Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Aspartame Berbahaya?

Aspartame Berbahaya?

ASPARTAME

 

“Salam, doctor. Saya ingin bertanya adakah aspartame yang terdapat dalam pemanis tiruan itu boleh menyebabkan kanser otak seperti mana tuduhan dalam internet?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Isu ini telah dijawab oleh satu badan berkuasa yang menjaga keselamtan produk pemakanan dan ubat di Amerika Syarikat, FDA USA. Mereka telah yang telah menubuhkan Lembaga Siasatan Awam pada tahun 1980 bagi memeriksa dakwaan ini dan mendapati bahawa aspartame tidak menyebabkan kerosakan otak.

Rujuk : Testimony of Dr. Adrian Gross, Former FDA Investigator to the U.S. Senate Committee on Labor and Human Resources, 3 November 1987. Hearing title: “NutraSweet Health and Safety Concerns.” Document # Y 4.L 11/4:S.HR6.100, page 430–439.

 

Jawapan mereka disokong oleh banyak lagi kajian mendapati tiada hubungan antara aspartame dan mana-mana kanser.

Rujuk: Butchko, H; Stargel, WW; Comer, CP; Mayhew, DA; Benninger, C; Blackburn, GL; De Sonneville, LM; Geha, RS; Hertelendy, Z (2002). “Aspartame: Review of Safety”. Regulatory Toxicology and Pharmacology 35 (2 Pt 2): S1–93.

 

Pendapat ini juga disokong oleh Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat.

Rujuk: “Aspartame and Cancer: Questions and Answers”. National Cancer Institute. September 12, 2006.

 

Selain itu ada tuduhan bahawa aspartame boleh menyebabkan gejala neurologi seperti sawan, sakit kepala, dan perubahan mood . Namun tiada bukti biokimia yang menunjukkan aspartame boleh menyebabkan kesan neurotoksik.

 

Rujuk: Lajtha, A (1994). “Aspartame consumption: lack of effects on neural function”. The Journal of Nutritional Biochemistry 5: 266–83.

 

Jadi aspartame selamat asalkan ia digunakan dalam dos yang dibenarkan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: