Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » asam gelugur membantu mengurangkan berat badan

asam gelugur membantu mengurangkan berat badan

ASAM GELUGUR MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN

 

 

 

Asam gelugur (atau asam keping) mempunyai nama botani Garcinia Cambogia – juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis.

 

Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Ia dipotong nipis dan dikeringkan, selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa, dan masakan asam pedas. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ia baik untuk mengurangkan berat badan.

 

 

Banyak kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti:

1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar
2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan
3. Mereka yang terlalu gemuk

 

Bahan utama dalam asam gelugor ialah Acid Hydroxy Citric (HCA) selalu digunakan sebagai rawatan herba yang amat berkesan untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tahap kolestrol.

 

Banyak kajian sains di Barat membuktikan HCA sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan, dan menghalang pengumpulan lemak (lipogenesis) dalam tubuh manusia.

 

Oleh itu kehilangan berat badan berlaku dengan dua cara:

 

1. Mudah kenyang

Penemuan terbaru mendapati HCA dapat membantu meningkatkan serotonin dalam otak, sehingga menyebabkan rasa mudah kenyang.

 

2. Menghalang pembentukan lemak asid (lipogenesis).

HCA menghalang penukaran glukos ditukarkan kepada lemak dalam sel-sel lemak.

 

Selain dari HCA, asam gelugor juga mempunyai asid citric yang lain seperti tartaric, malic dan asid ascorbic.

 

Asam gelugur kini semakin digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Jumlah yang dicadangkan ialah 500 mg HCA diambil 3 kali sehari sebelum makan.

 

Saya selalu mencadangkan pengambilan ekstrak asam gelugor yang mengandungi HCA bersama diet rendah karbohidrat ringkas dan fiber (sayur) yang tinggi.

 

Ini kerana asam gelugor (yang mengandungi HCA) tidak dapat menghalang kesan kalori yang diambil dari pemakanan. Ia hanya membantu menghalang penukaran gula ringkas (glukos) kepada lemak.

 

Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil ATP Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk peyimpanan sel sel.

 

Oleh kerana pengambilan serat yang menyebabkan boleh mengganggu penyerapan HCA, oleh itu ia harus diambilkan sebelum seorang individu itu mengambil makanannya (sebelum makan).

 

Boleh dapatkan Ekstrak Asam gelugur dari kami. Klik di sini EKSTRAK  ASAM  GELUGUR FRIMCO

 

Atau PM kami  FB FRIMCO JOHOR

 

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!