sukar bagi saya memberikan jawaban yang pasti mengenai masalah puan. Saya mencadangkan melakukan pemeriksaan darah terutamanya fungsi kelenjar thyroid dan tahap haemoglobin puan bagi menentukan ... Read More »

Adakah pesakit koma boleh hidup semula?

  “Salam doctor. Baru-baru ini bapa saya telah koma dan ditempatkan di ICU selama seminggu. Bolehkah beliau boleh sembuh semula? Saya sangat sedih melihat keadaan beliau. Saya sayangkan bapa saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Pesakit tidak sedarkan diri akibat koma yang lama (vegetative), boleh sembuh semula dan bangun dari keadaan koma, dengan syarat pesakit masih mempunyai aktiviti otak.   Dalam keadaan ini, pesakit belum lagi keadaan mati yang hakiki, yang selalunya disebut brain death. Maka alat bantuan pernafasan tidak boleh ditanggalkan.   Bagi membezakan keadaan ini, pemeriksaan menggunakan FDG-PET atau MRI yang mengesan fungsi aktif otak.   Jika didapati bahawa bapa saudara mempunyai bukti klinikal dan bukti imbasan MRI FDG-PET bahawa otaknya masih berfungsi, maka beliau masih ada lagi harapan untuk sembuh.   Wa allahu a’lam ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Herba Cina berkesan untuk pesakit Rheumatoid Arthritis

  Satu ekstrak tumbuhan yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina didapati berkesan untuk rawatan jangka pendek penyakit Rheumatoid Arthritis. Sebelum ini doctor akan memberikan ubat seperti methotrexate sebagai salah satu ubat untuk merawat Rheumatoid Arthritis. Dalam kajian yang dilakukan mendapati bahawa kombinasi ekstrak tumbuhan dan Methotrexate dapat memberikan kesan yang optima. Ini bermakna kesan sampingan methotrexate dapat dikurangkan. Kajian yang dilakukan selama 6 bulan, mendapati bahawa sebanyak 46.4% daripada pesakit yang menerima rawatan ubat methotrexate telah mendapat manfaat kelegaan dari rasa sakit, seperti mana yang dikategorikan oleh American College of Rheumatology. Sementara 55.1% pesakit yang menerima ekstrak tumbuhan Tripterygium wilfordii pula mendapat manfaat yang sama. Yang menariknya apabila kedua-duanya digabungkan dan diberikan kepada pesakit sebanyak 76.8 % daripada pesakit menerima ubat-ubat ini mendapat kelegaan dari rasa sakitnya. Kajian ini ... Read More »

Anak berbakat adalah anugerah

“Salam doctor, saya ada seorang anak yang saya rasa dia berbakat. Umur dia 3 tahun. Percakapan dia sangat jelas dan tidak pelat. Pandai menggunakan perkataan yang betul. Dia sudah kenal huruf seawal umur satu setengah tahun dan sudah boleh mengeja. Saya bimbang mendengar orang bercakap mengatakan budak yang bijak ini nanti apabila masuk ke dalam tadika akan cepat bosan kerana banyak yang dipelajari dia sudah tahu. Ini menyebabkan saya kurang mengajarnya. Ada lagi yang mengatakan budak yang terlalu bijak sangat nanti akhirnya tidak berjaya. Itu yang saya risaukan. Apa yang perlu saya buat. Minta pencerahan dari doktor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan tahniah kerana puan memiliki anak yang berbakat. Segala puji bagi ALLAH atas kurniaan yang hebat itu. Apabila kita mendapat satu anugerah yang hebat, maka ramai yang akan ... Read More »

Wanita hamil dan kafeine

  “Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana.   Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh).   Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.   Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi.   Kafein melintasi masuk ke dalam uri dan seterusnya akan memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahem kerana akan menyebabkan bayi akan terus ... Read More »

Wanita hamil perlu mengelakkan mengambil produk haiwan terutama hati dalam pemakanan

  Bagi wanita hamil, saya mencadangkan mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan.   Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahem.   Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid.   Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.   Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.   Bagi wanita hamil, keperluan vitamin A yang disyorkan ialah 750 mg (2,500 IU ) dalam sehari.   Seorang wanita yang hamil tidak perlu mengambil ... Read More »

Batu karang dan darah dalam air kencing

  “ASSALAMUALAIKUM, Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Adakah keadaan ini berbahaya, doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang.   Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.   Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing ... Read More »

Benarkah bayi sedawa dalam rahem?

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya hamil bayi pertama. Baru-baru ini saya telah berjumpa doctor dan telah menjalani pemeriksaan ultrasound. Kami diberitahu bahawa anak kami sihat dan telah mengalami “hiccup” walaupun masih berada dalam rahem. Saya agak pelik dengan kenyataan doctor itu tetapi saya tidak mendapat penjelasan yang baik dari doctor tersebut.   Benarkan bayi dalam rahem boleh “hiccup” atau sedawa?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bayi sememangnya boleh sedawa dalam rahem, tetapi sedawa bayi tidaklah seperti sedawa orang dewasa.   Apabila bayi semakin matang di dalam rahem, secara semulajadinya mereka akan mula belajar bernafas bagi memudahkan mereka bernafas dengan betul apabila mereka dilahirkan nanti.   Aktiviti pernafasan dan sedawa ini sebenarnya ialah pergerakan diaphragm yang turun dan naik.  Ia lebih ketara apabila bayi memasuki usia kehamilan 24 minggu, dan ... Read More »

Kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah

  “Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah.   Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit.   Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius.   Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih serius jika ia menyebabkan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, denyutan jantung yang cepat dan rasa loya.   Saya mencadangkan puan berjumpa dengan doctor semula bagi mendapatkan rawatan yang lengkap. Read More »

Masalah air mani di kalangan lelaki

  Ramai lelaki mempunyai nafsu seks yang normal dan ereksi normal, tetapi mempunyai masalah dengan puncak syahwat dan ejakulasi (orgasm/climax) yang mengganggu keseronokan seksual. Masalah-masalah ini boleh termasuk :   mencapai puncak syahwat dan ejaculating terlalu cepat (pancutan pramatang) kesukaran mencapai orgasma (pancutan terlalu lambat) mencapai orgasma tetapi tidak mempunyai ejakulasi ( pancutan kering ). Setiap satu daripada masalah-masalah ini mungkin mempunyai beberapa sebab-sebab yang berbeza, termasuk keadaan kesihatan, pembedahan dan kesan sampingan ubat.   Untuk masalah (2) dan (3) yang berkaitan dengan air mani, saya mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus untuk memperbaiki kualiti sperma dan memperbanyakkan kuantiti air mani.   Info lanjt di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   Wallahu a’lam Read More »

Bayi berdengkur ketika tidur

  “Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini. “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jawaban yang diberikan  seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam keadaan yang normal dan perlu pemeriksaan doktor.   Selalunya ia disebabkan lendir dalam saluran pernafasan.   Ia juga boleh disebabkan oleh bengkakan adenoid dan tonsil yang mengecilkan ruang ... Read More »

Mudharat dan bahaya tidak mengeluarkan IUCD dari rahem

    “Assalamu’alaikum Dr Zubaidi. Saya pernah masukkan IUD pada tahun 2008 tujuannya untuk family planning. Tapi sampai sekarang saya masih pakai IUD tu. Ada effect tak? Sebab Doktor tu kata boleh pakai cuma 3 tahun. Ni dah nak masuk 6 tahun. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doktor akan memberitahu jangka hayat IUCD yang digunakan.  Selalunya antara 3-5 tahun.   Saya mencadangkan puan mengeluarkannya bergantung kepada tempuh hayat IUCD yang digunakan.   Jika puan menyimpan terlalu lama, ia boleh mendatangkan mudharat.   IUCD yang lama tidak mencegah puan dari hamil. Ini bermakna puan boleh hamil dengan IUCD berada di dalam rahem puan. Puan boleh mengalami keguguran.   IUCD yang lama juga boleh mengundang jangkitan pada rahem.   IUCD yang lama juga mudah patah dan jika bahagian ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!